Seperti yang telah aku janjikan (ehehe..macam la orang pedulik) projek nasional yang membuatkan aku termimpi-mimpi telah menunjukkan hasilnya..jeng jeng jeng..Lupa pulak..Tajuk projek nasional aku tu sebenanya AIO cloth diaper punya projek..Dah beberapa minggu aku mengumpulkan fabric (termasukla mengorbankan beberapa helai baju dan kain yang aku kira dah takde kegunaan nya demi menjayakan projek ni..
Walau pun pada asalnya aku nak sub-contract kan projek ni kat mak mertua aku..tapi memandangkan kami tak jadi balik kampung..aku terpaksa menjelajah kampung jalan kebun sebab nak carik kedai jahit..tumpang jahit diaper aku tu..hihi..sian hubby kena tunggu dalam kereta kepanasan.. So, hasil nya..taraaa
Sebenarnya outcomenya tak macam yang aku nak kan..dah la bayaran "tumpang" jahit kat kedai tu mahal gilaa (consider mahal la sebab aku cuma tumpang jahit..dah la dia duk bising cakap kita banyak kije ni..nasib baik aku da tak sanggup tunggu nak pakaikan Aqil dgn CD buatan tangan aku..kalau tak memang aku da blah da..Dah la tu..masa nak bayar siap cakap..Mahal kak..saya cakap kang akak terkejut pulak..ek eleh..ko ingat aku takde duit ke nak bayar..kata aku dalam hati..)..tapi still tak la mahal sangat berbanding kalau beli..Boleh la untuk first try.. Aku belum cuba pakaikan pada Aqil lagi.. Tumpang jahit tu pun cuma untuk sambungan dengan jahit getah je..
Since CD ni AIO, nampak bulky sikit..lepas tu aku kurang puas ati ngan area kaki tu..takut nanti melecet peha anak..Apa pun..nak kena basuh dulu..Lepas tu cuba pakai kan..Tengok lah berjaya ke tidak.. Kalau berjaya, boleh la aku buat 2-3 helai lagi sebab baki kain tu memang ada banyak lagi.. Aku ada satu lagi projek nasional..hihi..Banyak sunggoh projek nasional dia..Aii..nak kena menagih simpati hubby beli mesin jahit ni..kihkih..
Sabtu
Hasil projek nasional : AIO CD
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
6 comments:
salam Rai,
wah.. bagus ni Rai.. caiyokkk..!!
bodek2 le che abe belikan mesin jahit..
Rai dok kat area jln kebun ker.? kakyong penah la gi area situ dulu, mak Ngah & anak2 dok situ jap.. tp la ni depa dah pindah ke shah alam (lupa plak seksyen berapa)
Salam Kak Yong,
Ala..dia kata nanti hangat-hangat taik ayam je.. saya duk dekat kota kemuning..dekat la ngan jalan kebun tu...ooo..mai la sesekali..hehe..
wah impressive lah Rai. keep it up!
wah..cik yumyum..hehe..tak success pun CD ni..takpe la saya cuba lagi..tq!
cop2.. rai, kota kemuning kat mana? emma kat flat yg depan restoran ibu tu...
-mama emma-
Salam Rai,
Glad to know that u have passion in sewing.. Kami di Tirai Emas Resources ada menjual pelbagai jenis mesin jahit bersaiz biasa dan industri. dari mesin kayuh sampailah sulaman komputermatik sume ada.. sekarang ada promosi mesin jahit.memang murah. kalu mesin jahit lurus industri cume RM1000 shj daripada harga asal RM1300. atau yang jenis portable bersaiz biasa jenama Brother hanya RM570.. Kalu minat boleh kontek saya 012-3592805 (dila), 03-51619676 (kedai). Jemput datang ke kedai kami di Lrg Haji Shoib, Jalan Kebun. =)
Catat Ulasan