Sabtu

Happy mothers day

Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu..semoga terus tabah dan sabar melayan kerenah anak-anak di zaman yang serba mencabar ini..

Kepada ibu kesayangan saya Puan Aini binti Haron..selamat hari ibu..Terima kasih atas segala kesabaran ibu melayan kerenah akak dari kecik sampai dah kawin..Rindunya dengan masakan ibu.. >_<

Ibu aku bukan seorang ibu yang lemah lembut..hehe..tapi ibu bukan jenis yang suka membebel. Kalau dia marahkan sebab sesuatu dia akan tegur dengan baik. Malah dalam ingatan aku tak pernah aku kena cubet..err..pernah sekali kena tebas ngan batang pokok ubi..haha..itu la ibu pesan jangan main kat luar waktu tengah hari..tapi anak dia degil..pi main jugak..sekali kena tebas daa..

Seingat aku, walau pun aku da kawin dan da pandai (self proclaimed la ni..) tapi aku still tak confident nak masakkan untuk ibu aku..bukan sebab aku takut diorang keracunan ke..hehe..ye la..pengalaman aku yang baru beberapa tahun memasak ni..takut tak kena kat tekak dia.. kesian orang tua tu tak lalu makan nanti..

aii..rindunya dengan ibu..

2 comments:

Unknown berkata... [Reply]

salam Rai,

selamat hari ibu.. jemput ke blog, ada hadiah hari ibu
http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/makbonda-ku.html

Unknown berkata... [Reply]

salam kakyong,

baiklah..selamat hari ibu jugaa..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com