Memaparkan catatan dengan label Pesanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesanan. Papar semua catatan

Jumaat

Jaga hubungan dengan Dia

Assalamualaikum

Pesanan pendek Dr Muhaya yang sangat terkesan pada hati aku..

Jaga hubungan dengan Allah

Bagi aku ianya sangat ajaib. Biasalah kita ni manusia kan.

Kita rasa marah sebab orang buat tak baik kat kita.

Kita sedih sebab orang tak hargai kita.

Kita rasa susah hati atas macam macam perkara dunia.

Belek semula hubungan kita dengan Allah. Baiki hubungan kita dengan Allah. 

Bukan nak kata orang yang banyak masalah tu tak bagus. Tapi mungkin kita terlalai. Solat hujung waktu. Mulut berat nak zikir. Dan sebagainya. Perkara perkara yang mungkin kita terlepas pandang.

Macam nak jaga hubungan dengan gelpren boipren. Kalau time dating mesti la nak on time. Tentu diorang tak suka kalau kita datang lewat.

Ringankan lidah untuk berzikir lailahaillallah atau istighfar.

Kalau terjaga malam, lawan rasa mengantuk buat solat sunat. Mana tau doa kita masa tu Allah makbulkan.

Kadang kadang kita pelik sebab hati tak tenang. Mungkin sebab kita kurang ingat DIA. Cubalah amalkan. Insya allah kita akan rasa lebih baik lagi. Akan ada je rezeki yang datang tak disangka sangka. Sangat ajaib.

Sekian tazkirah jumaat. (^_^)v

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com