Memaparkan catatan dengan label Perencah segera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perencah segera. Papar semua catatan

Jumaat

Nasi Mandy Kambing Yaman

Assalamualaikum

Dah banyak kali sebenarnya buat nasi arab ni. Guna pek segera al-bayt je. Senang gila kot. Just follow instruction pada kotaknya. Jangan cheating. Ikut betul betul tau. Nescaya memang menjadi.

Beras, sekali dengan segala bala perencah dah siap dalam tu. Kambingnya takde lah kan. Hehehe..

Damia suka sangat makan lamb shoulder ni. Aritu buat bakar bakar pun dia makan beria-ria. Esoknya balik sekolah cari lagi kambing bakar. 

Al-bayt ni korang boleh beli dengan Irfa. Cuma RM15 sekotak. Aritu masa raya aku buatkan untuk mak ayah kat Johor. Mulanya diorang skeptikal, takut muak berminyak. Rupanya sedap. Aku buatkan 2 kotak tak cukup. Mak siap kata. Kalau sedap macam ni, tiga kotak pun habis. Hahaha..

Nak raya haji ni ingatnya nak beli lagi. Masak-masak untuk family mertua pulak. 

Salam Jumaat.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com