Memaparkan catatan dengan label Roti sosej. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti sosej. Papar semua catatan

Jumaat

Sosej bun kedut kedut

Assalamualaikum


2-3 hari lepas ternampak kak ina KL tayang roti sosej berkeju. Since kanak-kanak ribena tu suka sosej balik tu terus aku menguli. Resepi rotinya aku ikut resepi Garlic Bread, tapi entah kat mana silapnya dohnya macam tak berapa stabil dan bila dah sejuk rupanya berkedut kedut. Esoknya bagi Manager aku cuba, dia kata ok. Siap cakap bila nak buat garlic bread lagi.
Roti sosej kedut kedut
Tumbuh muscle aku. Lainla kalau aku da rembat satu breadmaker macam Ayu - Citarasa Rinduan. Time tu jangan kata garlic bread. Mak bapak bread pun aku boleh buatkan. Haih.. Shujin? Bila nak rembat?
Minum dengan organic green tea pulak kan..

Terbaik~~
Minum pulak dengan teh hijau panas panas.. Memang best. Teh hijau ni sedap. Tak pahit tak kelat langsung. Payah nak jumpa teh hijau macam ni.

Sosej bun ni aku buat 20 batang sosej. Aku dengan shujin makan 6-7 ketul yang lebihnya budak berdua tu balun. Tak hairan lah kalau masing masing naik nak dekat dua kilo bulan ni.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com