Salam aidilfitri buat semua kawan-kawan. Tahun ni saya beraya kat Johor. Seronok bila balik kampung sendiri. Tapi biasa la..ada saja cerita yang kurang enak di mata dan telinga saya. Kalau disenaraikan tak cukup kertas A4 sekeping..Biarlah disimpan dalam hati..hehe..Apa pun satu cerita yang kurang enak yang saya ingin kongsikan bila balik ke kampung mendengar cerita ibu-ibu yang nak men"sapih" (istilah nak ceraikan susu) anak masing-masing.
Kesian tengok pada si anak yang masih nak bermanja-manja dengan ibu. Cabul jugak mulut saya kata pada ibu-ibu yang taknak susah ni. Ramai lagi orang kat luar sana nak menyusukan anak diorang tapi tak kesampaian sebab susu kurang. Tapi ramai orang yang ada susu tapi nak berentikan menyusu sebab rasa susah. Masing-masing kata tak mahu anak manja sangat. Dalam hati saya rasa sedih je..Iya lah..normal la budak kecik nak manja-manja dengan mak dia. Kenapa taknak pulak..
Macam-macam orang pun ada. Bak kata orang..rambut sama hitam. Hati lain-lain..Kalau dikata nanti orang kata saya ni masih beringus..memandai2 pulak..Biarlah..mungkin ada yang saya tak tahu apa yang mereka dah lalui..Saya doakan semoga mereka tak menyesal dengan keputusan tu satu hari nanti dan semoga saya tidak menjadi sebahagian dari golongan itu..Amin..
Ahad
Selamat hari raya~
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
0 comments:
Catat Ulasan