Rabu

Mengapa perlunya bertukar kerja

Sebenarnya nak diikutkan hati aku memang sangat bergumbira dengan kerja aku walau pun pada awalnya aku sebenarnya kena force join this team. Kerjanya mudah dan aku dengan mudahnya adapt dengan kerja aku. Bukan nak sombong tapi hampir semua team mate aku senang hati bekerjasama dengan aku. (Agaknya lah..kalau ikut feedback diorang..kalau diorang pura-pura aku peduli apa kan..yang penting bos sayang aku..perasann..haha)

So senang cakap, dalam 2 tahun ni aku berada dalam comfort zone aku. Family aku lebih senang kalau aku stay kerja dalam team sekarang. Senang kan..semua orang senang hati dengan kerja kita. Kita pun of course senang hati dengan kerja kita. Takde susah payah..Tapi aku tahu, aku takkan maju dalam team aku sekarang. Dengan kata lain, dalam team sekarang ni memang tak ada harapan nak naik pangkat.

Naturally memang semua orang pun nak naik pangkat. Walau pun aku tak pasti yang aku ni layak ke nak menyandang jawatan tinggi2..nak membimbing orang lain..hehe..tapi tak cuba mana nak tau kan. Oleh sebab tu, aku ambik kesempatan untuk apply bila department lain offer jawatan lain (actually sama level je..tapi aku apply untuk tambah skill aku sebelum apply kerja yang pangkat tinggi sikit dari level aku) So, aku berjaya dapat kerja tu tapi aku kena pindah ke office kat Kl sentral.

Mengamuk head of department aku tau aku nak pindah, tapi bukan mengamuk kat aku la.. Mengamuk kat bos yang hire aku tu..hahaha..Lantak korang la. Aku tau kerja baru aku nanti mungkin lagi susah dari kerja aku sekarang tapi aku kena tambah skill aku kalau aku nak terus maju. Mana la tau satu hari nanti aku diberi peluang untuk naik pangkat pulak..Aminnn..

Apa pun, aku puas ati sebab sekurang-kurangnya pemergian (cewahh) aku dari team sekarang ni akan dirasai oleh diorang. Hihihi..bangga la jugak sebab at least aku tau aku ni ada value..

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com