Rabu

Muffin pisang - Makan laaagii

Assalamualaikum

Tunjuk makan je aku skang ni kan.. Aritu balik Johor, mak ayah bagi dekat satu tandan pisang. Separuh pisang berangan. Tengah masak molek je. Diorang tau cucu cucu diorang tu hantu pisang (tiap kali ayah aku nak ajak cucu dia balik pun dia umpan dengan pisang "Aqil balik la. Pisang banyak da masak tu"..Sabo je la aku). So bawak balik sini aku ingat nak buat kek pisang ke muffin ke. Kebetulan hari isnin tu shujin duk rumah dengan diorang. Aku balik petang tu tinggal 2-3 biji yang dah nak busuk je. Sabo je lah. Dah janji kena la buat jugak kan. Buat buat jadi 6 ketul je. Sampai hari ni shujin duk perli aku sebab muffin pisang buat tak cukup.

 

Yang ni aku tak ikut resepi betul betul sebab aku lupa tah kat mana aku letak kertas resepi tu. So aku main agak agak je. Nasib baik jadi. Sedap kata shujin. Kalau tak sedap mesti dia kata lagi kat aku. Hehh..

 

Minggu ni mode malas. Kerisauan melanda. Semoga aku cepat sembuh dari penyakit risau ni. Aminn..

 

Daa

27 comments:

yatie chomeyl berkata... [Reply]

main buat pun jadi molek muffin tu, kalau i..dh tentu2 keras kejung

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Macam family kakak juga suka pisang. Sebab itulah betul kata Shujin kalau 6 ketul mana cukup. Sedapkan..

sisdee berkata... [Reply]

syahmi n asben mmg kuat mkn pisang tapi sarah jarang...

belum try lagi buat muffin pisang nie...ish..dah lama tak makan pisang :((

gebu jek tgk muffin tu hehehe

Prettywrite berkata... [Reply]

cayalah takde resepi pun cun jer jadi..

risau pasal apa kak?banyak2 baca doa elak kerisauan ya..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

hihi bila la sy nak dpt seru buat kerja2 dapur cmni? hahahaha

ieda berkata... [Reply]

sedapnya tgk muffin ni.kalau la ada 1 bj kt atas meja ni kan best.hehe...

Unknown berkata... [Reply]

akak biasa buat kek pisang je, muffin2 bagai malas....huhu.

p/s: Rai, aiskrim goreng, tu mmg aiskrim nya kat dalam donut tu dan di goreng, yg aiskrim kat luar tu tambahan je, sbb kata special kan, ada letak extra aiskrim di luar le...:)

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Halamak! Sedapnya muffin pisang! Pisang tu bt mkn dgn penkek pun sedap tu...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

rajin sggh.. anta2lah cni ckit

Nazri Razra berkata... [Reply]

Jangan risau-risau sangat. Banyakkan doa dan buat muffin pisang. kalau boleh huluq skit kat kawan2.. hehehe.

Abe tumpang follow blog ni. kalau sudi, follow le balik blog Abe yang tak seberapa tu.

aizamia3 berkata... [Reply]

lagi lama ai duduk rumah mau kembang rasanya.. kihkihkih.. ;)

aizamia3 berkata... [Reply]

lagi lama ai duduk rumah mau kembang rasanya.. kihkihkih.. ;)

♥MAMASYAZA♥ berkata... [Reply]

pisang berangan mmg sedappp

munna berkata... [Reply]

sedap nampaknya...sejak mixer rosak dah lama tak buat aktiviti baking ni

DrFIO berkata... [Reply]

Saya suke makan pengat pisang tapi x reti nak buat...pernah try dulu tapi mengecewakan, terus taubat dah nak buat...haha...

Yaya Azura berkata... [Reply]

6 ketul makan 4 beranak..
mana cukup rai..
kena pergi beli pisang lg nampak gayanya.

Asmara berkata... [Reply]

kek pisang, muffin pisang, segala tentang pisang mmg sedap! pisang kan sumber mknn yg bgus. :D

Dr K berkata... [Reply]

apa apa berkenaan pisang, memang saya suka! muffin, cekodok, kek..ekekeke

mummY daniSha berkata... [Reply]

pandai masak kawan aku ni hehehee...

Shahriah Abdullah Novelis berkata... [Reply]

Hehehe yang campak2 tulah jadinya cantik... :))

Acik Erna berkata... [Reply]

rai..cept sembuh ye..lagi risau bila kerisauan melanda tanpa sebab yang pasti

Cik Rose berkata... [Reply]

Salam perkenalan..

Pandainya buat ek, main campak2 je :)

sedapnya nampak..

Mulan berkata... [Reply]

naaaakkkk jgk.. naaakkkk sebiji je..!!

Unknown berkata... [Reply]

wah sedap nyer...lama lak rasa nyer x pekena...kena g cari nih...

Nia berkata... [Reply]

memang ada time2, kita rasa risau kan.

nampak comel muffin pisang tu, mesti sedap :)sebab tu tak cukup tu

Irfa berkata... [Reply]

anak2 aku semua 'hantu pisang'hehe
kat blkang umah aku ada lagi 2 pokok tgh berbuah..tp pisang jenis tak tahan lama..cepat sgt masak

Anamarza berkata... [Reply]

anak-anak sy kurang dgn pisang buat la kek ke cekodok ke, tak berapa nak laku :(

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com