Memaparkan catatan dengan label Khidmat masyarakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khidmat masyarakat. Papar semua catatan

Rabu

Projek amal 3 ribu pasang telekung

Assalamualaikum

Projek Blogger prihatin aku copy dari blog Bicara Mak Dara dan Queen of Fadli untuk mencari telekung bagi didermakan kepada mangsa banjir. Menderma dah besar pahala. Kalau tak berkemampuan, sekurang kurangnya tolong sebarkan supaya lebih ramai lagi yang dapat menyalurkan bantuan.

Projek ni hanya seminggu bermula 16december- 23december. Untuk membantu anda boleh terus hubungi pm/whatsap Sheta Rahman di talian 0126845088 /  0122965279

Boleh pos. Boleh by hand bagi yang tinggal di kawasan Setapak dan Wangsa Maju. Jom ramai ramai kita membantu setakat mana yang boleh

Keterangan lanjut boleh terus ke https://www.facebook.com/events/480206828754542/?source=1

Daa

Selasa

Cara cara adopt anak gajah

Assalamualaikum

Seperti yang dikata oleh malaikat ketika Allah hendak menciptakan Nabi Adam.. Manusia bakal menjadi makhluk yang merosakkan bumi.. Adakah kita salah satu jenis manusia yang dikatakan oleh malaikat?

Sehingga hari ni, bermacam spesis haiwan yang dah pupus dan banyak lagi yang dah hampir pupus akibat kerakusan dan ketamakan manusia.
Satu satunya spesis dragon yang tinggal
Antara yang teruk terjejas adalah haiwan yang terdapat di negara kita macam gajah dan jugak penyu. Dikatakan bilangan gajah di hutan hutan di seluruh negara adalah hanya 1500 ekor. Manakala semakin sedikit penyu yang mendarat di pesisiran pantai Malaysia untuk bertelur.

Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil haiwan ini sebagai anak angkat. Adopt kata omputeh. Hehehe..

Korang nak adopt mana satu? Kalau Atiqah Damia mesti nak suruh adopt gajah. Dari kecik suka gajah. Bunyi gajah dia macam bunyi kerbau pun ada.. Hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com