Memaparkan catatan dengan label Kempen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kempen. Papar semua catatan

Jumaat

Guna semula bekas untuk tanaman

Assalamualaikum

Ramai sebenarnya yang minat bercucuk tanam. Tapi kebanyakannya terhalang oleh masa dan keadaan rumah. Contohnya yang duduk di apartment tak bertanah. Dengan adanya teknologi macam media sosial, ramai yang dapat berkongsi idea nak bercucuk tanam.

Nak mula bercucuk tanam pun sebenarnya kos tak tinggi. Tak payah nak beli pasu mahal-mahal pun..

Ni bekas-bekas yang aku gunakan untuk semaian. Dalam kulit telur pun ada. Hahaha.. Senang nak pindahkan nanti. Antara pokok yang tengah disemai adalah limau nipis, tomato, cherry tomato, pudina, limau kasturi. Daun pudina tu shujin beli 20sen je. So try semai pucuknya. Ada 2-3 pucuk je yang nampak ada harapan. Hahaha.. Cherry tomato aku ambik dari tomato beli kat pasaraya. Limau kasturi ambik biji dari orang kenduri buat mi kari. hahaha.. Aku korek bijinya tanam. Limau nipis pulak ada sebiji dah lama dalam peti sejuk. Aku tanamkan aje. Bekas yang guna pulak, yang biru tu bekas cendawan, bekas tauhu, bekas vitamin, sarang telur dan kulit telur, kotak air soya dan bekas air minuman. Jimat kan..?

Kunyit, halia pun ada aku semai. Baja aku guna baja taik ayam dengan kompos yang kami buat sendiri. Aku baru cuba-cuba buat mol pisang. Haa.. Mol tu apa. Nanti aku share. Bagus sangat untuk yang nak bertani secara organik.
Ini pulak pokok rozel. Ada 3 pokok je. Belakang tu serai wangi. Memang wangi sungguh baunya. Orang kata boleh buat air mandian. Bagi segarkan badan. Hehehe..

Hujung minggu ni nak sambung buat batas sikit. Tapi kena pergi hantar barang jugak nanti. Tak tahu lah sempat pindahkan anak-anak pokok tomato ke tidak tu.

Nanti nak tanam rosemary, sayur-sayur, daun sup dengan daun ketumbar jugak. Harap-harap berhasil lah. Tak dapat jimat banyak, jimat sikit pun jadi lah kan. Kepala pun segar, hati pun seronok tengok tanaman. 

Apa yang korang buat kalau nak hilangkan stress?

Daa

Isnin

Saguhati bagi kempen sampah

Assalamualaikum

Maaf sangat pada dua orang blogger yang menyertai kempen sampah dari bulan March aritu. Since cuma ada dua penyertaan

(1) Ayuh blogger gunakan pengaruh anda
(2) Kempen 3R oleh Ourkizuna

Makanya.. Dengan sukacita dimaklumkan bahawa, aku akan bagi hadiah saguhati pada kedua dua peserta tersebut. Hehehe.. Jadi bagi kedua dua peserta tersebut diminta emailkan alamat dan no telefon pada kesoma.rai@gmail.com.

Kempen sampah di rumah kami masih diteruskan dengan menggunakan botol botol plastik lama untuk jadi bekas menanam pokok. Jimat duit tak payah beli pasu bagai kan. Hehehe.. Insya allah ada masa nanti aku update pasal tanaman di rumah. Aku dah tambah beberapa lagi tanaman baru. Serai yang ditanam sejak bulan March aritu pun dah mula keluar hasil. Kacang edamame pulak menunggu masa nak dituai. Bendi dan rozel dah keluar bunga.

Happy tengok pokok-pokok membesar.

Salam Isnin. Jangan malas malas kerja okeh~!

Daa

Kejam~!!

Assalamualaikum

Kejam tau makhluk yang bernama manusia ni. Katanya ada akal. Tapi perangai musibat mengalahkan haiwan. Ini baru bab sampah sarap. Belum bab lain.



Sedih gila tengok binatang binatang ni.. Pemandangan kat bawah ni jangan cakap lah.


Stop trashing la.. Kesian tau pada makhluk lain yang jadi penghuni bumi.

Hari Sabtu aritu pasak bumi dah bergegar. Beringatlah sikit. Jangan duk buat kerosakan kat bumi Allah lagi.

Mula dari rumah. Jangan mulut je bercakap. Selamatkan bumi. Start recycle. Jangan buang sampah merata.

Daa

Rabu

Mari mengompos, jangan ketinggalan

Assalamualaikum

Tahu tak yang pengkomposan adalah satu trend yang makin mendapat tempat dalam masyarakat. Bukan kat kampung je.. Kat bandar pun.

So kalau korang jenis yang follow trend semasa. Jangan ketinggalan.

Aku dah masuk tong ketiga mengompos. Bela larva black soldier fly (BSF). Walau pun aku ni penggeli, tapi seronok tengok ulat BSF tu gemuk gemuk makan sampah dapur. Bekerja keras menghasilkan baja untuk tanaman kami. Hehehe..

Iye. Mungkin ada yang akan kata. Ala buat apa susah berkompos. Baja boleh beli. Organik tak organik. Semua ada habaq kat hang. Tapi tujuan aku berkompos dan bercucuk tanam ni ada banyak sebab.

