Isnin

Please keep your daytime job, but....

Pernah baca quote ni?
Keep your daytime job, be a great hard-working employee, but keep building that asset column.
Ramai orang beli rumah untuk build asset diorang. Dengan harapan bila suatu hari nanti bila harga rumah melambung, rumah tersebut boleh dijual dan mereka mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Tapi tak ramai yang sedar sebenarnya, rumah yang dibeli untuk diduduki adalah satu liabiliti. Ia hanya akan bertukar menjadi asset bila rumah tu terjual. The real asset adalah rumah yang dibeli untuk disewakan.
Pada aku yang dikatakan sebagai asset adalah benda/perkara yang mendatangkan pendapatan. Ni kira passive income la. Kalau beli rumah untuk duduk. Tiap bulan duit keluar untuk bayar installment. Tapi kalau disewakan, tiap bulan dapat duit dari sewa. Mungkin kena allocate sikit untuk bayar installment, tapi dapat duit secara passive kan. Selain tu, saham juga adalah asset. Tak kirala apa jenis saham sekali pun. Business adalah sejenis asset yang ramai orang tau ia boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan. tapi tak ramai orang berani cuba. Sebab menurut statistik yang aku terbaca tapi tak ingat kat mana...

The odds are against success: Nine out of 10 companies fail in five years. Of those that survive the first five years,  nine out of every 10 of those eventually fail, as well.
Dan nak mulakan business pun perlukan modal yang besar. Risiko besar. Bergantung pada business the first 5 to 10 years adalah masa paling sukar. Nak rolling modal dan tarik pembeli. Tapi kalau dah survive lepas 10 tahun insya allah tak ada masalah nak continue. Dengan syarat, tiada penyelewengan. Banyak syarikat melayu (sori!!) yang collapse adalah kerana berlaku penyelewengan (nak kaya cepat..) dan juga tak manage kewangan dengan betul. Bila nampak duit lebih sikit terus otak ingat nak berjoli je..Dapat duit lebih sikit terus tukar kereta mahal, beli barang mahal, melancong ke tempat yang mahal. Nak tunjuk diorang ada duit. This is another quotation dalam koleksi aku..

An important distinction is that rich people buy luxuries last, while the poor and middle class tend to buy luxuries first.  The poor and the middle class often buy luxury items such as big houses, diamonds, furs, jewelry or boats because they want to look rich.  They look rich, but in reality they just get deeper in debt on credit. The old-money people, the long-term rich, built their asset column first.  Then, the income generated from the asset column bought their luxuries. The poor and middle class buy luxuries with their own sweat,  blood and children's inheritance.

OK.Now, untuk orang yang bekerja makan gaji 9-6 apa yang sesuai untuk mereka. Beli saham? of course. tapi make sure that you fully understand macam mana ia berjalan. Paling mudah invest dalam saham amanah. tapi tau tak yang still ada orang yang invest dalam mutual fund but still rugi. sebab mereka just harap pada ejen. Tak paham pun. Tak pernah check pun status saham tu. performance nya.

kenapa aku cerita pasal asset tiba-tiba..kenapa aku cerita pasal saham tiba-tiba..sebab baru-baru ni aku terberkenalan dengan seseorang yang dah bekerja selama lebih dari 20 tahun. Lagi 10 tahun lebih sikit je nak pencen. Tiba-tiba jatuh sakit. Tak dapat bekerja. Anak-anak sedang membesar. Masih bersekolah. Bila kenalan aku ni sihat kembali. Masalah bila nak cari kerja..Zaman sekarang ni anak muda lepasan degree pun susah nak dapat kerja. Apatah lagi seseorang yang dah hampir nak masuk zaman pencen. So timbullah macam-macam kesukaran kerana mereka tak mempunyai passive income selama ni.

So. jangan ingat kerja bagus kat company besar tak ada risiko. Bila-bila masa je boleh hilang pekerjaan. Sebab tu sangat sangat sangat penting adanya passive income. Event orang yang kerja dengan gomen pun perlu ada. Bayangkan kalau kita berada kat tempat kenalan aku tu. Mau pecah kepala nak cari duit untuk sara anak-anak. Apa pun. Hidup mesti diteruskan.

Akhir kata dari aku..one of the best quotation dalam simpanan aku (perasaan aku la..)
Wealth is a person's ability to survive so many number of days forward... or if I stopped working today, how long could I survive?

--------------------------------------------------
Kalau ada sesiapa masih tercari-cari kaedah mencari passive income boleh la datang tanya aku. Aku tak janji ia adalah satu cara yang mudah. Sebab memang tak ada benda mudah dalam dunia ni. Nak dapat kerja kat kilang pun kena lepas PMR. Sekolah 8 tahun. Tapi insya allah ianya berkesan.

2 comments:

Nini Hartini berkata... [Reply]

jaminan masa depan mmg penting kan. sbb tu dr muda ni kena fikir cara buat duit. kalau kerja kerajaan tahan lg sbb ada pencen. yg swasta ni?

kakak ipar tini rumah dia dia buat homestay. Alhamdulillah tgk mmg membantu. tiap minggu ada org sewa. Bulan ni ada org sewa 1 bulan (2k). mmg rezeki. tu pn sbb rumahnya mmg lokasi strategik. rezeki masing2.

macam kak rai, ada business sampingan. ermmm jeles lah tgk org yg pandai cari duit ni. tini harap makan gaji je. mmg nk belajar menjahit tp tini mcm x minat menjahit. tini minat mengarang. buat duit tambahan harapkan royalti novel. ahhhh impian tini tu.

Unknown berkata... [Reply]

betul tu tini..kita keja swasta ni harap pada kwsp je la..tu pun banyak mana sangatla duit tu..

ramai org buat homestay kan..tapi dengar kata memang untung..lagi2 kalau lokasi yg strategik..cuma nak kena rajin buat research la..

tini minat mengarang start la menulis sikit2 bila ada idea.. nanti boleh jadikan buku.. start dengan cerita pendek2.. hehe..saya buat sikit2..anak da dua org tini.. macam2 nak kena prepare.. nak bayar babysitter pun da berapa.. nak harap gaji je mmg susah sikit..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com