Jumaat

Kami hampir bercerai..

Assalamualaikum

Aku dalam proses nak wean Aqil. Orang melayu kata sapih atau bercerai susu. Aku memang berhasrat nak wean Aqil sejak bulan Mac lagi. Tapi memandangkan aku tak berapa nak sampai ati aku hold hold hold. Tiap kali balik kampung ada je suara-suara tak merdu yang membangkang keputusan aku tu. Maklumlah dalam masyarakat kita ni menyusu melebihi 2 tahun kan taboo sikit.. Takut anak tak pandai lah, takut anak tak dengar kata lah. So far alhamdulillah aku tak hadapi masalah ketika membesarkan Aqil.

Dia anak yang mendengar kata. Of course lah kadang-kadang dia buat perangai. At one time aku marah jugak. Hehehe.. Tapi semalam dia sangat-sangat good boy. Aku start stop supply susu kat dia selepas maghrib. Beberapa kali dia mintak dengan baik dan aku tolak. Aku pujuk dan dukung dia. Damia terasa gak tempiasnya sebab aku tak boleh nak menyusukan Damia ikut suka aku. Kalau abang dia nampak confirm tak menjadi. Actually kali ni mak mertua aku ada bekalkan air. Ala..air kosong je. Baca selawat 3x, Al fatihah 3x dan kemudian bagi dia minum dan sapu muka dengan air tu. Sapu kat ehemm ehemmm gak.

Dia mintak je aku pujuk. Sikit pun takde memberontak bila aku tak bagi. Sampai pukul 2 pagi dia tak tidur sebab tak dapat! Walau pun mata da layu gila. Aku pun da exhausted gila. At last, dia da ngantuk sangat dia nangis-nangis. Goshujin sama aku mula lah serah bulat-bulat kat aku. Dia jenis tak sampai ati. Aku pun bukan la sampai ati sangat. Tapi emotionally aku agak letih sebab aku risau dia kurang makan, berat badan kurang etc etc. Dari segi supply susu memang takde masalah. Berlebih-lebih lagi. Aku buat untuk kepentingan dia jugak.

Kira semalam half je berjayanya. Nak bagi dia tidur, aku terpaksa bagi umpan jugak. Hampeh!

Budak dongga demam
Daa

8 comments:

~ As ~ berkata... [Reply]

My son Azam dl umur setahun wean off sbb aku pregnant kan Amira...
si Amira ni, masih lg aku rasa tak sanggup nak wean 2 tahun nnt, takut gemuk hahaha

Unknown berkata... [Reply]

Aqil dah slow dah masa aku pregnantkan Damia tu..supply tak banyak..aku da tak pam..tapi tak totally wean..bila adik dia lahir dia happy sbb supply mencurah2.. so skang ni aku nak wean kan dia sebab aku nak cuba untuk gemok!! hahaha..

mummY daniSha berkata... [Reply]

mak aii...tajuk ko heheee....danisha breastfeed sampai setaun je....pastu die sendiri x nak..sebab?sebab aku makan ubat..pahit kot hehehee..

sailaaf berkata... [Reply]

dongga dongga pun tetap comel.. pndai ni bila besar nanti.hehe

::NureeN:: berkata... [Reply]

terkejut baca tajuk...
hhmmm nureen ari tue nk berceraikan susu sapu benda pahit kat t****.. pastu dlm 2 3 ari elly dh mula x brapa mau bila tanya ja dia ckp pahit... nureen susukan elly 2 tahun 2 hari ;p

Unknown berkata... [Reply]

mas,
hehe..makan ubat asma tu ke? aku sepanjang bf ni mmg kurang2 kan makan ubat..untung la ko mas..tak payah susah payah pk cara mcm mana nak wean kan..

Unknown berkata... [Reply]

sukasuki,
ni kecik2 pun da macam2 akal dia.. nak tergelak kadang2 tu..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

nureen,
saya guna kopi..dia ambik kain laplap terus jalan..hehehe..ok la tu cukup 2 tahun..aqil ni 2 tahun 10 bulan..haha..duk hold2 sangatt..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com