Isnin

Kajian tidur dan masalah mental

Assalamualaikum
Rumah aku memang takde Astro. So far kami memang hidup gembira walau pun takde Astro. Walau pun sesekali aku teringin jugak nak tengok channel National Geographic atau pun Discovery Channel sebab aku suka jugak bab bab yang cengkononnya kajian saintifik gitu. Hehehe.

Tidur dengan botol lotion
Tapi memandangkan aku rasa buat masa ni channel free yang ada pun aku tak terlayan, so aku redha je dengan channel free. Lagi pun aku rasa sakit hati je nak bayar mahal-mahal asyik kena tengok siaran ulangan dengan iklan yang sama banyak macam channel free.

Kalau ada masa aku suka tengok rancangan National Geographic kat TV1. Aku tak sure kalau diorang ada tema mingguan. Tapi dua episod yang aku TERtengok kali ni adalah kajian tentang sleeping behavior. Roughly ia adalah kajian tentang sleeping behavior seseorang dan kaitannya dengan kesihatan mental dan fizikal.

Bagi seorang dewasa, tidur yang mencukupi adalah selama 8 jam. Macam yang kita tahu tidur yang mencukupi adalah sangat penting untuk kesihatan. Dalam episod yang ini, seorang lelaki ni ada masalah tidur. Diorang kaji tentang mental behavior dia. Di dapati lelaki ni mengalami masalah halusinasi yang hampir menyamai keadaan yang dihadapi oleh pesakit skizophrenia. Dan at times lelaki ni tak dapat membezakan antara realiti atau fantasi. Series of question tentang logic thinking diberikan dan mamat ni fail dengan teruk sekali.

Apabila kajian dengan mendalam dilakukan, saintis mendapati untuk berfikiran secara rasional dan logik, beberapa bahagian otak manusia akan berinteraksi antara satu sama lain sebelum keputusan dilakukan. Untuk kes mereka yang tak cukup tidur, otak tak mendapat rehat yang mencukupi, oleh itu, otak dengan sendirinya akan shutdown. Bukan semua bahagian. Bahagian tertentu. Ini mengganggu mental statement seseorang. Menyebabkan mereka tidak dapat membuat keputusan yang rasional dan kadang kala tidak dapat membezakan antara realiti atau pun mimpi. Semakin kurang tidur yang diperolehi. Semakin banyak bahagian otak yang akan terjejas.

Mungkin melalui kajian ni kita boleh conclude kan yang masalah kurang tidur ni mungkin sebenarnya antara punca kenapa masalah sosial dan jenayah makin berleluasa. Kadang-kadang something yang kita rasa macam tak normal. Kalau zaman kita kecik-kecik dulu. Pukul 10 mak ayah dah suruh tidur. Yelah. Pagi pukul 6 dah nak bangun dah. Zaman sekarang, anak-anak selagi tak pukul 12 takde nya nak tidur. Kalau dah remaja sikit tu. Kadang-kadang pukul 1 pun masih melepak kat kedai mamak.

Tak kata orang lain. Aku sendiri pun sekarang ni, tak pukul 12 memang payah nak tidur. Nak kemas itu ini kononnya. Hahaha. Alasan.  ctually ni baru part satu daripada episod tu. Ada sebahagian lagi berkaitan dengan kesihatan fizikal. Kalau ada masa insya allah aku share. Ada ke yang berminat nak baca. Hehehe..

Daa

19 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Hoh! Sy rs punca sakit mental nie mgkn sbb bil astro yg mhl kot? Tambah2 mcm yg Rai kate tu...iklan same byk dgn channel free. Sagi sakit jiwe! Hahahahah!

yatie chomeyl berkata... [Reply]

yup, so true. i pernah attend talk kat SN's hoikuen pasal sleepin pattern ni. if u terlepas pandang, maybe leh baca kat sana --> http://yatiechomeyl.blogspot.jp/2011/05/basic-lifestyle-for-children-0-6-years.html

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, tu memang tak salah lagi..hehehe..tu pun ramai yg melanggan astro :P

Unknown berkata... [Reply]

@yatie chomeyl, jelesss.. besnya hoikuen kat nihon..siap ada talk yang macam ni..ni kena pandai2 tengok tv baru tau..huhu..

+ e.z + berkata... [Reply]

hmmmmmmmmm
rs2 cam betol jerk tuh. hu3

Mulan berkata... [Reply]

corak tido ni selalu dari kecik ke? kadang pelik some parents biarkan anak2 tido lambat esp weekends.. takut pattern tu dah biasa sampai besar nanti.. byk jgk baca tido kena cukup..

Unknown berkata... [Reply]

HARI TU BUI ADA BACA DLM PAPER,KALAU TAK CUKUP TIDUR BERISIKO UTK DPT MCM2 PENYAKIT..

SEJAK TU BUI DISIPLINKAN DIRI 1030 MLM MESTI DH LANDING ATAS KATIL

mummY daniSha berkata... [Reply]

aduhhh..aku selagi belum kul 12..jgn harap nak tido ...org kata kalau kurang tido pun bole sebab gemok hehee...

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

ooo cik ina memang ada masalah ngan tido, selagi tak pukul 1, tak tidur , bangun awal plak tu..samalah cik ina pun suka nengok national geografic kat tv 1, nak wat cam mana astro yilek.

Nini Hartini berkata... [Reply]

salam..rindunyeee rai. lama x singgah sini.

best topic nie. pendek tp padat. tini pun same, selagi x pukul 12 jgn harap nk tido. hehe..kadang dah pkl 1 baru tido. Laki-bini sama, kekeke..

rasa2 tini selalu tidur 5 jam ke 6 jam. Normally 5 jam. Tapi sambung tido siang 3 jam cukuplah 8 jam. kekekeek...

Unknown berkata... [Reply]

@eB ezrin, betollll... tak caya tanya saya..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@m.u.l.a.n, biasanya alasannya adalah..ala takpe sesekali..tapi biasa la kak.. benda tak elok ni memang seronok buat..

Unknown berkata... [Reply]

@Bui Junaidi, adeh..saya tak mampu lagi nak landing pukul 1030.. macam2 benda nak dilakukan..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, ada jugak aku dengar..tapi tak sure macam mana perkaitannya..maybe berkaitan dgn hormon kot..nanti aku membaca..hehe.

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, bagus dah bangun awal tu cik ina.. cuma kena adjust sikit masa tido tu..bahaya kalau asyik tak cukup tido je..

Unknown berkata... [Reply]

@Nini Hartini, tu la.. saya pun lama tak terjenguk blog tini.. hhehe..ni tak ada anak lagi dah tdo lambat..nanti da ada anak lagi susah nak tdo awal..hehe..

Nini Hartini berkata... [Reply]

ahh lupa. blog tini dah private. tini nak email rai boleh? nak invite :)

Unknown berkata... [Reply]

@Nini Hartini, email akak kesoma.rai@gmail.com

sorry lambat...

armouris berkata... [Reply]

terjumpa info ni, juga tentang masalah mental… sharing is caring :) - 12% Rakyat Malaysia Menghadapi Masalah Mental

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com