Assalamualaikum
Peperiksaan UPSR dah habis. Ramai ibu bapa dah boleh tarik nafas lega. Gempar UPSR kali ni sebab ada kes murid-murid dikurung oleh guru sebab takut keputusan diorang jejaskan prestasi sekolah. Ibu bapa mana yang tak marah. Susah payah bayar yuran tiba-tiba bila nak ambik periksa, dikurung pulak.
Sebenarnya perkara macam ni timbul disebabkan oleh kecacatan sistem pendidikan tu sendiri. Tengok pada sistem pendidikan yang ada sekarang. Kecacatan paling utama adalah sistem pendidikan kita mementingkan pencapaian.
Kementerian Pendidikan sendiri buat ranking bagi sekolah sekolah yang berjaya. Bagi sekolah yang berjaya, macam-macam kemudahan yang boleh dapat. Macam-macam pujian diorang dapat. Pengiktirafan. Mostly sekolah yang kat bandar. Maklumlah anak orang bandar biasanya mak bapak hantar pergi tuisyen. Cikgu belum ajar bab tu, kat kelas tuisyen dah ajar. So advance la. Bila cikgu kat sekolah ajar, terus boleh masuk kepala.
Berapa kerat la anak orang luar bandar yang masuk tuisyen. Paling hebat pun masuk kelas tuisyen PERCUMA ehsan guru-guru yang mengajar kat sekolah tu jugak. Penyampaian masih sama. Gayanya sama. Kalau dapat tu dapatlah. Kalau tak dapat nasiblah. Kalau yang lemau sikit tu jenuh la nak catch up. Tu belum kira yang datang tuisyen sebab nak dating (pengalaman peribadi..tapi bukan aku yang dating la..aku nerd..haha)
Kalau dalam kelas. Sejak zaman berzaman, kita diajar melalui sistem pendidikan bahawa jawapan yang salah adalah satu kesalahan. Adalah sangat memalukan kalau angkat tangan dalam kelas lepas tu jawap salah. Confirm kena gelak ngan kawan-kawan. Hasilnya, student dalam kelas malu sangat nak angkat tangan walau pun tahu jawapannya. Sebab takut salah. Sampailah masuk universiti. Kalau ada yang jenis suka angkat tangan tu memang, kawan-kawan panggil dia budak nerd dah.
Aku rasa ramai setuju yang sistem pendidikan yang mengutamakan pencapaian macam yang ada sekarang ni patut dikaji semula. Realitinya, bila kita melakukan kesilapan, baru kita belajar. Kita belajar melalui kesilapan kita. Bila kita jawab salah dalam kelas, kita akan ingat jawapan yang betul sampai bila-bila. Tapi bila kita jawab semua betul, soalannya pun kita tak ingat.
Dalam hidup pun macam tu. Jangan tengok kesilapan tu satu kegagalan. Edison yang buat lampu tu gagal 1000 kali buat lampu. Tapi dia tak anggap tu satu kegagalan. Dia kata, "I have not failed. I've just found 10000 ways that won't work"
Apa yang ditanamkan melalui sistem pendidikan kita adalah. Bila buat silap, elakkan diri dari buat kesilapan yang sama. Ramai orang kata "belajar dari kesilapan", tapi mostly cuma mengelakkan diri dari buat silap.
Macam pelajar dalam kelas. Bila cikgu soal, diorang jawab. Jawapan tu salah. Instead of diorang cuba untuk buat ulangkaji awal supaya lain kali boleh bagi jawapan betul, mostly akan mengelak dari jawab soalan cikgu lagi dalam kelas. Sebab takut salah. Bila dah abis sekolah pun macam tu. Nak buat apa-apa takut. Sebab takut tak berjaya. Takut salah. Takut gagal.
Kita tak boleh lupa. Setiap insan ada potensi masing-masing. Pendidikan di sekolah sepatutnya membantu kita mengenalpasti potensi diri masing-masing. Mengeluarkan potensi diri.
Realitinya, kalau kita tengok yang berjaya dalam hidup bukanlah dari orang yang pencapaian akedemiknya bagus sangat pun. Aku sendiri, belajar jauh-jauh sampai ke Jepun. Balik Malaysia makan gaji je (buat masa ni) Ada kawan sekampung aku, mintak maaf aku cakap perangai dia masa sekolah mengalahkan bohsia. Sekarang ni dah jadi pemilik syarikat kontraktor. Malu aku jumpa dengan dia.
