Ahad

I'm not a super mom

I wish that I'm a supermom. Sayangnya aku tidak. Aku tak mampu manage rumah dan kerja dengan sempurna. Ditambah lagi dengan keadaan badan yang memang sangat tidak larat sekarang. Jeles aku denga ada ibu-ibu yang bangun pukul 3-4 pagi untuk buat kerja-kerja rumah yang tergendala sebab seharian sibuk bekerja dan melayan kerenah si kecil.

Sudahnya aku kemas rumah bila sempat. Basuh baju bila bakul da hampir penuh. Walau pun aku paksa jugak diri aku sapu sampah sebab taknak habuk berkeliaran mengganggu salur pernafasan si kecil tu, tapi aku tetap segan kalau ada orang nak datang rumah. Sebelum ni aku boleh lagi bangun awal sikit untuk pam susu, mengemas permainan Aqil yang bersepah, menyapu apa yang patut. Tapi sekarang, nak bangun pergi kerja pun sangat lah liatnya. Terus betul hormon orang mengandung ni.. (Yeah..blame it all to the hormone..hihi)

Paling mengerikan bila family aku nak datang dengan short notice. Kalau ikutkan hati aku nak aje aku hire hourly paid maid tu. Nasib baikla fikiran aku waras buat masa sekarang. Kalau duit melimpah ruah memang da lama aku sedekah barang lima puluh nam puluh ringgit pada bibik tu utk kemas rumah. Tak dapat aku bayangkan bila adik Aqil lahir nanti. Mampu ke aku nak uruskan rumahtangga dengan kerenah mereka berdua. Semoga jalannya dipermudahkan. Aminn..

Seminggu ni aku sangat risaukan kesihatan Aqil. Hari ni genap seminggu dia ada masalah penghadaman dan colic yang sangat teruk. Stoolnya berwarna sangat pale dan agak kerap muntah. Ada sekali tu aku kat tempat kerja, hampir je aku menitiskan air mata bila hubby bagitau Aqil muntah dan berak sampai lembik. Bila panggil dia mampu gerakkan mata je. Nak aje aku terbang balik. Sampai hari ni pun kalau dia berak dia akan kelihatan sangat lemah. Stool pun masih cair dan pale. Mungkin sehari dua lagi kalau tak ok lagi aku nak bawak lagi sekali ke klinik. Sangat merisaukan...

4 comments:

Ilyana berkata... [Reply]

Sedihnya baca cerita Rai ni.. rasa bersyukur sgt sbb saya tiap ari dok umah jaga baby saya sendiri..

Jgn sedih2 sgt ye? ada hikmah disebalik semua ni..

yantz-yeem berkata... [Reply]

sabar...apa yg kita buat ada hikmah nya..tp siyesly masa cpt sgt berlalu...sampai nak buat apa pun x sempat...

mama_ka0ri berkata... [Reply]

sabar zai..nape aqil leh jadik camtu? sejak minum susu formula ke sbb ape? sbb leesya dulu jadik camtu la bila tuka susu..tambah2 plak dia demam campak..lagi kesian..rase tamau ingat dah kejadian2 perit tu..sedih..kesian..sume ade..

cuba makan supplement..tambahkan tenaga skit..lagi2 ko tgh pregnant skang..aku kalau tak makan supplement mmg takleh pi keje..buat keje umah mmg tak larat..tapi setakat ni Alhamdulillah..walaupon tgh sarat..aku tetap boleh buat keje..

Unknown berkata... [Reply]

Pinky Angel,
Yelah..harap2 boleh jaga Aqil kat rumah..tapi apa kan daya...hehehe..

Yantz-yeem,
kan..kan..da akhir2 zaman ni cepat je masa berlaku..tapi kalau kat opis rasa laaammaaa la pulakk..

kaori,
bukan sejak minum susu formula..sejak makan multivitamin cap uphavit..kata doktor mungkin ada calcium intolerance dlm bentuk yang concentrate kot..tapi da stop pun masalah indigestion nya tak kurang..sampai hari ni makan biskut keluar biskut..kesian..huhu..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com