Sebelum aku menceritakan apa-apa tentang kisah perjalanan kehidupan breastfeeding aku..aku nak menyampaikan rasa tak puas ati aku pada maxis broadband..aku rasa macam nak tendang je muka CEO diorang..duit tiap2 bulan nak kena bayar.tapi service macam hampeh..da dekat seminggu maxis punya modem tu macam idop segan tapi tak mati mati..geramm aku..nak buat apa pun tak boleh..
Mintak-mintak la tis week ok sikit..Macam production aku..hehehe..Aku pegi jumpa Farah atas suggestion dari Mommy Lina. So aku pun call Farah untuk buat appointment weekend tu. Sampai sana berborak-borak sambil bercerita pasal permasalahan aku yang makin serius waktu tu..sebab aku terpaksa mintak baby sitter bagi Aqil chan amount yang kurang sikit dari amount yang sepatutnya dia minum. Jahatnya aku kan..huhu..sebab frozen stock dalam fridge aku cuma tinggal 3-4 bekas je..
Sebenarnya masalah aku ni agak pelik sikit sebab sometimes aku rasa b* berat..konon cam banyak susu la..tapi bila pam tak keluar..atau pun menitik je..letdown pun takde..mula mula orang kata aku pregnant kot..so panic sikit jugak la aku..tapi takkan la secepat tu kan..sebab bulan lepas bendera jepun berkibar macam biasa..takkan la sebulan da affect production sampai macam tu sekali..so aku just monitor dulu..bulan ni pun berkibar jugak..tak pregnant..
tapi kenapa all of the sudden production aku merudum..entah la..sampai hari ni pun aku pelik.. sebab lepas tu aku ingat pam aku ada masalah..sibuk la aku memujuk cik abang nak beli double pam..hehehe..cik abang hold dulu..Lepas tu aku cuba urut2..stimulate sikit sebelum pam sebab aku found out yang kalau aku pam sebelah..susukan Aqil sebelah..sekejap je da dapat 2oz.. mewah la sebab waktu tu production aku merudum gila..hehe..
Farah suggestkan aku banyakkan mengepam..dia takde la cakap suruh makan itu ini..sebab dia kata asalkan kita banyakkan mengepam atau bagi direct kat baby..gradually susu akan bertambah..aku ikut la macam dia pesan..tapi aku minum jugak melilea (ape tah ejanya..hehe) soy tu..so far..aku tak berapa nampak kesan minum tu..tapi susu bertambah..aku rasa sebab aku banyakkan mengepam..instead of 3 kali..aku pam 5 kali..dalam pada production merudum pun malas nak pam jugak..teruk betul aku ni..huhu..
kiranya sekarang ni aku da boleh tarik nafas lega sebab da boleh mula stocking sikit2..aku still pam 5 kali sebab jumlah yang aku dapat waktu setiap kali pam tak normal lagi..aku tak beli pam baru sebab aku found out yang punca susu minitik2 je waktu pam tu sebab kurang stimulation.. now, sebelum pam aku ambik masa untuk stimulate dulu..lepas tu baru ada letdown.. sebelum ni tak payah pun..just bayang muka aqil..susu keluar..gradually akan ada letdown..hehe..
tapi timbul satu masalah baru..Aqil chan baru tumbuh gigi atas 3 batang..bawah ada 2 batang. sebab gigi tu baru je timbul..dia tak pandai nak control lagi..tergigit sampai luka..waa.. seksanya waktu nak bagi direct mahupun pam..nak nangis rasanya..nasib baik la lepas tu dia tak gigit dah..kiranya dia pun tak sengaja la..(sebab sebelum ni da kena marah sebab saja2 nak test bite b* ibu dia..haha)
Jumaat
Recovering but...
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
0 comments:
Catat Ulasan