Selasa

Tanda-tanda kekurangan Vitamin C

Assalamualaikum

Oleh kerana vitamin C merupakan sejenis vitamin larut air, ia tidak dapat disimpan oleh tubuh. Ini bermakna, kita perlu mengambil vitamin C dari masa ke semasa bagi membolehkan fungsi tubuh yang memerlukan vitamin ini berada pada tahap yang optimum. Sebagaimana yang kita pelajari dalam subjek sains di bangku sekolah, kekurangan vitamin c menyebabkan skurvi. Bagaimana pun, skurvi merupakan tanda terakhir yang menunjukkan kekurangan vitamin C. Terdapat satu jurang yang luas antara mendapat vitamin C yang mencukupi bagi mengelakkan dari penyakit skurvi dan juga keperluan vitamin C bagi mengekalkan kesihatan pada tahap yang paling optimum. Dengan kata lain, seseorang yang tidak mengambil vitamin C yang mencukupi mungkin tidak dijangkiti skurvi, tetapi kesihatannya tidak berada pada tahap yang paling baik. Antara simptom-simptom kekurangan vitamin c yang sering berlaku adalah seperti

Nafas pendek
Berat badan senang naik sebab metabolisme lambat
Gusi berdarah
Gigi rapuh - kekurangan vitamin c menyebabkan kalsium sukar diserap oleh tubuh jadi walau pun minum susu banyak, tapi vitamin c tak cukup pun gigi jadi rapuh
Senang lebam - kadang2 tidur malam kaki lebam orang kata kena sedut dengan pelesit, tapi kalau dari segi kesihatannya mungkin kurang vitamin c
Sendi sakit dan bengkak - extra dos vitamin c melegakan bagi orang yang berpenyakit Arthritis
hidung berdarah
Anaemia
Senang dijangkiti penyakit
Luka lambat sembuh
Rambut kering dan bercabang
Gingivitis (gusi bengkak)
Kulit kasar, kering dan bersisik
Sembelit

Kalau ada sikit-sikit tanda ni, cuba la variasikan pemakanan. Makan buah yang kaya dengan sumber vitamin C. Supplement pun boleh diambil. Mungkin ada yang kata, kenapa perlu ambil supplement sedangkan kita boleh dapat segala khasiat dari sumber pemakanan seimbang.

Gambar ihsan Google

(1) Berapa ramai yang benar-benar amalkan pemakanan seimbang. Makan buah sebelum buah 3-4 hidangan setiap hari tanpa gagal
(2) Zaman sekarang ni pertanian tak macam dulu, organik..semula jadi.. Semua pun baja kimia bagai.
(3) Orang zaman dulu tanam sayur belakang rumah, petik terus masak dan makan. Tahu tak berapa banyak vitamin yang hilang sebaik saja sayur/buah dipetik. Kemudian kalau biar beberapa jam sementara dibawa ke pasaraya, sementara nak dibeli, sementara nak dimasak. Agak-agak berapa peratus khasiat yang tinggal by the time sayur/buah masuk dalam perut kita.
(4) Banyak khasiat hilang masa pemprosesan. Vitamin C contohnya adalah vitamin larut air. Waktu basuh kat sink tu banyak vitamin yang hilang. Kalau sayur tu masak sup, hilang dalam kuah. Vitamin C juga hilang apabila terdedah pada suhu 60 darjah celcius. So waktu masak tu banyak vitamin yang akan hilang dan rosak
(5) Kehidupan zaman sekarang ni sangat stress dan kita perlukan lebih banyak vitamin/nutrient berbanding orang zaman dulu yang hidupnya kurang stress. Lebih-lebih lagi kalau orang yang duduk di bandar besar.


Rasanya cukup lah lima sebab untuk menunjukkan bahawa zaman sekarang ni supplement adalah perlu diambil. Tak kira oleh sesiapa pun.


Banyak lagi benefit dari pengambilan vitamin C ni. Insya allah kalau ada masa saya kaitkan pengambilan vitamin C dengan penyakit-penyakit kronik. Zaman sekarang ramai orang bergantung pada ubat bila sakit. Terutamanya penyakit berangkai yang paling popular kat Malaysia ni (Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung) Sedangkan "ubat" yang diberikan kepada pesakit-pesakit ini bukanlah untuk mengubati tetapi hanya untuk mengawal. Seseorang yang dijangkiti penyakit ini perlu menukar gaya hidup dan pemakanan mereka untuk membebaskan diri dari penyakit yang menjadi pembunuh senyap kepada ribuan rakyat Malaysia ini.


Sekiranya tidak, ubat yang diambil untuk mengawal penyakit itu akan menyebabkan bebanan kepada buah pinggang, dan seterusnya menambah rangkaian penyakit. Selain itu, pengambilan ubatan dalam jangka masa panjang juga boleh menyebabkan kerosakan pada hati. Hal ini akan saya cuba huraikan dalam entry masa depan. Insya allah....hehehe..

11 comments:

Unknown berkata... [Reply]

mcm tergolong je dlm kurang vitamin c ni...huhuhuu...kena wat sesuatu ni

ALoNa CintamaniszLite berkata... [Reply]

terima kasih kongsi info di ruang komen blog sy..
insyaallah akan sy sampai kan kat adik ipar sy tu..

Unknown berkata... [Reply]

ila,betul2..zaman skang ni banyak sangat bahan pewarna tambahan perisa tambahan. cepat je habis digunakan..kena makan buah selalu. atau tambah dengan supplement.

alona,sama2.. :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

lau nk amek vit-c try poly c dari USANA. x rugi yop..

Unknown berkata... [Reply]

nice fakta n betull... nak vit c yang complete... 500mg, pelepasan setiap 1 jam.. dapatkan vit c shaklee... nice ur blog.. came visit my blog...

natura berkata... [Reply]

Nice info... Vitamin c adalah vitamin asas untuk badan kita... So sangat penting pengambilab nya...

natura berkata... [Reply]

Nice info... Vitamin c adalah vitamin asas untuk badan kita... So sangat penting pengambilab nya...

Unknown berkata... [Reply]

Vitamin c bukan shj bagus utk kuatkan sistem imun badan, tetapi bagus utk mencantikkn kulit jugak. Setiap tablet vitamin c boleh merangsang pembetukan kolagen.

Anak2 diana pun dah start makan vitamin c

Balqisy Baklee berkata... [Reply]

Wahhhh baru tau pasal yg kena gigit ngan setan tu pasal krg vita c rupanyaaaaa tq tq tq

Balqisy Baklee berkata... [Reply]

Wahhhh baru tau pasal yg kena gigit ngan setan tu pasal krg vita c rupanyaaaaa tq tq tq

Ank serkam berkata... [Reply]

Love ur info very much...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com