Khamis

Demi masa, sesungguhnya manusia selalu berada dalam kerugian

Assalamualaikum

Sebagai seorang muslim, aku yakin ramai yang hafal surah ni dan terjemahannya. Tapi adakah kita benar-benar memahami dan mengamalkan apa yang disampaikan dalam surah tersebut.

Demi masa, sesungguhnya manusia selalu berada dalam kerugian
Kadang-kadang kita lupa
- Usia kita adalah terlalu berharga untuk dihabiskan dengan membenci atau berhasad dengki sesama manusia
- Masa muda kita terlalu berharga untuk dihabiskan sekadar untuk mencari rezeki semata-mata...Adakah kita meletakkan work, life, family balance pada tempatnya. Ramai orang bangga boleh bekerja sampai larut malam. Claim OT ribu-ribu sebulan..Sedangkan kebanyakan mereka hanya cari duit untuk hidup day to day.
- Kita lupa wang boleh dicari..tetapi masa yang dah berlalu tak akan kembali
- Kita selalu membuang masa yang terlalu berharga mengingatkan kekesalan dulu, sedangkan kita tahu yang kita tak akan mampu mengubah apa-apa

Aku tak berniat nak menyindir sapa-sapa. Sekadar nak mengingatkan diri sendiri.

Seseorang pernah tanya aku. Kenapa tak kerja kerajaan? Rugi!!

Aku tanya, apa yang rugi?

Rugi lah sebab kerja kerajaan ada pencen.

Aku cuma tersenyum. Mengingatkan diri aku jangan berikan jawapan yang boleh mengguris hati sesiapa.

Dalam hati ku jawab.. Aku rasa lebih rugi kalau aku berharap pada sesuatu yang tak pasti. Sedangkan aku tak tahu sama ada aku akan hidup selama itu untuk menikmati duit pencen. Macam mana kalau tak sempat masuk 35 aku mati? Apa akan jadi pada anak-anak aku. Duit insurans boleh tahan lama mana? Duit KWSP ciput je. Lebih baik aku usahakan sesuatu yang aku pasti akan dapat aku wariskan pada anak cucu aku.

Dari pengalaman yang aku nampak. Ramai yang tak sanggup nak pencen sebab duit pencen tak dapat nak support pun kehidupan diorang. So ramai yang lepas pencen pun terpaksa bekerja.

Aku baru nak sambut anniversary ke 5 tahun bekerja next year..Aku dah rasa bosan gila jadi pekerja..Nak cukupkan umur pencen 60 tahun? Aku rasa aku akan muntah hijau tengok muka bos aku. Hehehe..Ada tak tips supaya tak rasa bosan bekerja?

Nota kaki : Aku pun bukanlah tak membuang masa..banyak je aktiviti kurang berfaedah aku buat..hehe..dah namanya pun manusia...

Jom sama-sama membaiki diri..

Daa

26 comments:

Dr K berkata... [Reply]

saya sangat setuju bab "keja gomen ada pencen"....padahal entah esok kita mati.

mummY daniSha berkata... [Reply]

kan best kalau bole bekerja je dari rumah hehehee

Unknown berkata... [Reply]

setiap manusia,mesti ada benda yg buat benda buang masa..sama2lah kita saling ingat

Hana Faza-same person berkata... [Reply]

Dan yang paling kita rugi adalah kita masih tidak mampu menterjemah Dan memahami setiap bacaan dalam solat sedang kan sudah berpuluh tahun kita solat sedangkan perjalanan kita semakin mendekati hari akhir kita..Wallahualam...

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak dulu tak pilih kerja gomen bukan apa masa itu kakak ada dua pilihan gaji yg jurangnya besar lalu kakak pilih swasta yg berganda-ganda besarnya. Tapi bila fikir balik sekarang macam nak patah balik nak kerja gomen pulak sebab relax je, anak-anak pun dah besar...

Nak tunggu 60 tahun. huh... pengsah!!

Prettywrite berkata... [Reply]

haha..yna pun sama kak..nak mintak tips tak bosan bekerja..hoho..tapi betullah..tersedar juga dengan entry akak ni..kita tak mampu mengubah apa2 terhadap masa lalu..huh..keep moving..:)

Unknown berkata... [Reply]

mmg sll dgr org cakap pasal pencen tu..tapi incase kita meninggal,duit pencen tu leh turun kpd anak2 pulak..leh lah dia org survive..

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, kan..tapi orang kata rambut sama hitam.. hati lain lain..cara berfikir lain2..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, boleh.. banyak je kerja boleh buat dari rumah..kalau cukup disiplin utk buat tanpa ada orang monitor.. :D

Unknown berkata... [Reply]

@Ila, insya allah...

Unknown berkata... [Reply]

@Hana Faza-same person, malu kan...tapi tu hakikatnya..

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, saya pun tak sanggup nak fikir kak..baru nak masuk 5 tahun kerja ni..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Prettywrite, kalau jumpa jgn lupa bagitau akak tau..haha..

Unknown berkata... [Reply]

@Bui Junaidi, insya allah.. kalau serving years dah cukup.. kalau tak cukup tak dapat jugak pencen rasanya..pada saya tak ada jaminan yang kita akan hidup sampai serving years tu cukup.. dan tak ada jaminan yang kita cukup sihat nak kerja sampai masa tu..mungkin orang kata hidup penuh dengan ketidak pastian..tapi saya susah nak convince diri utk meletakkan masa depan anak2 pada takdir..

apa pun..itu cuma pendapat saya.. setiap orang ada pandangan masing masing kan..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Alahai, rugi klu idop nie asik nak pk masuk duit je.

=(

emarieys berkata... [Reply]

tak pilih pun 60...rela duk ghumah je

aamalinaazman berkata... [Reply]

weee
hampir sama isi dgn lesson dalam entri mimi pagi tadi :))

Unknown berkata... [Reply]

Ayu mendoakan tahun 2012, ayu tak akan rugi bab menimang cahaya mata.. amin

Daddylicious berkata... [Reply]

kita doakan yang terbaik...

PCL berkata... [Reply]

syukurlah keja kat mana sekali pun even tak keja pun kita tetap ada niat murni nak membantu pasangan. Di rumah, walaupun hakikatnya tak bekerja bg suri rumah...masa mereka adalah dipenuhi dgn tanggungjawab seumpama kerja bergaji malah lebih lg teruk dari itu.
so, di mana pon kita..masa adalah sangat penting, mensia-siakan itu adalah satu kerugian sebenarnya.

eB berkata... [Reply]

nih tgh kejar ms la nih. tapiiiiii. hu3

Anamarza berkata... [Reply]

Tu la kadang pelik jugak penting sgt ke pencen tu. Pada saya keberkatan tu lg penting, buat apa mengharap pencen tapi keje malas nak buat, byk goyang kaki dari betul2 buat keje

Unknown berkata... [Reply]

tanamkan minat semaso bekerja..sure tak boring..:)

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, strangely.. ramai orang yang sebenarnya macam tu..biasanya diorang cuba menolak dengan kata takkk...mereka tak hidup utk kejar duit..tapi perbuatan mereka menunjukkan macam tu..

Unknown berkata... [Reply]

@MamaEma, sama lah kita.. kalau boleh sekarang dah nak duk rumah je..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@aimie amalina, hihihi...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com