Jumaat

saiyaku vs saitei

Assalamualaikum

Aku tau aku berutang entry pasal kencing manis dengan pembaca sekelian. Cewah Aku tak sempat lagi nak mengarang. Harap takde yang frust sebab aku dok buat entry lain. Hahaha. Perasan tahap gaban

Satu lagi aku berutang entry GA ngan cik Puan Bunga Aku da letak puan ni weh! hahaha Tak nyempat lagi aku nak mengarang slogan tergagai macam ko.

Oleh kerana aku tak de idea segera nak buat entry maka aku tiba-tiba rasa cam nak buat entry pasal saiyaku dan saitei. Kedua-duanya bahasa Jepun.

Saiyaku ; Dieja sai-aku dalam suku kata jepun 最悪
Saitei ; Sai-tei 最低

Kalau tengok "sai" dalam kedua-dua perkataan adalah sama. Maksud sai ialah "paling"

aku (悪) pulak bermaksud "teruk", saiyaku adalah paling teruk.
Biasanya digunakan untuk menggambarkan keadaan yang sangat-sangat teruk. Di luar jangkaan.

tei (低) bermaksud "rendah", saitei adalah paling rendah.
Ia boleh menerangkan kedudukan sesuatu yang sangat rendah, atau nilai yang sangat rendah.
Kalau ditujukan kepada seseorang. Seperti ayat dalam komik atau anime "お前最低だ!" omae saitei da. Ia membawa maksud "ko ni teruk gila!"

Sekarang mari kita berlatih gunakan kedua-dua perkataan ini

Ini yang dikatakan saiaku

Saiaku

Saiaku lagik. Gaya kucen tu sangat comel okeh.

Mamat ni memang saitei

Ini adalah combination, perempuan tu saitei dan situasi mamat seluar merah tu adalah saiaku sekali

Ni gamba takde kena mengena..aku kenal domo kun masa zaman skola lagik. Sekarang baru terpk. Comelnya~
Gambar-gambar curik dari SINI. Selamat berhujung minggu.

Nota kaki : Aku balik Johor malam ni. Yeyeh~ Esok ada upacara demonstrasi masak dodol 5 minit dan bihun goreng kukus. Mak aku nak tengok. Hihik

Daa

4 comments:

msredcheesecake berkata... [Reply]

nape la pala msred ni lembab sgt nak paham heee...msred yg mana satu kalau dlm situasi gini? saiaku ke saite?

Unknown berkata... [Reply]

haha..saya yg tak pandai menerangkan sebenarnya.. (gatal nak buat tutorial :P)

saiaku - refer pada situasi
saitei - refer pada org

tanaklah saitei..saitei tu org yg paling teruk dalam yg paling teruk..hina gila..hahaha..

Norhisham Nordin berkata... [Reply]

alaaa... aku jeles ko nak balik Johor... aku pun nak balik gak tp esok ade kelas laa pulak..

Unknown berkata... [Reply]

haha..sila jeles..aku nak balik kampung sahur hari pertama puasa dengan masakan mak aku..yeyeh!!!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com