Isnin

Call me paranoid

Weekend aritu aku pegi hari keluarga kat rumah akak hubby..Macam besar-besaran je kan..haha..Makan-makan adik beradik je.Plan nya nak gi pukul 11..Aku pun mandikan Aqil dan pakaikan baju paling comel dalam closet (read : bakul) dia..hensemnya anak ibu..

Bersiap itu ini (termasukla baju salin untuk mak ayah dia terjun kolam renang) lastnya pukul 11:20 baru keluar..Oleh kerana nama pun makan-makan..kami pun plan bawak bahan-bahan nak masak cucuq udang. Pegi beli barang itu ini..pukul 12:30 baru la keluar dari Kota Kemuning. Haha..tertido bangun balik da hero cabi tu..

Sampai sana, anak-anak sedara baru gi terjun kolam..aku turun hantar hubby, lepas tu naik balik lepak ngan akak-akak ipar. Aku cakap kat hubby nak bawak turun Aqil terjun kolam sekali.. hubby kata tayah la...klorin kuat..takut kulit Aqil tatahan..rugi laa..ibu da bawakkan baju spare untuk Aqil..

Lepas beberapa kali makan..aku ajak hubby turun sebab aku nak terjun lak..so nak kave ajak la anak sedara sekali..miahaha..Aqil duk ngan hubby..Muka boring je duk tepi kolam..hubby tak abis gelakkan aku sebab aku tak pandai control napas dalam air..heh~ Hujan pun kitorang main jugak..hujan berenti baru naik mandikan Aqil..

So...back to the topic..kenapa aku paranoid..Anak akak ipar aku lebih kurang sebaya Aqil..dia 3 bulan..berat dia lebih sekilo dari Aqil..sebab lahir pun da 4.4kg..Aqil 2.4kg..berat Aqil sekarang (5 bulan) 6kg..So aku rasa pertambahan berat Aqil lebih menggalakkan..Akak ipar aku tu nurse sebenanya..tapi aku teramatla terkejut...dan aku belajar yang memang ramai org yg lebih tahu pasal medical dari aku ni pun masih tak tahu banyak perkara pasal pemakanan baby..

(1) Masa dalam pantang sepupu Aqil tu da minum susu kambing 2oz sbb nak elak kuning
(2) Awal-awal da top up dengan formula sebab tak cukup susu badan..sayang sangat sebab akak ipar aku bersalin kat hospital pro bf..
(3) sekarang fully formula fed
(4) Makan nestum sejak dalam pantang lagi
(5) Minum air masak

Akak ipar aku pun da suruh aku bagi Aqil makan..sebab Aqil da sedia nak makan...Aku sengih je..ish..aku ingat nak delaykan lagi..walau pun Aqil da nampak eager sangat nak makan sekarang..tapi aku nak cukupkan at least 6 bulan..sampai setakat mana aku tengok dia boleh bertahan...Adakah aku ibu yang tak baik??

2 comments:

Emma berkata... [Reply]

cop... u dok kota kemuning ke??? i pun dok situ jugak...

ok.. back to d main topic...

bukan semua nurse yg pro bf, same goes to doc.. ade je doc yg suruh patient dia kasi fm nie for so many reason...

x salah sebenarnya nak introduce solid food awal nie.. cuma u kene refer la dgn paed u.. mintak pdpt dia... reason ngape elok tunggu lepas 6bln nie sbb insya allah masa nie, semua org2 dlman baby tu dah cukup kuat..

Unknown berkata... [Reply]

Laaa ye ke..saya kat Randa..dekat ngan petronas tu..rumah sewaan je..belum mampu nak beli rumah sendiri atas tanah.hehe..

paed pun kata 6 bulan da boleh intro..sebab berat Aqil da 6kg..tatau lak kenapa dia kata berat kena cukup 6kg..Lupa nak tanya..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com