Selasa

Truly madly deeply sorry :(

Assalamualaikum

 

Ingat lagi entry Pegang botol terus muntah? Actually ada kesilapan dalam apa yang aku tulis dalam tu. Memang betul gambar yang dalam keratan paper tu gambar ais. Bukan gambar molekul air seperti yang aku tulis. Sorry. Aku tulis molekul air sebab aku tak aware ni adalah gambar daripada kajian luar negara sebenarnya. Ianya adalah hasil daripada kajian seorang lelaki Jepun bernama Emoto Masaru. While, ianya bukan dikira sebagai saintifik research. Banyak kajian lanjut dilakukan untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Emoto ni. Sampai hari ni tak dapat conclusion lagi :P

 

Cuma. Apa yang aku still pegang dan aku tak silap tulis dalam entry tersebut adalah..Aku sangat sangat menyampah dengan orang yang menggunakan agama untuk mencari keuntungan. Sebagai seorang muslim, aku percaya air yang dibacakan dengan bacaan ayat suci alquran sangat sangat mujarab. Provided. Ianya dibacakan oleh individu itu sendiri atau saudara terdekat. Bukan mintak atau beli air dari orang. Sebab aku percaya, doa ibu bapa buat anak anak, isteri buat suami, suami buat isteri adalah yang paling mudah diperkenankan.

 

Again. Any misinformation is regretted.

 

Kalau nak tau lebih lanjut tentang research Emoto Masaru ni boleh google je. Anyway. Aku tak kata dia fake. Cuma aku rasa there is no science behind his finding. But, who need science explanation while science can't even explain the existence of Allah. Eh ke ada explanationnya.. hehe..

 

So, tak payahla buang duit RM4.50 untuk beli air tu sebab modal air liur je boleh buat sendiri kat rumah..kan..

 

Daa

5 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Betul apa yang rai catatkan itu. :)

Yaya Azura berkata... [Reply]

Pokoknya tetap sama rai..menggunakan agama utk keuntungan bisnes.

Anamarza berkata... [Reply]

Setuju, lagi pun yg di jual belum tentu terhindar dari di langkah. Labih baik kita sendiri yang baca, tak pun kalau rasa tak yakin minta Ustaz/Ustazah yang bacakan

sekadar satu coretan berkata... [Reply]

Betul tu setuju sangat2...
Kite yg tahu apa yg kita hajati..dan akan buat dengan hati yg ikhlas setiap doa itu..

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

cik ina setuju,macam ada satu kawan cik ina sanggup beli susu yang dibacakan ayat -ayat suci Al-Quran ngan harga yang mahal semata-mata susu tu boleh mengurangkan kenakalan anak kecik dia. Pada cik ina kalau kita boleh baca ayat suci Al-quran kenapa kita tak bacakan sendiri.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com