Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Rabu

Salam Ramadhan AlMubarak

Assalamualaikum

Aku nak ambik kesempatan ni untuk minta maaf atas segala salah dan silap sekiranya tulisan tulisan aku menyebabkan sesiapa terasa hati. Mungkin aku tak sengaja menyakitkan hati atau aku sengaja tulis benda yang menyakitkan hati. Tapi percayalah, niat aku baik dan bukan nak memburukkan sesiapa sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia.

Semoga ramadhan tahun ni ibadah aku diberkati dan diterima oleh Nya.
Dari kami juga~!

Daa

Jumaat

Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum

Entry ketinggalan zaman...

Aqil dengan Damia dah mula bersekolah tahun ni. So bila tiba Hari Guru, diorang pun sibuk lah nak beri hadiah pada cikgu masing-masing. Masa hari ibu takde pun nak bagi hadiah kat ibu.. sobbss

Kami encourage diorang buat sendiri kad ucapan hari guru tu, lebih bermakna kan kalau macam tu. Shujin potongkan la kad bagi diorang tulis guna magic pen. Lepas tu budak budak ni tulis tekan lama lama kembang habis bila dia tekan sementara nak ingat nak tulis apa lepas tu. Hahaha.. Lastnya, shujin tulis dengan pensel. Diorang trace balik je ngan magic pen tu. Senang cerita.
 Nasib baiklah ayah korang orang graphic design. Ibu diorang memang tak boleh harap. Hahaha..
Yang kelakarnya. Anak dara ni beria ria bawak pergi sekolah. Sampai waktu balik dia lupa nak bagi pada cikgu dia. Shujin suruh masuk balik sekolah bagi kat cikgu. Hehehe..

Selamat Hari Guru bagi semua guru guru. Terima kasih sebab bersabar mengajar anak-anak kami.

Daa

Ahad

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Ramadhan tiba lagi. Syukur alhamdulillah kita berkesempatan lagi mengerjakan ibadat puasa tahun ini. Di kesempatan ini, aku dan shujin memohon ampun dan maaf pada semua pembaca kalau ada kesilapan pada info, kekasaran bahasa yang membuatkan korang sentap majuk takmo komen dah kat blog aku ni. Hehehe.. Terima kasih buat silent silent reader yang sedikit sebanyak menaikkan rating dan trafik blog kami yang tak berapa nak seberapa ni.

Di bulan mulia ni, sama samalah kita jaga puasa kita. Bukan sekadar lapar dan dahaga. Jauhkan dari menulis benda takde faedah. Jaga tepi kain orang. Kalau rasa rasa yang ditulis tu takde manfaat pada orang lain, berhentilah dari menulis. Takut takut, ramadhan dan berlalu pun kita terus ditimpa dosa dari apa yang ditulis tu.

Seiring dengan ramadhan kali ni ramai yang demam piala dunia, sambil sambil bangun malam nak tengok perlawanan kegemaran tu jangan lupa solat sunat 2 rakaat sekali. Kalau takut mengantuk siangnya, jangan lupa pesan vitamin dengan kami. Boleh makan masa bersahur.

Selamat berpuasa pada semua.

PS:/Sahur tadi makan apa?

Daa

Rabu

Selamat datang 2014

Selamat memulakan sesi persekolahan 2014
Aqil start sekolah esok. Maknya bercuti sebab eksaited sama.. Hahaha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com