Rabu

Aku dan teknologi

Assalamualaikum

Aku rasa aku ada problem dengan kepala aku la. Hahaha..Dah dekat seminggu kepala aku sakit. Tido pun tak jadi apa. Aku makan panadol sekali je 2 hari lepas sebab tak tahan. Lepas tu ok kejap. Bangun tido ada balik. Pelik kan..

Aku memang ada masalah sakit kepala dari sejak umur 12 tahun. Bila pergi jumpa doktor pun doktor bagi panadol. So.In a way aku rasa cam malas nak pergi klinik. Maybe sebab aku ada sinus problem dengan mata aku rabun.

Sejak-sejak dah start bekerja ni aku rasa sangat yang teknologi memang membuatkan manusia jadi malas dan menyebabkan kita tak banyak gunakan otak dan tenaga.
(1) Calculator - Kalau dulu darab 3 digit dengan 2 digit aku boleh buat tanpa calculator. Skang ni terkial-kial gila.
(2) Komputer - Aku boleh baca dan menaip kanji jepun kat PC. Tapi bila nak tulis aku dah lupa stroke nya. Haihh..Tulisan pun dah makin huduh. Hahhaa
(3) Remote control - Pernah tak terfikir bestnya kalau segala benda dalam dunia ni ada remote control. Kat Jepun kipas angin meja tu pun ada remote. So, naturally balik Malaysia bila remote TV rosak aku tukar channel guna kaki. Aku tau huduh. Bila dah ada anak aku cuba control diri aku dari buat macam tu lagi. Hahaha..
(4) Kereta/Motor - Rumah akak ipar aku jalan 15minit je. Kalau jenis macam aku memang tak sempat nak pecah peluh. Tapi naik kereta lebih senang kan. :P
(5) TV/Astro - Memang bagus ada TV. Tapi kadang-kadang nak tidur awal atau nak keluar pergi buat kerja ada tayang cerita best pulak. So hold dulu sampai cerita habis. Haihh..Buang masa kan..


Banyak lagi lah. Aku rasa teknologi memang bagus sebab memudahkan manusia dalam banyak hal. Tapi sesetengah darinya menyebabkan kita jadi malas nak fikir, malas nak bergerak.

Nota kaki : 2-3 hari ni aku buat kerja sambil tersengih sebab sambil baca sinopsis drama. Pelik je bos aku tengok. Mesti dia kata. Tengok nombor pun boleh suka. Hahaha..

Daa

14 comments:

Munn Jaafar berkata... [Reply]

pakai kaki tu mmg huduh la kak...hahahaha

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Nsb bek umah tak de robot kan?

Prettywrite berkata... [Reply]

orang jepun teknologi tinggi..keh3..

jasrine2 berkata... [Reply]

Salam,

jom join contest ni
http://nonaswc.blogspot.com/2011/12/like-share-my-online-boutique-ga.html

thanks.

eB berkata... [Reply]

alahai, kiter samer la. hu3

Unknown berkata... [Reply]

@Munnafendy, eh bukan orang lain pun buat ke..hahahaha...

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, hahaha..nak hire maid tak mampu la pulak kan.. kalau mampu pun takut dia goda suami kita..hahaha...

Unknown berkata... [Reply]

@Prettywrite, boleh la.. diorang rajin berfikir..tu yang macam2 diorg buat...

Unknown berkata... [Reply]

@eB ezrin, yang mana satu? tukar channel guna kaki ke? hahahhaa...gurau je..

mummY daniSha berkata... [Reply]

kalau aku duk apartment sure aku kuwuss kan..hari2 kene exercise hehee

yatie chomeyl berkata... [Reply]

i pun pernah buat tukar channel pakai kaki, pastu button tu terbenam masuk dalam..terus kena tukar channel guna lidi dah lepas tu hahahaha

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, yeah! the most effective way..hehehe.. tapi depends jugak..kalau lepas tu makan nasik 2-3 pinggan macam tu jugak :P

Unknown berkata... [Reply]

@yatie chomeyl, hahaha..glad that i know someone yg sama macam i.. harap2 tak kena guna lidi pulak..worse come to worst tu namanya..haha..

Unknown berkata... [Reply]

skrg ni semua main tekan jer.kalaulah zaman dulu,pencen aku jadi surirumah ni..hhahahaha

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com