Sabtu

Saba Shioyaki - Mudah dan sihat

Saba yang belum dimasak
Saba ni diorang tangkap kat Laut Pasifik dalam kawasan perairan Jepun. Nama omputehnya mackerel. Kalau kat Malaysia orang panggil tenggiri biru. Badannya ada corak, berkilat takde sisik, isinya warna putih. Bila pegang rasa berminyak je. Antara ikan yang sangat kaya dengan DHA dan EPA.


Kandungan nutrition dalam 100gm saba mentah
calorie 230kcal
protein 19.8g
fat 16.5g
calcium 22mg
iron 1.5mg
Vitamin A 100IU
vitamin d 440IU
EPA 1210mg
DHA 1780mg

Kandungan EPA nya hampir 3 kali ganda lebih tinggi berbanding salmon. Manakala DHA nya pulak 2 kali ganda lebih tinggi. Saba juga kaya dengan Omega 3.

Ikan ni adalah antara ikan favourite aku masa kat jepun selain dari tuna dan jugak salmon. Rasanya sangat lemak Biasanya aku prefer saba shioyaki(grill) atau saba miso (rebus dengan miso) berbanding sushi atau sashimi sebab saba ni rasa ikannya agak kuat. Bila da abis makan pun duk rasa ikan dalam mulut. Sebab tu biasanya diorang serve saba dengan lemon untuk nak bagi kurang rasa hanyir ikan tu.

Saba kat Malaysia ni susah nak jumpa yang segar. Biasanya yang jual kat pasaraya tu yang frozen. Ada sorang nihonjin kat ofis aku ni kata dia biasa beli yang segar tapi tak pernah pulak aku jumpa. Maybe sebab aku tak pandai beza tenggiri Malaysia dengan ikan saba ni kot. Hehehe..Aku biasa beli saba kat Carrefour kat rumah tu dengan harga RM13.90 satu peket yang ada dua slice (sekor). Biasanya da takde tulang tengah siap2. Aritu pegi kat Jusco murah sikit RM11.90 brand yang sama. Kalau yang dalam peket murahan sikit dan rupa kureng sikit tu RM4.90 satu slice.

Cara memasak saba shioyaki ni mudah gile!! Insya allah fail safe dan akan jadi sesedap yang serve kat Japanese Restaurant tu.

Oven grill

Bahan-bahan
Ikan saba dicuci bersih
Garam
Tisu dapur
Lemon

Cara-cara
Lap ikan dengan tisu. Taburkan garam pada kedua belah ikan. Kemudian masuk dalam oven. Bakar pada suhu 180-200 darjah (bergantung pada jenis oven) lebih kurang 10 minit. Terbalikkan ikan dan bakar lebih kurang 5 minit atau sehingga masak. Bila nak makan perahkan lemon. Saba shioyaki ni sedap dimakan dengan nasi panas. Nak pan fry boleh jugak. Tak perlu letak minyak sbb saba ni banyak lemak. Kalau rasa-rasa takut melekat, letak sikittt je minyak.

Senang je kan..selamat mencuba!

3 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tgk je pun dah meleleh air liur
good info too
:)
btw
assalamualaikum
dtg sini nak gegar, terjah, lawat dan follous kump. 7 Gegar lagik...
heeee

do visit my blog
ke blogku

Unknown berkata... [Reply]

hehe..menu senang untuk malas sebenanya..tapi rasanya memang superb.termimpi2 punya..lagi2 kalau jenis fan japanese food nih.

Unknown berkata... [Reply]

Memang sedap grilled mackerel jepun ni..
Goreng pon sedap..
Lemak & manis - love the smell😋

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com