Ingatlah. At one stage. Pendidikan kat sekolah memang penting, tapi tak berjaya dalam akedemik bukan bermaksud kita akan jadi manusia yang gagal. So, kepada para pendidik, janganlah perlekeh potensi pelajar yang pencapaiannya kurang memberangsangkan.
Kalau yang rajin membaca boleh cari buku If You Want to Be Rich and Happy,Don't Go to School oleh Robert Kiyosaki.
Nota kaki : Ada lagi ke cikgu yang rotan murid yang bagi jawapan salah ek? Harap-harap takde lah. Apa kata Cik Bunga dan Tini kita..hahaha..
Daa

Zaman sekolah dulu, aku suka tidur dalam kelas..duk pun belakang sekali..hehe |

14 comments:
Hurm...betul tu....kelulusan atas kertas tak bagi makna apa2 pon :(
sy sekarang masih lg malu dgn teman2 lama yg dulu sy jangka mcm tak kan jadik manusia, hakikatnya mereka lebih berjaya....huhuu
@Aku Ibu Muda, betul tu..in fact bila kita dah mula kerja diorg dah tak mintak pun sijil2 tu..yg penting pengalaman..
malu jugak!! konon belajar sampai obersi..makan gaji jugak!
Better follow macam Singapore..
aku setuju 600 peratus..peringatan juga utk diri sendiri.tgk kertas soklan periksa anak..bukan tengok soklan mana yg dijawab betul tapi sibuk tengok mana yang jawab salah :-(
@abah khalisha, singapore buat mcm mana?
@HappyIrfa, betul tu.. kesian budak2 stress kena tekan ngan cikgu lagi..
nak buat camna kan selagi sistem pendidikan tak diubah, kementerian tekan JPN, JPN tekan PPD, PPD tekan Guru Besar, Guru Besar tekan Cikgu last-last yg jadi mangsa budak2, gara-gara sekolah nak cemerlang nak keputusan gempak macam2 cara dibuat
Rai,
cuba tgk pulak dr segi parents... skarang parents pun berlumba2 nak anak SEMUA pandai..pandai dlm serba segala segi..
kalau parents chinese, selalunye laaaaggikk kiasu.. mcm kat s'pore... kiasu kan?
Ehem ehemmm lalluuuuu lalauuuuuu Cikgu Bunga nak komennnn! HAHAHA!
Aku tak pernah marah + rotan anak murid yg jawab salah. diorang buat apapun aku tak pernah rotan,kurang ajar dengan aku pun aku tak rotan.
tapi tapi tapi,
kalau tak bawa BUKU, sah - sah jangankan kata rotan, pelempang pun aku bagi.
macamana nak pandai, kalau buku tak bawa?
macamana nak pandai kalau buku tak dihormati?
Orang China, hormatkan buku macam buku tu dewa mata 8. anak - anak kita, kalau boleh nak g sekolah bawak beg plastik je. taknak berat2.
cis!
betul2,,semuanya nak yg terbaik jer,,kdg2 budk2 tu stress sgt seolh2 gagal skali lam pelajrn tu mcm penamat hidup,,,nangis tak mau2,,,
Agreed!. sistem pendidikan ken aubah balik, start dr early childhood education tu sendiri
setuju 1000% la cik Rai kita..tgk aku dahla..mengaji sampai obesi..tapi blk duk umah jugak..ape pon takde..mintak keje pon diaorg tak tgk pon pada sijil2 tu sume..tapi ape yang diaorg tgk adalah pengalaman!
mmg sistem pendidikan kat negara kita nak kena ubah..mase aku keje kat sekolah dulu aku boleh nampak semua mende ni..kesian kat budak2 sekolah ni..dipaksa utk dapat result yg bagus..dipaksa utk dtg tusyen semata2 utk dpt result bagus pastu boleh naikkan nama sekolah..cikgu2 pon sama..pentingkan kerjaya daripada anak bangsa sendiri..sedih aku tgk..uhuks~
moga2 bila anak2 aku masuk sekolah nanti sistem pendidikan kat negara kita dah diubah..ameeennn...
pelikkan ngan manusia ni. bos cik ina robert kuok orang yang paling kaya kat malaysia bukanlah orang yang berpendidikan tinggi, tapi berjaya dalam hidup. sama gak tauke genting highland tu. pokok pangkal nak berjaya dalam hidup kena rajin berusaha.
"Zaman sekolah dulu, aku suka tidur dalam kelas..duk pun belakang sekali..hehe"
hahaa..tp ko tetap pelajar terbaik kan heheheee....betul tu zai,ade tu mase sek x pandai pun..tp skang die jauh lg berjaya....=p
Catat Ulasan