Rabu

Enam bulan

Kecik-kecik da main PC..

Gaya si Hero


Hari ni genaplah 6 bulan aku menyusukan Aqil sepenuhnya..
Terima Kasih hubby sebab bagi sokongan penuh atas usaha aku ni..
Susah aku nak berjaya tanpa sokongan moral dari encik hubby
sebab aku memang payah sikit nak istiqamah..

Aku belum start bagi makan untuk Aqil lagi..tapi kami dengan bersemangatnya
beli satu pot khas untuk masak makanan dia..Aku ada gak nak invest beli
slow cooker..tapi untuk permulaan ni bia la guna pot murahan tu dulu..hehe..

Mungkin sekarang adalah masa paling sesuai untuk start makanan semi-solid untuk
Aqil..memandangkan..

(1) Da cukup 6 bulan
(2) Berat lebih 6kg (Mengikut suggestion Paed)
(3) Da hilang tongue reflex
(4) Da bole dudu dengan sedikit bantuan
(5) Boleh mengawal pergerakan kepala
(6) Sangatttt berminat dengan makanan

Walau pun faktor ke-6 tu tak berapa nak boleh pakai sebab pada stage sekarang
ni memang dia berminat dengan semua benda..semua pun nak masuk mulut..
Ikut plan asalnya kami nak start weekend ni..mengikut tahap kerajinan sang ibu..
kih kih..

5 comments:

Ilyana berkata... [Reply]

Salam Rai..

Nak share happy news with u sket. Thanks to u, saya dah berjaya fully BF my baby. Saya usaha sket2, kurangkan FM..dr 5-6 btl sehari, jadi 3 btl.. jd 1 btl.. skang ni dh masuk 5 ari dia x minum FM. Happy sgt!

Hakikatnya, mmg letih teramat. Tuhan je yg tau. Sehari suntuk baby melekat kat susu bdn sbb dia x kenyang2. Kdg2 dia ngamuk2 bila low milk flow. Tp paksa gak dia hisap susu bdn, pk positive je..

cuma 1 problem je ni.. dulu masa dia minum FM, dia poo-poo tiap ari. la ni, start fully BF dia tak poo-poo lgsg.. adala dh 4-5 ari kot. risau lak. Tp kencing byk gak la.. normal baby brp hari plg lama x poo-poo ek?

Unknown berkata... [Reply]

Salam Pinky,

Tahniah...

Pastikan minum air banyak tau..Aqil pun ada time nak melekat je..sakit pinggang gak.. saya lak kurus..tapi so far walau pun saya kurus sangat2..Aqil tak ngikut cam saya..berat badan normal..

Pasal poo tu jangan risau..normal untuk fully bf baby tak berak hari-hari..Aqil pun pernah sampai seminggu tak poo..bila kentut.. masya allah..harummmmm..hehe.. kalau cite kartun siap ada asap yang kale ijau tu..hehe..

kesimpulannya baby yg fully bf special sikit poo dia..saya penah denga sampai 2-3 minggu tak poo..asalkan dia aktif..tak meragam..insya allah..

Ilyana berkata... [Reply]

haa.. betul! kentut sgt harummmm.. hahahaha

sy risau sbb masa dia minum FM dia mmg poo tiap hari. okla mcm tu.. sbb kimi saya mmg aktif. pulak tu dh pandai ajak bersembang smbil senyum2. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

salam,
heheeh...cute jer aksi hero mu itu...singgah2 lah blog kite yer

Mommy Stephanie Liah And Daddy Remy Rizal berkata... [Reply]

aksi sang hero masa kini.hehe.brapa bulan tu?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com