Khamis

watashi no kawaii musume



Budak kecik ni senyumnya memang manis. Kuat merajuk. Sikit-sikit nak protes..Kalau kena marah je mesti nak buat muka toya..Paling aku tak tahan nak tergelak dia buat gaya cam ni


Damia buat sambil duduk bersimpuh. Geram gila aku tengok. Nak tergelak pun ada. Aku tak dapat nak ambik gambar sebab takut nanti dia ingat aku main dengan dia. Marah kena la serius kan..Hehehe.. Padahal aku "haippp!!" cam tu je.

Mana taknya. Dia bukan reti nak duk diam. Mengeletiss je macam ulat nangka. Ada je perbuatannya. Suka menyepah. Dah la emak dia malas tak sempat nak kemas. Last time ayah dia cari dia tak jumpa, tengok-tengok dia sembunyik dalam kabinet dapur. Aku sampai tak boleh nak simpan apa dalam tu. Dia dua beradik duk main dalam tu. Orang sibuk memasak dia sibuk punggah periuk belanga aku. Harap-harap da besar esok rajin masak macam aku. Kehkehkeh..
Vocab DamiaPah - Dukung. Suka mengekor je ke mana orang pegi. Lepas tu tau je orang nak keluar. Duk sekaki je. Nanti dia peluk kaki mintak dukung. Kalau tak dukung dia buat muka frust  dan buat gaya seperti di atas.
Ma - Nak susu. Time ni dia mesti sibuk nak landing kat riba aku sambil selak-selak baju. Belajar dari abang dia.
Nak - Nak
Nanak - Taknak

5 comments:

Nini Hartini berkata... [Reply]

selak baju cari apa? hahaha... kena ambil gambar curi2 lah. comel..teringat ms kecik dulu, tini naik baby walker bawak laju2 then tangan libas pinggan mangkuk mak. kehkeh..pastu lariiii then dtg balik, libas yg lain. hoho..

Heart In A Cage
.

matakail berkata... [Reply]

hi .. jemput jadi follower kami. tq www.pancingarateam.blogspot.com

Gary Asip berkata... [Reply]

aduh... dah lama x study jepun.. musume tu apa yer?.. watashi no' maksudnyer saya punya kan?... kawaii tu kiut.. huhu... musume tu apa?...
gary follow cne yer~.. jom vote blog gary dalam pertandingan blog kreatif~....

Unknown berkata... [Reply]

tini,
carik ehemmm.hihi...wahh.. merempit dengan walker eh..hahaha....mak tini kena guna pinggan mangkuk plastik la jawabnya...

Unknown berkata... [Reply]

Gary,
betul dah tu..musume tu anak perempuan..hehe :D

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com