(1) Kepuasan peribadi. Seronok tengok tanaman membesar.
(2) Ketenangan jiwa. Honestly, balik rumah, stress atas jalan yang jem, stress kat opis. Hilang bila balik tengok pokok dan ulat ulat yang menggemuk dengan jayanya
(3) Aktiviti sekeluarga. Salah satu cara kami spend masa sama-sama. Shujin banyak tolong buang rumput, cangkul tanah, buat lubang etc untuk projek kami ni. Anak-anak walau pun geli geli nak main tanah, tolong tolong jugak.
(4) Mengurangkan pengeluaran sampah. Dengan mengomposkan bahan buangan dapur, kami dapat kurangkan pengeluaran sampah hampir separuh tau. Sampah pun tak berbau busuk sangat sebab yang contribute busuk ni kan sampah dari dapur tu. Of course la diapers bebudak ni lagi busuk. hehehe..
(5) Menyelamatkan bumi. Adalah satu perasaan yang sangat best bila kita tau kita lakukan sesuatu untuk selamatkan bumi. Demi masa depan anak-anak.

Bak kata orang.. Kita bukan mewarisi bumi ni dari generasi lalu, tapi kita pinjamnya dari generasi akan datang. So barang pinjam kena lah jaga bebaik.

So, dah join kempen sampah? Hadiah tak bagitau pun. Sibuk promote suruh orang kempen kan aku ni. Hahaha.. Tapi dah ada dua orang yang join. Yey~!

Daa

Khamis

Kesayanganku yang terbaru

Assalamualaikum

Dah lama teringin.. Sekarang baru berpeluang..

Guna cup air pasar malam je. Katanya reuse reduce dan recycle kan.. Hehehe..

pstt.. kempen 3R dah dapat sponsor.. Insya allah ada masa nanti aku update..

Daa

Kempen tak popular

Assalamualaikum

Alamak.. Kempen Sampah takde sambutan lah...

Hmm.. Nak buat macam mana kan.. Kempen begini memang kurang popular di kalangan kita. Masih rare lagi..


So, aku nak memanjangkan tempoh GA ni berlangsung dengan harapan, nanti nanti akan ada yang sudi join. Kempen Sampah ni akan berlangsung sampai satu masa yang aku canangkan nanti.

Hadiahnya adalah LEGO~!.. Tengah kenen Encik Shujin untuk sponsor LEGO untuk pemenang. Kalau ada yang sudi nak sponsor pun dialu-alukan.

Kempen sampah ni adalah social responsibilities kita semua. Memandangkan kes denggi semakin meningkat dan keadaan persekitaran adalah contribute kepada statistik ini, maka aku nak panjangkan tempoh GA ni berlangsung..

Still.. kalau takde jugak yang nak join.. Aku kempen la sorang sorang.. Sobbb~!

Hahaha...

Daa

Selasa

Kempen sampah - GA

Assalamualaikum

Kebanyakan orang sedar yang bumi makin tenat. Pencemaran merata rata. Sampah membukit dan membusuk. Itu belum kira sampah masyarakat lagi tu. Hehehe..

So, menyedari hakikat ini, tahun 2015 ni aku berazam untuk mengamalkan kempen kesedaran tentang sampah. Sebelum nak berkempen, of course kita kena buat dulu tak..? Takkan nak cakap tak serupa bikin. Kempen orang reuse, reduce & recycle beria ria. Tapi sendiri tak buat pun. Huhuhu..

Antara perkara pertama yang aku buat lepas pindah rumah ni adalah pelan tindakan mengurangkan sampah, kitar semula dan guna semula mana yang boleh.
tong kompos pertama kami

Langkah-langkah yang telah aku ambil
(1) Mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula
(2) Pastikan sampah yang dibuang dalam keadaan bersih, kering dan tidak berbau. Melainkan diapers busuk Aisy dengan Afiqah la.. Hehehe.. Belum berjaya nak bercloth diapers lagi.
(3) Sampah dapur dimasukkan ke dalam tong kompos untuk dijadikan baja kompos atau ditanam bagi mengelakkan bau.. Nanti aku cerita lanjut pasal tong kompos tu..
(4) Memastikan semua sampah dimasukkan ke dalam plastik dan diikat dengan baik.
(5) Buang sampah di tempat yang sepatutnya

Of course aku tak mampu buat sensorang semua ni. Shujin banyak bagi galakan dan pertolongan. Especially tang korek lubang nak masuk sampah basah tu. Hehehe..

Memang tak mudah nak mulakan sesuatu yang luar dari kebiasaan kita kan.. Tapi insya allah, aku cuba istiqamah.

Langkah langkah yang aku ambik ni sebenarnya bukan benda baru. Negara Jepun dah lama dah ambik pendekatan begini. Sebab tu lah lori sampah kat sana tak busuk dan comot macam kat sini. Kotak susu pun dibuka dan dibasuh tau. Jadi, aku terasa adalah memalukan kalau kita sebagai orang Islam ni tak gunakan pendekatan macam tu. Sebab kan Islam menyarankan kita jadi bersih, takmo busuk busuk. Malu lah kalau orang yang bukan Islam ni ikut sunnah dan Al-quran lebih dari kita. Padahal diorang tak ikut kitab pun. Takde panduan macam kita pun.

Kes denggi makin meningkat. Takkan nak tunggu vaksin denggi kot. Apa kata start dengan jaga kebersihan persekitaran kita dulu. 

Nak hadiah..? Jom promote 3R
(1) Buat satu entry langkah korang untuk selamatkan bumi bersertakan gambar korang buat kitar semula ke, kumpul bekas untuk hantar pusat kitar semula etc. Apa apa lah gambar yang berkaitan 
(2) Promosikan 3R
(3) Link kan pada entry ni dan letak link entry tu kat komen entry ni.

Entry yang dapat paling banyak komen dikira pemenang. Hahaha.. Hadiahnya nanti aku update. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 March 2015.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com