Selasa

Nak bunuh semut racun anak sendiri

Assalamualaikum
Mati-mati aku ingatkan hari ni Isnin. Hehehe. Lupa pulak senin cuti.
Aku yakin ramai dengan pasti rasa rumah mereka cukup sihat. Meh buat gaya trivia sikit. Tahukah anda bahawa udara di dalam rumah adalah 5x lebih tercemar dari udara di luar rumah. Meh tengok video ni untuk tahu lebih lanjut.


Video di atas ni sebenarnya adalah related dengan sebuah buku yang bertajuk "The Healthy Home: Simple Truths of Protect Your Family From Hidden Household Dangers"
Baca lah kalau rajin, sangat bagus

Buku ni menceritakan tentang bahaya peralatan rumah yang dikatakan memudahkan kita, tapi secara tak langsung ia mengeluarkan toksin yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Even non stick pan seperti err t-efal tu pun bebaskan chemical pada suhu yang tinggi ok. Alaaa..kan kan..paling bagus pakai kuali cam yang cik ina selalu tunjuk kat sesi masak2 dia tu. Selain itu, ada juga diterangkan kaedah bagi mendapatkan rumah yang sihat. 

Antaranya yang dihighlights adalah dengan menggunakan product yang chemical free dan mesra alam. Yup. Selama ni kita mungkin tak peduli sangat banyak mana toksin yang dibebaskan oleh mister masel sebab ia sangat berkesan untuk mencuci bilik air tanpa perlu memberus hingga tangan keluar masel. Tapi lepas baca buku ni, kita akan lebih aware pasal semua tu..Nak mop lantai pakai f-a-bulo-so pun fikir banyak kali. Hihihi..
Kalau boleh cari natural product. Nak lebih baik lagi yang dah di approve oleh Environmental Protection Agency (EPA). Bebas dari chemical berbahaya. Selamat untuk alam dan yang penting selamat untuk kita.

Baca  lebih lanjut tentang kekdah mendapatkan rumah sihat di MyHealthyHome 

Apa yang menarik bagi aku adalah, penggunaan barangan yang mesra alam di rumah bukan sahaja demi kesihatan kita, tapi adalah untuk memelihara alam untuk generasi akan datang.

Bak kata orang, "DUNIA INI BUKAN KITA WARISI DARI GENERASI TERDAHULU TETAPI KITA PINJAM DARI GENERASI AKAN DATANG"

Nota kaki : Glad that I involve with such a wonderful people yang bagi banyak pengetahuan tentang nilai kemanusiaan macam ni.

Dah namanya pinjam. Takkan nak pulang dalam keadaan yang tak elok kan. Fikir fikirkan. Jangan kerana nak bunuh semut, kita racun anak sendiri. Nak cantik, tepek macam-macam jenis barang mekap dari chemical..sama cam bubuh racun kat muka.Haaa..takut tak..takut tak..Hahaha..

Daa

4 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Kuali tefal tu ade chemical? Ish...mcm2. Pakai je kuali kura-kura tu.

Totie@Tomy berkata... [Reply]

ya Allah baru jerk plan nak pakai jenama tefal..tak jadi ar...beli yang made in thailand lah..

Unknown berkata... [Reply]

kakyong pakai kuali hitam yg besi tu jer, yg cap buaya tu.. hahaha, kalo rajin baru sental.. kalo tak.. hitam, sekali sental.. tebal dakinya..

non-stick pan yg kakyong ada tu, umur dah 10 tahun, masa baru kahwin suami masak apa tah sampai hangit.. sudahnya kami kopek bahagian tu.. tinggallah steelnya ajer.. tp sampai skrg masih guna.. cuma kena letak minyak lah, kalo tak, memang melekat..

kakyong la ni mop rumah guna sabun cuci pinggan, & most of the time mop dengan air jer.. lagipun nak clearkan habuk jer.. sbb dah lama sgt xdak dibeli cleen floor & seangkatannya..

mama_ka0ri berkata... [Reply]

zai chan..
aku pernah berpeluang pinjam air treatment dari warehouse..bawak blk umah..pasang dalam bilik..gila mmg byk udara kotor..haha~

*skang warehouse tak kasi pinjam dah..tak tahu nape..huhu..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com