Assalamualaikum
Bagi yang bergelar anak Felda yang ibu bapanya masih hidup lagi. Sila tersenyum dengan ceria sebab ada satu lagi option untuk melabur yang aku consider sebagai selamat buat masa sekarang. KPF - Koperasi Permodalan Felda. Pada aku bagi yang takut nak ambik risiko melabur dalam unit trust, emas dan saham terbuka. KPF adalah satu option yang sangat baik. Selain dari tu dividen tahunannya lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh ASB. Iaitu antara 10%~16%. Wayyy better than ASB kann..Tak silap aku untuk 2010 diorang bagi dividen 10% dan bonus 5%. Menarik kan..
Tapi downfallnya adalah ianya hanya untuk orang yang ada kena mengena dengan Felda. Kalau ayahnya orang Felda tapi dah meninggal dunia pun tak layak mohon jadi ahli KPF.
Liquidity bagi saham KPF adalah setahun. Maksudnya kalau dah masukkan lepas setahun baru boleh keluarkan. Dan aku tak rasa sesenang macam keluarkan saham ASB sebab kaunternya kat pejabat KPF atau kena hantar surat permohonan melalui pos. Leceh kan..
Minimum investment RM100 dan maximum investment adalah RM250k bagi satu keluarga. Maksudnya kalau family ada 5 orang, nak bagi-bagi secara adil. Sorang boleh invest RM50k sahaja lah. Kalau jenis main siapa cepat dia dapat. Siapa yang kaya untung la kan. Hahahaha..
Nak buat permohonan senang je. Boleh buat menerusi pejabat Felda kat kampung sendiri atau pun directly hantar borang permohonan ke pejabat KPF kat KL. Aku lebih prefer hantar borang terus. Lepas 2-3 minggu call bertubi-tubi tanya status. Diorang boring nanti diorang buat cepat lah benda tu. Once dapat nombor keahlian terus isi borang untuk melabur. Sama ada bagi dalam bentuk wang pos atau pun dapatkan nombor akaun KPF lepas tu bayar kat bank. Lepas bayar jangan lupa fotokopi receipt sebab yang original nak kena pos dengan
borang permohonan investment.
borang permohonan investment.
Aku tau kaedah ni sort of ketinggalan zaman. Leceh etc. No wonder lah baru 2-3 tahun ni aku kenal KPF despite of being anak Felda selama err..28 tahun..hahaha..better late than never kan.
This is maybe not the best investment vehicle, tapi it worth a try kan. Anak Felda yang berminat sila jangan sia-siakan peluang yang ada.
Nak tau lebih lanjut boleh baca di laman web KPF
Daa
8 comments:
saya tak layak mohon nampaknya...:)
Qema pun tak layak...
Rebut peluang tu kak..untung orang felda:)
SALAM,
NAK TAPI TAK BOLEH !
@~ yus ~, no worries yus.. ada banyak option lain sebenarnya.. kena rajin cari je la..
@qemaishak, insya allah.. sedaya upaya mengumpulkan dana sebanyak mungkin untuk melabur..
@luahfikiran, pakcik LF.. insya allah ada banyak lagi option pelaburan yg lain..ni salah satu je.. :)
Untunglah org yg ada kaitan dgn felda. Tapi yg kakak bimbang lain jadinya macam yg terjadi di Felda Cahaya Baru, Masai, Johor. Kesian sampai sekarang masih tak sudah lagi masalah mereka - tolak-sana-tolak-sini hingga ada yg dah meninggal tak dapat apa.... kesian
x layak den..
Catat Ulasan