Rabu

Tolonglah YB

Assalamualaikum

 

Balik Johor aritu ayah mengambil kesempatan ajak aku pergi melawat abang ayah yang sakit sebab kena strok. Sakitnya dah lama, tapi sebab semangatnya jadi lemah, agak susah nak kembali pulih. Memandangkan dah lama ayah tak pergi jengah, dia pun ajak kami pergi sekali. Abang Ayah (kami panggil Wak Kat) tinggal kat Rengit. So ambik jalan sikit lepas tu naik highway keluar exit Simpang Renggam.

 

Balik tu lalu jalan Bukit Batu. Rasanya kalau orang Johor memang sangat arif pasal keadaan laluan Bukit Batu ni. Penuh pancaroba. Kalau naik 4 wheel drive memang takde masalah. Tapi kalau naik kereta biasa (terutamanya yang baru lepas basuh dan polish pagi tu) baik jangan lalu situ.

Gambar gegar..sebab kereta bergegar..Bukan diambil dengan DSLR atau pun kamera yang dilengkapi dengan sistem yang boleh menyerap hentakan..

Kata mak bertahun tahun dah jalan ni tak siap siap. Hanya berbatu. Kalau tak hujan macam ni memang penuh debu. Rasa macam dalam cerita koboi naik kuda sebab dok gegar dan debu naik ke udara. Nasib baik masing-masing tak pegang pistol sorang satu kan.

 

Memandangkan dah nak pilihanraya ni harap harap YB di kawasan berkaitan boleh percepatkan proses penurapan jalan di Bukit Batu.

 

Kesian tengok pokok sawit tepi jalan. Penuh debu.

 

Daa

16 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak tak pernah lalu situ Rai tapi kakak baru lalu jalan Sedenak ke Air Baloi pun sama macam ranjer kita dibuatnya. Kereta hitam dah macam org negro pakai bedak... bayangkanlah..

Ramai kata sebelum pilihanraya ni siaplah tapi abang kata mana sempat banyak tempat dia nak pantau.

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

YB kata... 'saya berjanji akan menyelesaikan masalah ini sekiranya saya dipilih lagi dan memenangi kerusi dlm PRU nanti'

hehehe

Tanpa Nama berkata... [Reply]

ada satu jalan dari bukit batu ke ayer baloi, jalannya memang macam nakharom! hampir tiap tahun upgrade tapi macam tu jugak. last2 diorang reconstruct base jalan tu (tahun 90-an) beberapa meter ke bawah sebab ada aliran air....

sekarang macamana agaknya keadaan kesihatan jalan tu. dah sembuh kot.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Eh, bukan ke johor tu kubu kuat dacing? Kang kubu runtuh, baru sibuk nak upgrade tu ni.

=p

Dr K berkata... [Reply]

cepat mintak sebelum PRU !!! ekekeke..

Time nak PRU ni, kalau mintak tar kan jalan nak ke reban ayam pun, YB layan tau! haha

Anamarza berkata... [Reply]

Kena minta time dia buat kempen baru cepat nak dapat kot, :)

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

bende2 cam ni kene mntk sebelum PRU.. gerenti YB tu buat.. nak pancing undi rakyat hehe

Tanpa Nama berkata... [Reply]

PR nak dekat ni.. cuba2lah mintak.. hehe

Irfa berkata... [Reply]

setuju ngan komen kak cik
YB kata... 'saya berjanji akan menyelesaikan masalah ini sekiranya saya dipilih lagi dan memenangi kerusi dlm PRU nanti'

hehehe

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

truk erk jalan smpai gegar camtu...

sisdee berkata... [Reply]

jalan kat situ sedenak le kan..itu dah mcm2 gaya dibuat..tu kira terbaru dah diletak batu tapi still nmpk bonggolnya...tak lama lagi tu mmg akan ditar...

JB byk dacing ek...now nie kena hati2 dah byk gak mata dan kehijauannya hahahaha..jgn memain ;)

wahida berkata... [Reply]

kat area rumah aku pun ada jalan mcm ni...katanya nak diturap jalan tu...tapi sampai sekarang nan hado...nyammmpahhh...

Asmara berkata... [Reply]

ni mesti kawasan yb yg kini dulu dan selamanya.. hehe.. sbb agak2 dia tau kot selamanya dia duk jd yb situ tu yg xmau buat apa2. ape citer org kg situ agaknya ye. sungguh setia selamanya ye. uhuhu..

Unknown berkata... [Reply]

shima tak pernah lak lalu situ.. Biasa balik kg exit simpang renggam tuju ke pontian..

Prettywrite berkata... [Reply]

yb tak lalu jalan tu kot..keh3..

Liza Razak berkata... [Reply]

memang mencabar betul kalau lalu jalan berbatu ni..kamera pon boleh bergegar

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com