Assalamualaikum
Bajet buat tajuk omputeh aku nak tulis omputeh kan..Bertuah la..hahaha..Aku lagi rela tulis dalam bahasa jepun dari memalukan diri sendiri tulis omputeh..
Ini adalah rentetan dari entry sebelum ini okeh.
Aku rasa ramai orang sekarang tak sedar atau pura-pura tak sedar akan kepentingan adanya source of income yang pasif. Ramai, terutamanya yang kerja dengan gomen yang sangat selesa dengan pekerjaan diorang dan income yang diorang dapat tetiap bulan. Mostly tak terfikir nak cari second source of income yang passive.
Ok. Walau pun aku rasa ramai yang dah faham maksud active dan passive income ni, tapi aku rasa baiklah aku terangkan maksudnya satu persatu.
Nak tanya Dr. google pun boleh!
Active income - Income for which services have been performed
Passive income - Income received on a regular basis, with little effort required to maintain it.
Secara mudahnya, pendapatan aktif ni adalah pendapatan yang memerlukan kita berusaha untuk mendapatkannya. Manakala pendapatan pasif adalah pendapatan yang didapati dengan usaha yang sedikit atau tanpa usaha.
Contoh pendapatan aktif - Gaji, tips, komisyen, perniagaan yang melibatkan barangan atau perkhidmatan
Contoh pendapatan pasif - Sewa, share dalam perniagaan, saham, royalti dari jualan buku atau album, buat network marketing
So kerja part time bukan passive income ya.
Tapi aku rasa ramai yang salah faham tentang pendapatan pasif. Ramai yang ingat pendapatan pasif tak memerlukan usaha sama sekali. Tak perlu buat apa. Goyang kaki duit masyuk! Macam tagline bebudak MLM!
Tolonglah jangan sesekali percaya kalau ada orang cakap macam tu. Itu confirm jenis-jenis skim cepat kaya. Korang boleh terus goyang kaki, tangan dan badan. In the end, takkan dapat apa. Belum pernah lagi aku dengar mana-mana perniagaan MLM yang legit yang korang boleh duduk goyang kaki dapat duit.
Antara ciri-ciri pendapatan pasif adalah kita boleh pilih bila kita nak kerja, dengan siapa kita nak kerja. Tak payah susah hati pasal nak punch card, kena maki dengan bos dan sebagainya.
Sewa - Little or no effort, cuma perlu make sure tenant bayar sewa, maintain premis dengan baik. Kita boleh sewakan premis kita pada siapa yang kita suka. Yang bayar lebih. Tak suka, kita bagi notis suruh dia keluar.
Share dalam perniagaan/saham - Kena study perniagaan yang nak dilaburkan. Boleh pilih sendiri syarikat mana yang kita suka. Bila dah tak suka. Jual je sahamnya. Duit kita kan tu..
Royalti - Mula-mula mungkin teruk sikit. Nak kena perah otak untuk cari idea yang meletup. Once orang suka dengan idea kita, kita boleh pilih kat cabin mana kita nak lepak sambil cari idea. Selagi orang suka dengan idea kita, selagi tu kita dapat duit.
Buat network marketing - Aku rasa yang ni paling kontrevesi sekali kan. Hehehe..Aku pernah terbaca dalam satu buku, dalam dunia perniagaan, perkataan yang paling power dalam dunia perniagaan adalah network. Tapi jangan ingat boleh duduk diam diam dapat duit. Dalam network marketing, kita kena promote tak henti-henti. Bukan jual barang. Tapi promote. Jangan paksa. Kita promote, orang suka, orang beli. Kalau orang join network dia pun promote pada orang lain. Sampai satu ketika. Kita mungkin dah tak payah promote teruk-teruk sebab dalam network kita ada 100 orang yang promote jugak. Obviously bila 100 orang promote, dengan sorang promote. Lebih baik 100 orang kan. Tapi ingat, sebelum nak dapat 100 orang promote, berapa banyak effort yang kita kena buat untuk bina orang lain supaya diorang boleh promote barang macam mana kita promote.
Ramai orang yang tak berjaya dalam bisnes network marketing sebab diorang tak promote pada cukup ramai orang untuk membolehkan diorang dapat passive income. Tak dinafikan yang banyak bisnes MLM yang tipu. Tapi ada yang betul-betul berjaya.
Mungkin ada orang kata MLM bukan real business. MLM tipu orang. Bila dengar MLM je terus tutup telinga.
Terpulang pada individu. Bagi aku dalam hal ni memang tak boleh nak pukul rata. Aku pun tak kata semua MLM halal. Aku tak kata semua haram. Itu terpulang pada penilaian masing-masing. Nasihat aku, kalau nak join, kaji dulu elok-elok. Dah join jangan duduk je harap duit masyuk. Itu kerja gila namanya.
