Isnin

Lemuni VS Sekentut...dua-dua tak pernah rasa,.. ea ??

Assalamualaikum..

Alang-alang dah jadi guest blogger kat  sini, apa salahnya kita kongsi bersama tentang Resipi Nasi Lemuni dari  PCL & MamaD, bagi yang belum kenal lagi dengan pasangan blogger nih..nanti ea ..last sekali , di penghujung entri ini.

Pernah makan ke?..tau macam mana rupa daun pokok lemuni tuh ?

meh tengok sini..




Gambar cilok daripada google ....harap dapat keizinan dari tuan punya.



RESIPI NASI LEMUNI

Okeh ! Mula-mula kena tau dan kenal dulu yang mana satu yang dikatakan daun lemuni...daunnya sebelah kaler hijau dan sebelah lagi kaler purple...ambik yang pucuk saja tau..yang lembut sikit tu dengan bunga2nya sekali..

Bahan-bahannya: Beras, santan kelapa, pucuk daun lemuni+air (blender), bawang merah (hiris), bawang putih (hiris), halia(hiris), biji halba, bunga lawang ,kulit kayu manis, garam dan daun pandan (disimpul). 

Cara-caranya macam ni..meh dekat meh.. baru bole cerita , cepat paham sikit...

1. Basuh beras macam biasa dan sejat airnya..
2. Masukkan santan kelapa ke dalam beras bersama air pati daun lemuni yang telah ditapis tadi..
3. Masukkan bahan-bahan hirisan tadi bersama bahan-bahan lain.
4. Tanak nasi macam biasa ..guna rice cooker la senang sikit. (sukatan air+santan kena bagi lebih sikit)

# kalau dah tau masak nasi lemak ..lagi senang keja..ikut resipi macam tu cuma tambahkan air pati daun lemuni dan santan kelapa ...settle !

macamlah ni rupanya, nasil lemuni yang dah siap dimasak..




boleh dimakan bersama lauk sambal ikan bilis, lagi sedap kalau ada sambal udang...emmh .., kalau saiz udang tu XXL..fuhh lagi terangkat beb !!

nak lagi de best, makan bersama gorengan telur mata,  biar kuning telur cair sikit 'kasi menggeletar dalam piring' haha...hidangkan panas-panas.. memang kelas lah !!

p/s..kalau takda daun lemuni , ..daun sekentut pun sama gak boleh buat masakan yang sama...sedappp !


okeh..selamat mencuba..sebab kami tau, rata-rata  pengunjung blog Ourkizuna ni kebanyakkannya dari kaum wanita...memang dah master bab2  masak nih...


sekian dari kami : bukan penulis dari blog masakan tapi cuma blog biasa2 jer hehe., semoga beroleh sesuatu di sini.

PCL & mamaD


15 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik pernah makan nasi lemuni - tapiiiii... lamaaaaa dulu. :)

+ e.z + berkata... [Reply]

eB suker nasik lemuni...
tapi daun sekentut besanyer kami msk bubur... elok utk dlm pantang :)

Unknown berkata... [Reply]

biasa dah dengar daun lemuni dgn sekentut ni..tapi tak sure pernah rasa ke tidak..sbb tatau rupanya macam mana..hehe..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

pernah dgr tp x pernah buat... nnti leh cuba

ct rahani berkata... [Reply]

x penah makan kot.. festime dgr daun lemuni & sekentut nih.. huhu..

Yaya Azura berkata... [Reply]

dua2 tak pernah dengar..aneh je bunyinya..hehe...

♥MAMASYAZA♥ berkata... [Reply]

akak penah tgk aje daun lemuni, tapi tak penah cuba masak

Anamarza berkata... [Reply]

tak pernah makan :)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Macam nasi kerabu sikit warna dia Rai. Kakak tak pernah makan. Nampak lauk sambal ikan bilis /udang utk dilawankan dgn nasi lemuni tu nampak sedapnya...

nn lylyn berkata... [Reply]

o mcmtu ek..xpernah makan..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata... [Reply]

xpernah dengar pon pasal lemuni.. ak ne solok sangat or lemuni ni memang terpencil :)

PCL berkata... [Reply]

time blk kpg jer suruh mertua buatkan...bkn sy sja, menantu2 yg lain pun sukakannya..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Sy tak pnh mkn. Tp teringin sgt nak mkn. Terkejut sbb pokok lemuni tu tinggi. Igtkan mcm ulam2 renek biasa tu. Mmm...

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum Rai...mama tak pernah rasa la nasi ni ...sedapke teringin gak nak rasa tapi tak tahu nak cari kat mana...:)

Irfa berkata... [Reply]

daun sekentut?aku igt lagi daun tu..sebijik mcm bau kentut ;)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com