Isnin

kenapa 99% orang join MLM mengalami kerugian

Assalamualaikum


Kalau tengok kat dalam paper ke dalam tv ke drama ke, kalau cerita bab mlm je mesti sembang pasal rugi. Mesti sembang pasal kena tipu. Aku pelik jugak. Tapi setelah aku menyelaminya aku paham dah kenapa orang kata 99% orang yang join mlm ni rugi. Tapi ye ke 99%? Aku pun tak tau dari mana datangnya statistik ni. Hehe.. 
Kebanyakan orang anggap mlm ni adalah satu perniagaan yang menjijikkan. Kalau tak tipu confirm tak jadi kaya.Kalau tak menyebabkan orang lain rugi berjuta-juta lemon bukan mlm lah namanya. Ye ke?
Pada aku golongan mereka yang dikatakan rugi dalam perniagaan mlm ni ada dua kelompok.
  
Kelompok pertama adalah orang-orang yang menyalahtafsirkan mlm adalah seperti skim cepat kaya. Golongan ini biasanya adalah mereka yang malas berusaha tapi tamak. Walau pun asasnya mlm tidak memerlukan modal yang besar, terdapat orang-orang yang suka mengambil kesempatan atas ketamakan orang lain dengan menjanjikan pulangan yang besar tanpa perlu berusaha. Modalnya? Besarr sekali. Orang-orang dari kelompok pertama ini biasanya menunggu dan menunggu akan imbuhan yang memang biasanya takkan ada.


Kelompok kedua adalah orang yang rajin berusaha tapi kurang bijak. Terdapat banyakkk syarikat mlm kat Malaysia. Produknya pun ada banyak. Macam-macam ada. Dari gelang sakti, sampai lah ke krim sapu pelbagai guna untuk mengubat pelbagai penyakit luar dan dalam. Aku tak nafikan ada sesetengah produk memang ada kegunaannya. Tapi orang-orang dari kelompok kedua ini biasanya tak dapat membezakan sama ada produk tersebut relevan atau sebaliknya.
Sebagai contoh, gelang sakti yang bagi aku ntah apa-apa tu pun ada orang sanggup beli. Lebih menghairankan bila ada yang sanggup jual. Sungguh ajaib. Sudahla dijual dengan harga yang tak terjangkau dek akal.

  
So berhati-hatilah supaya tak terjebak menjadi dua jenis golongan manusia ni. Berbelanja dengan bijak dan berhemat. MLM wujud supaya orang yang takde modal besar boleh berniaga. Gunakan peluang dengan sebaiknya. Jangan sampai berhutang keliling pinggang.


Kalau ubat gigi habis beli lah ubat gigi saja. Kenapa nak beli syampu yang masih ada setengah botol. Aku beli ubat gigi setahun cuma 2 kali. Sebab ubat gigi aku memang tahan lama. Bukan sebab aku malas gosok gigi! Sabun cuci pinggan pulak sejak dari bulan 11 tahun lepas belum habis lagi. Aku tak rasa rugi. Malah aku jimat banyakkk..Lagi pulak aku bangga sebab aku guna produk yang mesra alam. Sabun cuci pinggan aku tak mencemarkan alam sekitar. Botol sabun tu mereput kalau di tanam. Kalau dibakar akan jadi abu. Tak percaya? Tak percaya sudaa.. Ada aku kesah?! Hahaha..

Kesimpulannya..Jadilah pengguna yang bijak :D  Tiada jalan mudah nak jadi kaya.

Selamat beramal.


Daa

4 comments:

Irfa berkata... [Reply]

produk apa tu?tanam botol jd tanah..amway ker?

sy cuma join Mlm..cosway n tupperware je.eh!itu mlm gak ker?hehe

Unknown berkata... [Reply]

cosway, tupperware, amway tu MLM la tu..saya join guna product.. suka sangat productnya..huhu..ada jugak buat bisnes sikit2.. jual pada org yg mmg nak guna barang je..tapi takde la full time.. belum mampu nak concentrate lagi..

syuxer berkata... [Reply]

MLM tuh ada yang betul...

yang mnyusahkan orang pun ada..yang malas memangla x akan dapat hasil heheh..

saya sokong pendapat akak..:)..

Unknown berkata... [Reply]

syuxer,
konsep MLM tu betul dah..cuma ramai yg suka ambik kesempatan atas kelemahan org lain..

yg nyusahkan tu yg biasa kita jumpa..sbb tu yg ramai org benci sangat dengan org MLM ni..

kalau malas tu jangan kata MLM. buat apa pun tak dapat hasil.. hehehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com