Sabtu

Bila orang belanja makannn

Assalamualaikum

Hari khamis aritu sempena dengan dua orang budak dalam team aku nak berenti dan transfer ke team lain, bos belanja kami semua makan kat Chilli kat Empire Subang tu.Eleh lepas tu dia claim la :P

Since bos takde cakap limit berapa ringgit bleh makan, kami semua pun ambik kesempatan order sebanyak perut boleh isi. Hahaha..Dah dah..Jom layan gambar.

Grill Salmon with spicy herbs.
Ikan salmonnya rasa macam tak berapa fresh. Boleh rasa ikan yang kuat. Herb nya tu aku rasa bawang putih kureng sikit. Dari segi size ok la. Mengenyangkan. Kureng-kureng pun melantak sampai licin pinggan. Aku rasa salmon tu kalau dia included lemon pun not bad jugak. Hahaha..Pandai je. Sayur pulak just nice. Almost tak masak. Tapi aku memang suka sayur yang rangup gitu. So ok la pada aku. Nasinya rasa masam sikit. Bukan masam da rosak tau. Aku tak sure ni nasik goreng ke apa. Tapi takde rasa pedas ke apa ke. Aku bagi 2/5 bintang. Hoho..

Chocolate Banana smoothies
Ni minuman yang aku order. Oh sebelum lupa, sebelah tu ada nachos yang dicicah dengan tomato sauce. Sauce nya ok jugak. Masam-masam pedas gitu. Ada sikit rasa cam tabasco. Nachos nya bagi aku ok je kalau makan gitu saja. Rangup. Ok. Airnya ni ok gak. Ada bau harum banana. Rasa coklat takde sangat pun. Kalau coklat pekat sikit ok gak. Hahaha. Tau nak komen je! Yang pasti yang ni pon habis.. Aku bagi 3/5 bintang.

Grill Chicken with apa sauce tah. Payah kemain nama
Dua yang di atas ni adalah yang aku officially order. Akak sebelah aku tu makan yang disebelah ni. Since dia on diet. So aku TERRpaksa tolong habiskan makanan dalam pinggan dia. Dengan air dia pun aku sapu gak. Hahaha..

Bagi aku grilled chicken tu slightly overcooked. Luar nampak juicy kan. Tapi bila gigit rasa kering. Cam susah je nak telan. Sauce yang dalam bekas biru tu blackpepper sauce. Pedas sikit tapi memang TERBAEKK.. Fries biasa la. Macam tu la rasa dia. Jagung tu kurang lemak dan kurang manis. Cendawan shitake yang kat bawah chicken grill tu tak bau sangat. Okla. Kuahnya pulak aku tak berapa nak ingat dah rasanya.. Hehe.. Yang ni aku bagi 3/5 sebab aku suka blackpepper sauce tu.

Orang lain ramai ambik steak. Aku tak pernah try steak mahal sebenarnya. Ada sorang minah depan aku ambik lamb steak. Not bad jugak. Tapi bila da telan bau lamb nya agak kuat. Aku tak sure kalau makan lamb steak kat tempat mahal patut ada bau ke tidak. Hahaha.. Sorang lagi tu ambik steak New York strip. Dia ambik medium. Juicy dan chewy sikit. Tapi sedap. Whipped potato dengan gravy sour cream tu pun best. Potato tu siap ada kulit kulit sekali. Hehehe..

Overall aku kenyang gila makan aritu sebab tolong orang perabih makan diorang. Dessert diorang ambik cheese cake. Tapi cheese cake memang tak boleh lawan Secret Recipe punya cheese cake la. Rasanya terlalu masam bagi aku. Tapi akak sebelah aku kata terlalu manis. Erk..Deria rasa aku rosak ke. Hahaha..

Kesimpulannya, nak makan kat Chilli ni tunggu orang belanja je lah. Nama aku nak pegi makan sendiri takde kot. Takut tak berapa nak berbaloi dengan duit yang dilaburkan. Hehehe..Aku rasa bill aritu cecah seribu kot. Huhu..

Ni bebudak dalam team aku, akak sebelah aku yg makan Grill Chicken, sebelah dia tu yg tengah senyum tu korean dgn budak yg duk tunduk baca menu. Yang baju merah tu chinese lah. Aku takde dalam gambar :P ai pemalu yu.hahaha..
Daa

12 comments:

syuxer berkata... [Reply]

akak dah boleh jadi pengkritik makanan dalam top chef..;p..

Unknown berkata... [Reply]

menyelerakan... tapi bos pasti tepuk dahi.

Unknown berkata... [Reply]

syuxer,
ada ke org nak ambik akak jadik pengacara JJCM pulak..hahaha..gemokkk

Unknown berkata... [Reply]

man,
ala..hujung bulan boleh claim..takde hal lah tu..entertainment belaka ni.. hahaha.diorg untuk juta2..

Ilyana berkata... [Reply]

tak pnh mkn kat chillies. TGIF ke hapa.. kampung kan?

hehehe..

eh, dah try mkn kt big plates? org kurus tp selera besar mcm rai ptt try. hehe

Unknown berkata... [Reply]

yana,
saya pun first time..tu pun sebab org belanja..huhu..sama la kita..

big plates kat mana? tak tau.. huhu..

Nini Hartini berkata... [Reply]

1000??? mahalnya. berapa orang makn?

nasi tu tak menggiurkan tini. Grill chicken tu!!!! nakkkkk!! hehe...

dah mkn free tu ambik lah steak. apadah rai ni, kira mahal pulak. kan org belanja. hehe

Heart In A Cage
.

Unknown berkata... [Reply]

lebih 10 org lah tini..dalam 17org gitu kot..saya agak average sorg dalam rm60++ so ada la seribu kot..

haha..saya suka ikan..lagi pun ingat nak ajak husband rasmikan makan steak first time dgn saya..tapi tah bila..duk tunggu gak ni..hahaha..

Elih Japahar berkata... [Reply]

pergggh! grill chicken tu nampak sedap lah...hihi

Unknown berkata... [Reply]

hehe..maunya tak sedap..lebih sedap bila org belanja (saje nak kasi bakarr..haha)

Irfa berkata... [Reply]

RAI..KITA SERUPA LA..PEMALU :-(

Unknown berkata... [Reply]

kan..segan la nak tayang2 gambar ai yg tak shomel tu kat blog.. gambar anak2 sudah la..kalau org puji anak comel boleh maknya ngaku comel...hahaha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com