Assalamualaikum
Aku keliru sebenarnya. Yang mana patut diutamakan. Apa yang hendak dicapai melalui bantuan ni. Bukan nak kata salah bagi bantuan. Tapi meletakkan keutamaan tu. Kalau kutip derma dari rakyat kemudian disalurkan untuk buat kolej ke hospital ke aku rasa takde masalah. Tapi, bila gunakan wang cukai yang dikutip dari rakyat untuk buat pembangunan di negara lain aku rasa macam tak best. Sedangkan masih ada rakyat yang belum menikmati kemajuan.
Bila pemandu teksi dapat bantuan tayar percuma setiap tahun dan bayaran fee yang mengarut tu dengar kata nak dimansuhkan. Adakah tambang teksi akan jadi lebih murah? Adakah pemandu teksi akan guna meter untuk mana mana destinasi?
Aku bukan nak mengungkit. Tapi yang duk bayar tax tetiap tahun, dah ada rasa kenikmatan kemajuan hasil tax yang korang bayar?
Dengar kata pekerja swasta Cuma boleh keluarkan semua simpanan KWSP bila umur 60 tahun. Ni simpanan untuk urusan kematian ke simpanan untuk hari tua.
Menyampah dah aku baca paper weh..Tapi nak kena baca jugak
Daa
21 comments:
60 TAHUN BARU BOLEH BUAT KUAR KWSP?
lama giler tu..aku nak pakai duit la
60 tahun ada lgi ke tak kat dunia ni
kera di hutan di susukan
anak kat rumah mati x makan
ni lah dia
ayu setuju sangat2 RAI.
bila kita pula y bakal menikmati semuanya??
tunggu kwsp 60 tahun? ada lagikah nyawa kita masa tu?
Kalau umur 60 tahun baru boleh keluarkan KWSP, lama lagilah nampaknya nak kena tanggung hutang. :(
terima kasih rai..acik suka..
betul tu zai...tahla pelik ngan org yg hanya tau berkata "ko x reti bersyukur ke?"
kite perlu bersyukur pada siapa???pada kerajaan ke?kerajaan ke yg bg kita rezeki??
syukur pada ALLAh...komplen bukan makna x syukur..x kan semua benda kite nak ikut kan..kalau yg salah,harusla ditegur...
hahaha...tetibe EMO...sebab ramai sgt bile kite tegur apa gomen buat,kata kite x tau bersyukur...haiihhla...
sy xminat politik huhu
irfa,
ni bukan takat kera. monyet, beruk tapir semua dia bagi makan..hehehe..
ayu,
ye lah..orang dah sah sah lepas umur 50 tu nak menikmati duit simpanan kan..
kakcik,
begitulah nampak gayanya...
Terima lah kenyataan.
Ini Malaysia.
Tu sebab saya mahu migrate. Saya dah jelak dan muak tgk perangai pemimpin, perangai masyarakatnya yang Islam, tapi hanya pada nama.Baik saya duduk di negara kafir, tapi moral dan perangainya, macam Islam suruh.
acik erna,
sama sama..saya pun suka..
mas,
biasa lah..susah manusia yg tahap mendewa dewakan ni..kalau kita cakap nanti dia kata kita ni benci kerajaan..
lylyn,
dik..ni bukan pasal politik dik.. cuba baca betul betul.. lylyn kerja kerajaan ke swasta.. ni ada kena mengena dengan semua org yg kerja swasta..suka politik ke tak suka politik ke..ni ada kena mengena dengan masa depan kita.. nak ke taknak ke..kena jugak tau.. jgn sampai nanti melopong..
daddy zz,
sebenarnya tu lah sebabnya ramai yg kerja dan belajar di luar negara taknak balik..yg rugi bukan orang lain..kerajaan kita juga..tapi kalau balik ke malaysia pun imbuhan tak setimpal dengan usaha..macam mana...
ala..doc nak berhijrah ke mana? aussie eh?
Lamanya baru dpt nak klr duit EPF tu....
Suami akak kluarkan zakat instead of bayar kat income tax.
geram kan...
ok.. dah lama tak baca paper.. kekadang sampai satu tahap tak tau apa perkembangan semasa, ni nasib baik on lappy, kalau tak, langsung tak tau agaknya..
Salam Rai..sempat ke nk merasa duit KWSP dlm usia 60 tahun.Tu pon klu ada nyawa lg:D
adeh... hmmmmmmmmmmmmmmmmm
mencari nama ditempat org..
ape ke hal? nie rasa nak marah nie
yg KWSP tu pulak..giler ape sampai 60..kalau betul jadi macam tu, umur 50 gi tutup akaun KWSP..tak yah carum dah..
nazayiena,
aha..tula pasal..
teratakhami,
income tax still kena potong gak.. cuma lepas tu boleh dapat tax return la..
kak mulan,
geram gila!
aizamia,
saya baca paper the sun je..yg tu saya nampak paling reliable pun..
kak azatie,
mcm tu lah nampak gayanya..harap2 tak jadi..
eB,
adeh gakk...
yaya,
boleh tanak carum dah..tapi kalau tak silap cuma boleh keluarkan akaun 2 full..cukup umur 60 baru boleh keluar semua sekali.. tapi rasanya belum fix lagi benda ni.. harap2 tak jadi lah..
60 tahun? aje giler?
Catat Ulasan