Khamis

Jangan jadi hamba duit

Ni aku nak kupas sikit kenyataan orang-orang yang mengatakan bahawa mereka yang menjalankan perniagaan MLM ni adalah hamba duit. Aku kompem yang semua orang sedar yang sesiapa pun dalam dunia ni tak boleh hidup tanpa duit. Tanpa cinta? Heheh..No comment. Agak-agak kalau pegi kerja esok bos kata mulai hari ni kita kena kerja secara percuma. Takde gaji. Nak ke kita terus bekerja? Mungkin orang boleh kata, dia sangat suka pekerjaannya sebab dari kecik memang teringin sangat nak kerja sebagai *tutt** tapi nak ke kerja secara percuma?

Actually dalam MLM it is not always about the money. Walau pun rata-rata peniaga MLM ni akan promote pasal unlimited income, boleh bersara awal blablabla. Tapi the truth is ia bukan semata-mata mengenai wang. Mungkin agak pelik bunyinya. Memang betul dalam perniagaan bermodelkan MLM ni, seseorang tu berpotensi mendapat pendapatan yang tinggi. Mungkin sebab tu bila orang kata dia buat MLM, manusia disekeliling akan kata, eleh..pakai kereta cabuk je. atau pun, aku tengok tak kaya-kaya jugak. Kalau sesiapa yang join MLM kerana potensi pendapatan yang di offer, lepas 2-3 bulan confirm orang tu akan stop buat bisnes dengan kekecewaan. Paling lama pun 6 bulan.

Bila seseorang nak berniaga, dia kena belajar macam-macam ilmu perniagaan
(1) Cara nak menjual
(2) Manage kewangan
(3) Manage people
(4) Overcome the fear of rejection
(5) Goal setting

dan banyak lagi. Ini adalah antara ilmu yang sangat penting dalam mana-mana perniagaan. Dan ianya percuma.Agak-agak kita berniaga nasi ayam, competitor nak tak ajar cara-cara nak menjual pada kita? Hehehe..

Perniagaan MLM memang boleh menjana pendapatan yang sangaatt besar. Tapi bukan dalam jangka masa yang singkat.
dan bukan dengan cara yang mudah. Kalau sesiapa yang kata singkat dan mudah. tu confirm skim cepat kaya.

Aku kenal dengan seorang pakcik yang mempunyai 12 orang anak. Semua anaknya disekolahkan tanpa meminjam dengan PTPTN dan sebagainya. Orangnya biasa-biasa. Pakaiannya biasa-biasa. Keretanya biasa-biasa. Semua anak dia, dia hantar pegi sekolah sendiri, ambil dari sekolah. Setiap hari. Siapa kata orang MLM hamba duit? Siapa kata orang MLM abaikan keluarga? Kenapa kaya miskin seseorang mesti diukur dari segi kereta mewah yang diguna, baju berjenama yang dipakai..

Kalau pun income dari MLM hanya RM3-4ribu sebulan, boleh hantar anak ke sekolah sendiri, ambil sendiri. Tak perlu berhadapan dengan bos yang tak memahami. Bila ibu bapa meninggal dunia, perniagaannya diwariskan pada anak-anak. Adakah pekerjaan boleh diwariskan pada anak-anak? Income? Mustahil..Ada tak ada pun pencen.

Sebab tu ada CEO company besar yang buat MLM, ada pemilik kepada 14 buah syarikat pun buat MLM. kerana diorang
tahu, besar mana pun perniagaan diorang, bila diorang mati..syarikat mereka tak semestinya jatuh kepada pewaris mereka. Tapi dalam perniagaan MLM, semuanya akan diwariskan kepada anak cucu. Sampai 5 generasi.

Aku mula faham kenapa ramai orang masih terus ber MLM sampai ada yang tertipu. MLM halal atau haram. Aku tak berani komen. Macam aku kata dalam entry ini, ia bergantung pada pembahagian bonus syarikat.

Tinggalkan anak-anak kamu dalam keadaan yang kaya lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan yang miskin.

4 comments:

Unknown berkata... [Reply]

aku no komen...hehehe

isabelle berkata... [Reply]

mari jual gelang AC.
hehehehe

Unknown berkata... [Reply]

ila,
no komen..hehehe

Unknown berkata... [Reply]

belle,
ada lagi ke org jual gelang AC tu.. hahaha..gile betul..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com