Khamis

Berdosa baca Al-Quran dalam surau

Assalamualaikum

Selamat pagi semua~ Actually aku nak tulis entry ni semalam tapi kalut dah nak balik. Tak sempat pulak.

Kisahnya macam ni, waktu aku bersiap-siap nak solat asar, aku terdengar seseorang baca ayat suci al-quran dalam surau. Terdetik nak tegur, tapi aku takut akak tu kata aku poyo pulak. So sebagai seorang manusia yang lemah imannya aku cuma tegur dalam hati je dengan harapan dia terdengar suarau hati aku.

Aku rasa ramai yang masih terkeliru dan kurang faham konsep beribadat ni. Betul dah niat baik dia tu nak buat pahala dari amalan sunat. Tapi jangan silap, baca al-quran dalam surau dan mengganggu orang tengah solat hukumnya berdosa. Kalau nak baca tak ada masalah, tapi jangan sampai mengeluarkan suara yang boleh

didengari oleh orang yang tengah solat.

Sama jugak macam baca pak bilal baca al-quran guna pembesar suara sebelum azan subuh. Hukumnya berdosa sebab mengganggu orang yang nak tidur. Tak silap aku hal ni ada disebut oleh Rasulullah dalam hadisnya tapi minta maaf aku tak ingat terjemahannya.

Aku harap akak tu terbaca entry ni.

Nota kaki : Update dari email sebab tiba-tiba tak boleh nak access dashboard. Nak balas komen pun tak boleh. Apa pon tak boleh..Hampeh!

Daa

13 comments:

misya berkata... [Reply]

baru tahu

Hanis MY berkata... [Reply]

wah tak pernah tahu pun tapi bagus apa baca nak dekat subuh, leh kejut bangun solat subuh skali huhu...

Ibu Muda 30series berkata... [Reply]

betul tu...sy pernah kena tegur dgn nenek...minta perlahankan bacaan quran masa dia nak solat :)

Edy Ramanov berkata... [Reply]

setahu edy, masa orang solat, kita tak digalakkan membaca al-quran dengan suara yg kuat atau keras. sebab ini boleh mengganggu orang yang tgh sembahyang. =)

Unknown berkata... [Reply]

@misya :D

Unknown berkata... [Reply]

@Hanis MY, betul tu. kalau semua penduduk tak kisah. takde orang sakit, takde budak kecik, takde wanita uzur duk dlm kawasan tu yg rasa terganggu..takde masalah. tapi kalau ada yg rasa tak tenteram sbb bacaan tu, jadi berdosa.

Unknown berkata... [Reply]

@Aku Ibu Muda,ramai yg tak tahu..

Unknown berkata... [Reply]

@Edy Ramanov, betul tu..bacaan org tu salah..solat dia tak sempurna kita pun dapat dosa..

Irfa berkata... [Reply]

AKU PENAH DGR TTG INI.aku juga pernah alami tgh solat ada org baca Qur'an dgn suara yang kuar.aku bukan pandai sgt tapi aku dgr dia baca dgn tajwid lintang pukang..tak psl aku dapat dosa duk ngutuk dia dalam hati,solat aku tak khusyuk..huhu

Irfa berkata... [Reply]

ops..bukan KUAR tapi KUAT..salah taip lor

maszull berkata... [Reply]

salam Ourkizuna...thanks sbb berkongsi info tentang ni...

betul tu kekadang mama ada juga terkena mcm tu sampaikn kita nak solat pun rasa mcm x kyusuk jer...:)

Anamarza berkata... [Reply]

seeloknya baca perlahan cukup la, kalau kat bandar mungkin jadi masalah klau baca quran degn pembesar suara kat masjid tapi klau kat kampung okey je kot

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

masalahnya orang islam ni kalau ditegur bab -bab ni katanya kurang asam. kat rumah cik ina sampai dalam toilet dengar ceramah agama dorang. tak kira waktu. dorang sebenarnya tak tahu apa yang patut dan tak patut.sekadar bengang dan tegur dalam hati je lah nampaknya.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com