Assalamualaikum
Aku memang tak tau, dan mohon pencerahan sesiapa yang ada kenalan Ustaz atau Ustazah yang arif dalam persoalan ini. Apakah hukumnya menganjur atau menyertai pertandingan memancing.
Antara hujah yang aku pernah dengar
(1) Haram - Kerana, duit penyertaan peserta digunakan sebagai hadiah oleh penganjur. Jadi macam money game = judi.
(2) Halal - Kerana, mereka yang menyertai menang bukan kerana nasib. Tapi adalah kerana skill memancing. Dan wang penyertaan digunakan sebagai hadiah dan bakinya digunakan untuk menguruskan kolam memancing.
Masing-masing ada point mereka. Dan aku pernah dengar yang mana-mana pertandingan yang menjadikan wang penyertaan sebagai syarat, hukumnya adalah haram. Tapi aku tak sure kesahihan maklumat ni.
Thanks. Daa
17 comments:
zaman sekarang banyak yang haram di halalkan//ada kepentingan masing.
ustaz aku dulu ada citer.kisahnya begini..
seorang lelaki balik memancing dapats sekor ikan yg sgt besar dan dia tak penah tgk ikan tu.so tak tahu ikan tu boleh di makan @ tidak.
dia jumpa seorang ustaz utk bertanya dan ustaz tu jeles dgn ikan tu lantas dia buka kitab kuning.katanya 'ikan ni tak boleh makan.haram'
tapi berkatalah pemancing itu 'oh tak boleh makan ker?saya baru ingat nak potong 2 ikan ni.separuh utk ustaz dan separih utk saya'.
terus ustaz tu kata 'oh begitu.kejap saya bukak kitab hijau.emm ikan ni boleh di makan sbb sisik dia jenis begini.kalau jenis begitu x boleh makan'
hehe..boleh paham maksudnya?
bukan arif pasal hukum hakam tp untuk elak dari keraguan kami sekeluarga hanya minat xtvt memancing bukan pertandingan saja..lebih kpd minat masing2.
biasanaya jatuh hukum boleh/ok bagi depa yg memang hardcore dlm kategori tersebut..dan sebaliknya depa yg tak suka mancing...that why kena merujuk kpd ulamak umum bknya ulamak kaki pancing..
ooohhh ada kata x bole eh?aku pun x tahu hehee...mayb bole tanya pada yg lebih arif
A`ah...sy beru terpk hal ni. Mmg betul, ade wang penyertaan. Dan itu sgt mengelirukan.
=(
eheh komen k.irfa sangat menarik..seriuosly yana tak tahu pun pertandingan memancing ni dikategorikan haram jugak..ingatkan ok jer..sebab kalo kat kampung banyak jugak dok buat aktiviti ni..hurm..kompius kan..
KALAU BAB AGAMA BUI MMG BYK FAILNYA..HUHU..TP SERIUS TAK PERNAH DGR YG PERTANDINGAN MEMANCING TU HARAM...
Ada dua hujah yg berbeza,
Komen Irfa menarik,ada kitab kuning dan hijau plk tu.....
lagi difikirkan lagi sakit kepala. satu satu semuanya mengelirukan...
erm.. susah gak nk cakap benda ni... sebab zaman skarang ne, banyak competiton dikenakan yuran pendaftaran.. tanya pada yang lebih arif :)
Persoalan ini kakak pernah dengar di IKIM fm belum lama. Kalau duit bayaran penyertaan bukan diberi pada si pemenang boleh. Begitu juga kalau hadiah diberi oleh sponsored boleh. Tetapi apa juga permainan/pertandingan walau kecik jika duit bayaran/penyertaan itu adalah ganjarannya ia adalah haram. Sama juga contohnya Rai dgn akak main badminton sorang bayar 10 ringgit siapa menang dapat duit itu - ini juga haram.
Berhati-hati bila memasuki pertandingan walau sekadar suka-suka..
memancing pun ada skill ke? ingatkan tunggu ikan makan umpan je..haha..nampak macam lebih kepada nasib kan?
owh xpasti jugala..yg lebih arif boleh terangkan
salam rai..baru tau disini..moga da yang memberi penerangan lagi
saya rasa byk bnda lagi buat org keliru selain nie..jadi kita semua wajib tuntut ilmu dan bguru pada yg benar2 tahu
tq rai kdg2 bnda nie sgt2 mgelirukan :(
Tgk pada dari mana sumber hadiah tu, dan untuk apa wang pendaftaran tu di gunakan kot
hmm kene tanya ustaz yg arif la tentang bab bab agama ni...
jemput join contest sy di :
http://afasz.blogspot.com/2012/06/sihat-cantik-bersama-produk-kolagen.html
selalunya orang nasihat kalau kite ragu-ragu lebih baik jangan buat. kerana keraguan tu buat kita tak senang hati.. :)
Catat Ulasan