Sebagai isteri aku bekerja untuk bantu ekonomi keluarga. Zaman sekarang ni, lebih lebih lagi kalau hidup kat area lembah klang..setakat gaji seorang suami susah sikit nak support keluarga. Lebih-lebih lagi kalau anak da masuk dua orang. Tapi sejak-sejak aku amat-amat stress dengan kerja aku ni aku terpk sejenak akan tujuan aku bekerja. Sejauh mana aku mencapai matlamat tersebut.
Faktor orang bekerja makan gaji
(1) Bantu ekonomi keluarga - Tak dinafikan, kita bekerja untuk membantu ekonomi keluarga. Tapi berapa ramai yang dapat hidup dengan cara hidup yang mereka idamkan. dalam bahasa omputehnya live the life that they want. Gaji aku dengan keja sekarang ni sekadar untuk live the life that i can effort. Sedih woo..tapi kenyataan.
(2) Simpan duit untuk masa depan - Masa aku mula-mula keja dulu aku semangat je nak simpan duit bagai. Aku bukan jenis pemboros. Aku bukan kaki shopping. So memang takde masalah nak saving 20-30% dari gaji. Tapi bila da anak dua ni kadang-kadang ada keperluan yang tak disangka. TERguna jugak. Hehe..
(3) Kalau yang bekerja ada pencen tentu nak kerja sampai pencen dengan harapan boleh dapat duit pencen. Kalau sekarang umur 25 tahun. Ada lagi lebih kurang 30 tahun untuk nikmati saat-saat tu.
Sejak masuk dua orang anak ni, aku sangat sensitif dengan kebajikan anak-anak. Aku kesian bila anak-anak menangis bila nak berpisah ngan aku waktu nak pergi kerja. Bila difikirkan, sekaranglah aku sepatutnya luangkan lebih banyak masa dengan diorang. 30 tahun lagi bila aku dah pencen diorang pulak sibuk dengan kerja masing-masing. Family masing-masing. Sungguh membuatkan aku terasa macam nak submit resign letter esok lusa :(
Tambah lagi eh ada lagi?? bila aku merasakan kehidupan kerja aku static. Tak ada progress. Aku tau yang tak mudah nak maju ke depan sbb aku dah put so much effort 2-3 tahun lepas. Rasa cam bosan bila tak dihargai. jiwang la pulak..wakaka..
Aqil Atiqah |
3 comments:
rasanya semua org pun ada thought mcm ni, bagi ibu yg bekerja la kan.. tp kita wajib bersyukur, ada makan, tmpat tinggal selesa, anak2 tak kebuluran. hmmm hati pun rasa tenang.
yeah kita kerja Kerana Allah, support suami..tuk anak2...kalo byk duit leh le goyang kaki je kan...hai bile la nak jadik kayo nih hehehhe
as,tu la..ni anak kecik lagi..bila anak2 da masuk skola lagi banyak berfikirannya..hehe..tapi hati saya tetap tidak tenang..jeles tengok kawan2 yg berpeluang jaga sendiri anak masing2..
yantz,insya allah..sedang cuba mengikhlaskan diri bekerja kerana Allah..hehe..saye pun teringin nak jadi surirumah..bila la hubby nak kaye nih kann..haha..
Catat Ulasan