Jumaat

Sifat malu yang semakin kurang

Assalamualaikum,

Cewah..mentang-mentang hari jumaat. Mulakan dengan salam la pulak..hehe..ish..kena rajin amalkan ni..

Aku tengok satu rancangan kat TV 9. Cam ceramah agama gitu. Tajuknya lebih kurang macam kurang sifat malu. Aku tak sempat dengar sangat isi kandungannya sebab sibuk dengan house chores dan urusan anak-anak. Tapi tajuk ni membuatkan aku terfikir. Umat islam zaman sekarang ni sifat malunya sangat nipis sebab tu banyak melakukan kemungkaran.

Orang yang ada sifat malu pada Allah, dia malu nak curik-curik buat maksiat. Ye lah. Manusia memang tak nampak, tak tau kita buat apa. Tapi Allah maha mengetahui. Allah maha melihat. Kalau orang yang ada sifat malu pada Allah, dia malu nak buat maksiat sebab dia tau kat mana-mana pun bila-bila masa pun Allah sentiasa tau apa yang dia buat.

Binatang pun kalau nak gomol-gomol tu cari tempat tersembunyi. Tapi manusia? Siap ada yang videokan lagi. Tak kira yang jual video. Memang tak tau malu sungguh. Kadang-kadang aku malu bila ingat-ingat balik kesilapan aku dulu. Tak kira la silap besar ke silap kecik ke. Teringat pakcik-pakcik yang keja satu kilang dengan aku yang tanpa segan silu mencekik masa bulan puasa. Umur da makin senja pun takde kesedaran lagi..

Kita ni memang umat akhir zaman..

Find our about BB-Messenger

8 comments:

Ilyana berkata... [Reply]

malu nak komen.. (tibe2 je) hehe

Unknown berkata... [Reply]

hahaha..poyos je malu nak komen pulak..

~ As ~ berkata... [Reply]

kadang2 org lagi malu depan manusia berbanding dengan tuhan...

Unknown berkata... [Reply]

tu la as..sebab tu yg jadi banyak kes gugurkan anak/buang anak.. masa buat org tak tau..so tak malu. bila da buncit baru malu sbb org tau..

Nini Hartini berkata... [Reply]

malu nak pakai spek. haha

Unknown berkata... [Reply]

ngade tini..pakai laa..nanti sakit kepala..saya pun berkaca mata.. tak suka jugak..tapi kalau tak pakai sakit kepala guling2.. terpaksa gak pakai..

Nini Hartini berkata... [Reply]

DAH PAKAIDAH. HUHU...TD SMPI DR SHAH ALAM TERUS AMBIL SPEK.

SUAMI CKP "MCM MAK CIK". PERGHHHH

Unknown berkata... [Reply]

hahaha..jangan lupa ambik gamba tepek kat belog..nanti kitorg komen ramai2..cam makcik ke tidak..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com