Khamis

Diabetes penyakit zaman moden

Da lama tak menulis pasal pengambilan supplement. Baru-baru ni aku dapat tau makcik sebelah mak aku nak kena cucuk insulin setiap hari. Dengar kata level gula dia da 19 sekarang ni. Makcik aku tu adik bongsu mak aku. Kira-kira 40an umurnya. Aku terkejut dan tak terkejut sebenarnya. Hehehe..

Aku tak terkejut sebab family belah mak aku memang ada history diabetes Tapi aku terkejut level gula makcik aku sampai 19, tapi makcik aku tu memang nampak sihat dan ceria je.Makcik aku tu bukan gemuk pun. Family belah mak aku ni semuanya selim melim. Takde kes obesiti ke overweight ke.

Zaman sekarang ni kita tengok orang tu tak sakit, tapi tak semestinya dia sihat kan.. dan orang kurus tak semestinya takkan dapat penyakit kencing manis. Malah, masa aku borak dengan dia tu dia da 3 bulan makan ubat kurangkan kolestrol. Semua tu penyakit gaya hidup. Kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi..penyakit yang berpunca dari pemakanan dan gaya hidup yang tak sihat. So kalau dah terkena penyakit ni jangan harap boleh jadi orang sihat semula hanya dengan makan ubat yang doktor bagi.


Kalau selama ni malas nak bersenam, dah mula kena berjinak-jinak dengan senaman. Tak perlu masuk gym. Berjalan pun satu senaman. Makan pun kena berpantang. Kalau selama ni apa melintas semua pun bedal, bila da sakit nak kena jaga-jaga. Fast food is a BIGG NO.Kalau selama ni tak suka sayur dah kena ambik extra sayur. Kalau tak pernah ambik supplement, aku cadangkan ambik supplement.


Sebab ubatan yang doktor prescribe biasanya ada kesan sampingan. Even makan panadol selalu pun boleh bagi beban berlebihan pada buah pinggang. So, elok amalkan makan supplement. Tapi still tak boleh tinggal ubat yang doktor bagi ok. untuk kes macam makcik aku ni, aku cadangkan supaya dia ambik
b complex - bantu pecahkan gula dalam darah supaya jadi tenaga. Ini sekali gus boleh bantu menurunkan kadar gula dalam darah.setiap 4 jam ambik 2-3 bijik..
lecithin e - vitamin e adalah sangat essential untuk orang yang diabetes sebab vitamin e ni membantu menggalakkan rembesan insulin. Lecithin penting untuk emulsify lemak supaya mudah untuk disingkirkan dari tubuh. pstt..sapa yang nak buah lemak berlebihan boleh la cuba2 ambik lecithin e.
bio c - vitamin c ni banyak fungsinya. Salah satu darinya adalah untuk bantu fungsi buah pinggang, lembutkan salur darah. bagi orang yg hari-hari makan ubat, wajib ambik vitamin c agar buah pinggang tak rosak.


tapi jangan expect akan nampak kesan dalam masa 2-3 hari sebab supplement bukan macam ubat. Kalau diambil secara konsisten, biasanya boleh nampak kesan dalam masa 2-3 minggu bergantung pada individu. Ada jugak yang ambik masa sebulan baru nampak perubahan. Bagaimana pun, JANGAN abaikan ubat yang doktor bagi. Doktor akan beritahu bila tak perlu makan ubat lagi dah.

** Pengambilan insulin pada jangka masa panjang boleh menyebabkan high/low blood pressure. No wonder la kalau mula-mula orang sakit kencing manis..makan ubat dapat darah tinggi pulak..Apa la agaknya side effect ubat selesema selain dari mengantuk..Scary kan...

2 comments:

Unknown berkata... [Reply]

sekarang ni penyakit datang cepat je,kalau nak pergi punyalah susah...

Unknown berkata... [Reply]

tu la ila..sebab tu orang kata mencegah lebih baik dari merawat.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com