Jumaat

Award

Semalam ada majlis top performer award untuk Q4 2008. Macam biasa..aku malas nak expect apa2..dan aku pun abis kije pun 4 semalam..sedangkan majlis tu start 6:30..so abis je keja aku terus balik..

pagi tadi aku masuk office..riuh la mulut makcik yang gi tu..bising sebab team kami yang perform bagai nak gilaaa (kata mereka...bukan kata aku tau) cuma sorang je dapat award..yang besnya.. makcik tu kata..mana boleh..ini tidak adil (cewah..dia sapa?? keja pun tak betoi lagi..haha) aku sengeh je..aku tanya nape..dia kata lagi.. ye la..awak (refer kat aku yaa) kan perform bagai nak gilaa (amboi..kasarnya)..nape tak dapat pulak..(aikk..aku pulakk..haha)

aku cakap kat dia..kita memang boleh usaha..tapi kalau diorang tak nampak nak buat macam mana..(ye dakk??) Alaa..actually memang la deep down aku teringin nak menerima award tu.. not because of the money (banyak gak woo diorang bagi..) tapi sebab aku nak di recognize segala usaha murni aku bekerja bersungguh2..tapi apa kan daya..warna kulitku samar2 dimata mereka itu...

sampai kan aku demam pun sanggup tak MC..korbankan AL aku untuk cuti waktu Aqil ngan hubby tak sihat..instead of ambik EL..kesian hubby masa tu..tapi apakan daya..so kesimpulannya..anything we do..don' try too hard ya...nak MC la nanti..hahaha..biar padan ngan muka diorang buat kerja2 aku..

1 comments:

Unknown berkata... [Reply]

salam Rai..

takper, kalo diorg tak recognise. yg penting u sentiasa hargai diri u atas ur hard & smart work.. Insya Allah, pengalaman & skills yg diasah akan jadi bekalan untuk masa depan.. trust me..!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com