Assalamualaikum
Satu lagi entry merapu.
Kita dilahirkan dengan matlamat. Matlamat untuk menjadi khalifah bagi memakmurkan muka bumi ni. Tu matlamat seorang muslim seluruh hayat dia. Masa kecik dulu (read:sekolah rendah) aku yakin matlamat kita semua adalah nak capai banyak A dalam UPSR. Lepas habis UPSR, kita buat matlamat baru. PMR dan kemudian SPM. Tak kira lah matlamat tu kita capai ke tidak. Tapi kita sentiasa ada something to work for. To look forward. Lepas SPM, dapat masuk Universiti ada jugak yang terlupa matlamat mereka.
Instead of focus pada pelajaran. Ramai yang main-main cinta dan terkandas. Ada juga yang tidak. Dan berjaya dapat segulung ijazah. Matlamat semua orang lepas habis belajar adalah untuk dapatkan pekerjaan yang baik untuk dapat gaji yang banyak. Nak bagi kat mak bapak, nak simpan untuk kawen, nak beli rumah dan macam-macam lagi lah.
Bila kita mula kerja, lebih ramai yang hilang fokus pada matlamat mereka. Dunia pekerjaan tak seindah yang kita sangka kan. Naik gaji ciput. Perbelanjaan makan, sewa rumah, keperluan asas..semuanya semakin mahal. Mungkin ada yang berjaya simpan duit, beringat untuk masa depan. Beli rumah untuk dijadikan pelaburan masa depan. Tapi sejauh mana kita stick pada matlamat kita?
Baru-baru ni aku mendengar khabar dari seseorang yang aku kenali. Baru sahaja sampai umur pencen. Sebaik mendapat duit EPF, semuanya dibelanjakan untuk renovation rumah. Habis. Sekelip mata. Macam mana dengan perbelanjaan rumah tangga? Kerja dah tak ada? Pencen memang tak ada. Sudahnya harapkan pada ihsan anak-anak.
Inikah masa depan kita? Renung-renungkan. Kita bekerja bukan sahaja untuk hari ini, fikirkan juga kehidupan lepas kita pencen. Sekurang-kurangnya sekalipun kita tak panjang umur untuk menikmati duit tersebut, anak-anak kita akan dapat merasa. Sesungguhnya meninggalkan anak-anak dalam keadaan kaya lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan miskin.
Apakah matlamat jangka pendek dan jangka panjang? Dah set? Penting ada matlamat yang jelas sebab bila ada matlamat, kita tahu apa yang kita perlu lakukan. Bila ada matlamat setiap hari kita akan rasa lebih hidup. Takde la rasa mandom je. Yelah. Hari-hari pergi kerja buat benda yang sama. Nak tunggu naik gaji pun setahun sekali. Bila ada matlamat kita akan mula fikirkan bermacam cara nak capai matlamat kita.
Antara contoh matlamat yang tak jelas
(1) Nak kawen
(2) Nak hidup bahagia
(3) Nak kaya
(4) Nak beli rumah
(5) Nak beli kereta
Contoh matlamat yang lebih jelas
(1) Nak kawen by umur XX tahun. Jadi kena kumpul duit sebanyak RM*** dalam bank untuk tujuan kawen. Kalau setakat nak kawen tu yang banyak terjadi. Tuan punya body da sedia nak kawen, tapi duit tak ada. Tak ke haru.
(2) Nak ada simpanan/eset/pelaburan sebanyak RM*** sebelum umur XX tahun.
dan seterusnya..korang pikir la sendiri. Bila dah capai satu-satu matlamat, set matlamat baru pulak. Cubalah. Tulis atas kertas dan tampal kat meja solek ya.
**Edited on 8/7 aku malas nak buat entry baru
Daa
Khamis
Matlamat hidup kita
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
4 comments:
apa ye matlamat tini? ermm, ada lah perancangan masa depan. InshaAllah besederhana, moga disenangkan.
Nak tambah : meninggalkan anak-anak yang kaya ilmu+iman adalah lebih baik dr meninggalkan anak-anak yang miskin ilmi+imannya.
sokong tini..ehehe..terlupa bab tu.. saya bab2 duit laju sikit.. haha..gurau jek..salam jumaat!
apsal rase cam xpenah set matlamat ni ye?huhu..tp pasti nk wat yg terbaik tuk masa depan..
kunangkunang,
betul..semua org nak yang terbaik untuk masa depan. tapi penting untuk set matlamat kita.yang penting macam mana cara kita berusaha nak capai matlamat tu.. tercapai atau tidak perkara kedua. kadang2 bila tak ada matlamat yg jelas kita jadi leka..bila da capat matlamat.set matlamat baru pulak.awak akan rasa lebih berpuas hati.
just my opinion la.. :D
Catat Ulasan