Aku beruntung dilahirkan sebagai anak orang Felda sebab aku boleh join koperasi Felda. So far dividen tahunan tak kurang dari 10%. Paling tinggi 16%. Average 12%+. Jauh lebih baik dari labur dalam ASNB. Dalam masa yang sama aku ada jugak buat investment dalam mutual fund. Yang lain-lain adalah trading business. Aku belum berani lagi main saham terbuka. Nak beli saham company pun belum qualified (tak abis study lagi :P) Aku tak minat sangat hartanah walau pun aku tau ni antara yang paling hot.
So far, aku masih belum boleh berenti kerja lagi. Tapi insya allah aku akan buat plan supaya sebelum anak-anak aku masuk sekolah aku boleh berenti kerja dan fokus pada diorang dan dapat income dalam masa yang sama. Aku nak sangat hantar dan ambik anak-anak aku pergi balik sekolah. Memang kalau boleh aku nak jadi kaya. Tapi dapat pendapatan macam sekarang, dengan tak payah kerja masuk pagi balik petang pun aku dah cukup syukur. At least ada pendapatan yang aku boleh wariskan pada anak-anak kalau aku mati. Kalau kerja je, aku mati gaji pun stop.
Bagi sesiapa yang belum terfikir atau tak pernah terfikir nak cari pendapatan pasif, baiklah mula buat perancangan secepat mungkin. Korang nak kerja apa sekali pun bukan persoalan. Jadi cikgu, polis, peon.. Semua tu kerja yang mulia. Tapi pastikan yang kita mesti sentiasa bersedia nak menghadapi apa jugak jenis kemungkinan. Melainkan kalau korang memang dah ada simpanan dalam bank at least sejuta. Tak payah fikir dah. Hehehe..
Sekali lagi aku bagi amaran. Penulisan aku ni mungkin ada yang tak suka. Mungkin ramai yang tak puas ati. Apa yang aku tulis adalah pendapat aku. Mungkin takkan apply pada semua orang. Kalau ada yang nak share pendapat silakan. Sama ada sama-sama bersetuju atau tidak tu belakang kira okeh.
Daa
16 comments:
tak suka sila klik butang X atas,belah kanan tu hehe..
aku suka baca je
saya suke je bace.. betool ape akak kate tu/./ mmg ramai yg suke nak duit tapi cari jalan mudah.. malas berusaha.. penyakit melayu kita kan
@HappyIrfa, hehehe..buat entry hot pasal MLM ni bahaye sikit..nanti org anti MLM marah.. hoho..
@BERT, ramai org yg rasa selesa sbb jadi "apa apa" bila dah jadi apa apa baru tergagau pk mana nak cekau duit..
takut nak gebang pasal duit sbb nanti org kata kita ni mata duitan..padahal memang betul pun..hahaha..
bab2 duit, bab2 kerja, bab2 meniaga.. benda agak sensitif bg sesetengah orang.
@Mommy Lyna, kembang lak tetiba mommy lyna datang komen kat belog picisan saya ni..hehe..
tu la..nak kena hati2 menulis bab macam ni..
ok, cakap pasal MLM....
"TIADA BENDA DALAM DUNIA INI DUIT DATANG TANPA PERLU KERJA"
Igt tu... So agak2 kalo join MLM yg kate ko bayo then goyang kaki,itu..
BULSHITTT namanya
P/S: :Ops tercarut sket lak
@Kakkoii, hehe..tepat sekali.. dan on the first place.. itu bukan MLM pun..sijil je MLM.. hakikatnya itu adalah bisnes tipu tipu..atau lebih dikenali sebagai skim cepat kaya atau skim piramid..
nice share laa beb... kena educate jugak diorg ni sume... mostly sume org akan ada 2nd income... samada aktif atau pasif...
rai semuanya kena ada kemahuan, baru ada jalan.. dulu cik ina pun pernah hidup susah, tapi bangun sendiri. sekarang banyak yang manja masih nak tongkat .
Abah skrg duk berjinak-jinak beli emas..beli sikit-sikit.
Work in Progress
pasif income la best..tapi nak capai bukan perkara mudah melainkan dah banyak $$$
@Norhisham Nordin, sebenarnya ramai dah tau..aku just highlights je..hehe..tapi ramai yg pandang ringan benda ni..
@Cik Ina Do do Cheng, setuju..ramai yg kemahuan tak cukup tinggi..sebab tu masih selesa dengan apa yg ada..
@abah khalisha, bagus buat pelaburan dalam emas..harga emas pun mmg makin tinggi..
@Bro ahmad, mana ada bro.. tak semestinya kena banyak $$$.. hehe..
Catat Ulasan