Sabtu

Meniaga Larut Malam

Aku terbaca entry Ila berkaitan dengan perasaan ragu-ragunya tentang status halal haram MLM. Rata-rata orang tak berminat dengan MLM sebab tak suka nak cari orang.

Aku rasa ramai orang salah sangka pasal kaedah menjalankan perniagaan MLM ni. Bila sebut je MLM  dalam kepala otak masing-masing fikir macam mana nak carik downline. Memang la MLM system ada downline dan  upline. Tapi the real MLM bukan money game atau head hunting. MLM ni adalah referral program. Perniagaan berasaskan word to mouth. Contohnya aku guna ubat gigi company A. Lepas guna ubat gigi tu, gigi aku makin putih berseri-seri. Kesan kuning teh pun hilang. So aku pun cerita pada kawan-kawan aku. Siapa yang gigi kuning nak beli ngan aku, belilah. Kalau rasa nak beli dengan harga murah jadilah ahli. Lepas tu dia pun buat perkara yang sama. Secara tak langsung, ramai orang yang akan tahu kebaikan ubat gigi company A dan dalam masa yang sama lebih ramai orang yang jadi downline aku sebab diorang suka dengan ubat gigi yang aku kenalkan pada kawan aku pada mulanya.

Lebih kurang sama macam kita beli kek secret recipe. Kek tu memang sedap giler lah..So kita pun cerita kat kawan kita. Bila kawan kita dengar akan kesedapan kek secret recipe dan ditokok tambah oleh kita sampai meleleh air liur kawan tu. Dia pun mengidam nak makan kek secret recipe yang kita dok canang-canang tu. Bila dia pergi makan, maka ternyatalah bahawa kek secret recipe memang sedap. Si kawan ni pun tokok tambah lagi ceritanya dan sampaikan pula pada kaum keluarga dia. Kemudian, ramai-ramai pakat suka nak makan kek secret recipe.

Lebih kurang sama lah senarionya kan..

Bezanya..bila kita kenalkan ubat gigi company A kat kawan kita, kita dapat komisyen. Lagi ramai orang guna ubat gigi yang kita kenalkan lagi banyak komisyen company bagi pada kita. Tapi secret recipe ada bagi kek free kat kita? kirim salam laaa..dapat sepotong kek pun da cukup hensem.

Kesimpulannya, sedar tak sedar kita memang jadi ejen untuk semua benda yang kita sebut. Bezanya kita berbayar atau secara percuma.

Sebab tu la rata-rata orang yang benar-benar berjaya dan konsisten dalam perniagaan MLM ni bukan terdiri dari orang-orang yang pandai cari bisnes partner semata-mata. Tapi dikalangan mereka yang pandai bawak mulut pasal produk yang mereka bawak. Memang sejak azalinya kita memang suka bawak mulut pasal sesuatu benda. Baik ke buruk ke. Masuk jamban busuk kita cerita kat laki kita. Kat ofis ada makhluk perangai macam mangkuk kita cerita kat jiran kita. Cerita pasal ubat nak kurus yang sedara kita makan pun kita nak cerita. So program macam ni sangat sesuai untuk orang yang suka bercerita. Lebih-lebih lagi kalau jenis cerita sampai orang yang dengar tu melopong.

Nama pun perniagaan. So adalah jual belinya. Ye tak? Downline? ia datang kemudian. Bila produk bagus. Kita ada pelanggan. Bila ada pelanggan akan ada lah orang yang teringin nak cuba cari pendapatan dengan program perniagaan yang macam kita jugak. Malangnya ramai yang mencacatkan perniagaan ni dengan cara nak kaut untung cepat. Paksa orang join, paksa orang beli. Walhal kalau dibuat dengan cara yang elok memang sangat perfect sampai ada orang gelarkan MLM ni sebagai "The perfect business". Almost zero risk, modal sikit, boleh buat part time eventually ke full time. Cukup dengan 2-3 jam sehari dengan konsisten.

Selalu jugak aku dengar orang kata sistem MLM ni mengkayakan orang yang di atas. Memang aku tak nafikan company akan bayar saguhati lebih pada orang atas yang total group sales nya banyak. Of course la yang banyak downline tu banyak sales kan. Tapi kita kena belek semula kaedah pembahagian komisyen company tersebut. Ada tak dia  ambik dari komisyen jualan kita? Ada yang tidak. Yang saya pasti insurans memang ada sistem ni. Ia dipanggil  overriding. Overriding ni setahu aku salah disisi agama. Tapi bagi insurans macam takaful ada penjelasan lebih lanjut. Sebenarnya mana-mana sistem pun, kita memang akan kayakan orang yang di atas. Kita kerja makan gaji teruk-teruk. Siapa yang kaya? Bos la kan..Siapa gaji banyak? Manager kita kan.

Pada aku, aku tak rasa sistem MLM tu yang menganiaya. Tapi upline tu yang buat orang bawahnya derita. Paksa beli barang. Paksa jual. Dia duduk goyang kaki. Tapi jangan tak tau. Ada upline yang berkorban masa & wang ringgit untuk pastikan orang yang dibawahnya berjaya.

Halal haram satu MLM tu aku taknak komen. Itu bergantung pada kaedah pembahagian bonus syarikat. Setau aku lain company lain kaedahnya. So tak boleh nak pukul rata kata MLM ni haram or semua MLM tu halal. Kena check lah sendiri kriteria perniagaan yang sah disisi Islam. Orang kata there is a thin line between halal and haram dalam perniagaan MLM. Sebab tu kena selidik betul-betul sebelum sertai. Buat research sendiri. Jangan dengar dan judge. Ianya tidak adil bila kita kata si polan tu makan duit haram hasil dari MLM. Sedangkan kita tak pernah pun tau macam mana sistem pembahagian bonus syarikat tu.

Pesanan aku, Jangan sesekali percaya kalau ada orang bagitau yang boleh kaya dengan mudah dan dalam masa yang  singkat melalui MLM. Nak kaya dengan MLM dalam masa yang singkat adalah memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jangan harap nak goyang kaki.

3 comments:

Unknown berkata... [Reply]

ada nama aku lah...hehehe...penerangan yang bagus...nanti2 sharelah aper MLM ko buat tu..

Unknown berkata... [Reply]

inspired seketika dengan post tu..hehehe..nak share kat blog ni susah sikit..company tak bagi.. kalau kantoi nahas laa...code of conduct nya ketat sikit..walau pun ada yg jenis reveal je tapi aku tak nak lah..

kalau ko nak tau nanti bila2 ko email je kat aku..

Unknown berkata... [Reply]

Betul tuer,tiada short cut untuk menjadi kaya.
Kena ada ilmu dan usaha.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com