Selasa

92.5% rakyat Malaysia tak makan secara sihat

Assalamualaikum
Hasil dari laporan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ni, cuma 7.5% rakyat Malaysia makan lima hidangan sayur dan buah setiap hari. Bermaksud 92.5% lagi tak mengamalkan pemakanan sayur sebanyak lima hidangan seperti yang dicadangkan.

Oleh itu tak hairanlah kalau ramai orang yang secara luaran nampak tak sakit, tapi sebenarnya bukan sihat pun. Dan memang tak terkejut lah kalau sampai hari ini takde tanda tanda sakit. Esok lusa tiba-tiba je collapse, sakit jantung, masuk ICU. Innalillah.

Walau pun aku rasa ramai orang sangat cemerlang dalam peperiksaan sains dan kenal rupa piramid makanan, tapi masih ramai yang gagal nak apply pengetahuan tu dalam kehidupan seharian mereka. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa ramai yang cemerlang dalam peperiksaan tapi dalam kehidupan realitinya ramai yang gagal. Sebab kebanyakannya gagal untuk apply pengetahuan yang dapat di sekolah pada kehidupan seharian.

Salah kementerian pelajaran atau salah cikgu, murid zaman sekarang belajar untuk peperiksaan bukan belajar untuk kegunaan hidup. Apa pun. Tak hairan kalau kita tengok doktor yang tak cukup fit,smoking. Cikgu yang berperangai macam samseng, sepak terajang anak murid. Akauntan yang bankrupt.

Kalau ada pengetahuan, tapi tak digunakan adalah sama macam tak tahu apa-apa.

Nota kaki : Nak suruh sihat pun susah kan..Banyak je alasan. Sibuk lah. Tak sempat lah. Ngadap Astro ada masa pulak :P

Daa

16 comments:

Cik Puan Bunga berkata... [Reply]

Aku makan sayur!

(Errr pun suka belasah anak murid!)

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Puan Bunga, good! sebagai ibu sila tunjukkan contoh yang baik utk adam..hehe..

serius je ko..muka ayu macam mintak pelempang nak belasah anak murid? kalau ko yg kena belasah aku caye gak..hahaha..

Totie@Tomy berkata... [Reply]

saya pun kadang2 dalam satu hari tak makan sayur..tp ganti dengan fresh oren..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

4 keping roti kalorinya hampir menyamai sepinggan nasi.

=D

Sy sendiri adakala pagi2, manjakan nafsu dgn nasi lemak sambal paru.

Irfa berkata... [Reply]

yehaaaaaaaaaaaaaaaaa
dah boleh view penuh
boleh tengok blogslit
boleh komen-komen juga
i like

Nieda berkata... [Reply]

Terima ksih add di Cempaka Biru.

Unknown berkata... [Reply]

wah setepek papa mifz kene..huhu
papa mifz mmg kurang mkn sayur..huhu

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

angkat tangan, cik ina tak de astro.kui kui kui

ct rahani berkata... [Reply]

mkn sayur dua kali je kot.. lunch n dinner.. huhu..

Unknown berkata... [Reply]

@Totie@Tomy, at least makan jugak kan..usahakan lah utk variasi kan sayur..

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, saya pun suka sambal paru!! sesekali takpe la.. jgn dilupakan well balance diet sudaaa..

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, ko buat macam mana? syok la..aku pun tetiba ok pulak bukak blog..ni boleh komen pulak ni..

Unknown berkata... [Reply]

@Nieda, sama-sama :D

Unknown berkata... [Reply]

@Papa Mifz, kurang makan better dari tak makan..lagi pun tak terlambat nak makan dari sekarang :D

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, samalah kita!!

Unknown berkata... [Reply]

@ct rahani, makan 2 kali je pun takpe..tapi portionnya makan 5 hidangan..maksudnya kena makan sayur banyak2 lah.. hehehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com