Memaparkan catatan dengan label EPF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EPF. Papar semua catatan

Selasa

Apa saja EPF

Assalamualaikum

Kalau orang kerja kerajaan, kebanyakannya tak perlu risau tentang pendapatan hari tua. Takde lah nak kata tak perlu risau langsung. Tapi dengan adanya skim pencen oleh kerajaan, lega la jugak diorang sebab dah confirm tetiap bulan ada pendapatan. Sikit ke banyak tu belakang cerita. Sebab zaman sekarang ni kalau takat RM3000 memang tak berapa nak cukup kan.. 

Bagi orang yang kerja swasta macam aku pulak. EPF (employee provident fund) atau nama melayunya KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah sumber kewangan selepas pencen nanti. (Harap harap tak bagi aku)

Tapi kan..concern aku sekarang adalah bila duit EPF ni boleh dikeluarkan untuk banyak tujuan. Memanglah bersyarat dan ada peraturan tertentu. Tapi, kan ke tujuan EPF tu untuk simpanan bila pencen. Kalau dah kelonggaran untuk pengeluaran tu terlalu banyak, nanti masa da pencen tinggal apa.
 Bayar rumah, anak nak sambung belajar..baru baru ni, nak pergi haji pun diorang nak bagi keluarkan EPF. Katakanlah carumah pekerja + majikan = RM1k sebulan. Dalam masa 12 bulan RM12k dapat dicarum. Kalau seseorang bekerja dari umur 23 tahun sampai 55 tahun, jumlah carumannya adalah RM384k. Campur dividen bagai, kita bagi la RM500k. Wow.. Banyak kan..

Tapi, kalau nak beli rumah, awal awal da keluarkan. Anak nak sekolah dah keluarkan. Nak pegi haji da keluarkan.. Tinggal apa? Da lepas pencen memang kita boleh nak duk rumah je. Takde nak buat apa. Jimat kos hidup. Tapi jangan lupa. Manusia ni hidupnya adalah "spend their health to gain wealth, later they spend their wealth to gain health". Bila umur meningkat, mula la penyakit itu ini. Duit nak pakai banyak. 

Entah la eh.

Aku rasa bagus la kalau boleh keluarkan untuk kegunaan emergency. Tapi kalau terlalu banyak option yang membolehkan duit tu dikeluarkan aku rasa kat mana yang kata nak simpan untuk hari tua tu?

Daa

Rabu

Sampai mati le kita mencarum KWSP

Assalamualaikum

Sumber : Berita Bernama

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 akan dipinda bagi mewajibkan pekerja swasta yang bekerja sehingga umur 60 tahun terus mencarum, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata pindaaan itu selaras Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, yang diluluskan Dewan Rakyat pada Jun lepas, menyaksikan umur persaraan untuk pekerja sektor swasta dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun.

“KWSP, setelah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia, bersetuju bahawa pengeluaran caruman KWSP masih kekal pada umur 55 tahun dan pencarum boleh mengeluarkan 30 peratus pada 50 tahun, dan baki 70 peratus boleh dikeluarkan pada 55 tahun, seperti termaktub dalam akta.

“Pencarum yang tidak mengeluarkan duit ketika 55 tahun boleh terus mencarum dan mengeluarkannya pada usia 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan ketiga pada tahun ini.

Acane gayanya ni.... Nampak gayanya KWSP ni bukan untuk pencen, tapi duit untuk tampung kos pengkebumian xox

Daa

Selasa

Sudahkah anda merancang persaraan?

Assalamualaikum

Ramai orang muda yang aku jumpa, even yang dah masuk tiga series pun masih leka dalam hal berkaitan dengan perancangan untuk bersara. Aku bukan nak cakap pasal bersara awal jom masuk MLM. Hehehe. Cuma, kebanyakan dari kita. Dapat duit, adalah simpan sikit, jangan sampai bila orang tanya ada simpan ke tidak tak boleh nak jawab YA. Padahal simpannya cuma RM50 sebulan. Betul lah baik ada daripada tak ada. Tapi kalau simpan RM50-RM100 sebulan bila umur pencen campur dividen dapat berapa? Cukup ke tak cukup ke. Langsung tak terfikir.

Hakikatnya ramai yang belum terfikir nak merancang persaraan walau pun usia dah masuk tiga puluh. Masih awal katanya. Anak pun masih kecil lagi.

Sedangkan sebenarnya ramai pakcik dan makcik yang lagi 3-4 tahun nak pencen pun dok blur lagi pasal perancangan persaraan. Dengan harapan, duit EPF yang dapat nanti cukup untuk menanggung hidup mereka sebelum mati. Padahal bila dah keluarkan duit EPF tu dok kalut nak belanja pergi haji lah, nak besarkan rumah la dan buat dapur lah. Duit tu lah jugak nak belanja bulan bulan. Ikut kajian duit EPF habis dalam masa 3 tahun lepas bersara.

So kalau tak ada perancangan persaraan yang baik, harap harap la mati cepat sikit supaya tak menyusahkan orang.

Kalau tak bila EPF da habis, terpaksa cari kerja untuk support hidup. Kalau anak-anak ramai boleh la hulur sikit sorang untuk support mak ayah. Kalau anak pun sangap?

Mungkin ada jugak yang kata. Alah. Aku kerja kerajaan. Bila pencen dapat duit pencen. Kalau masa kerja gaji 3-4 ribu pun tak cukup. Apa lagi bila da pencen cuma dapat sebahagian dari tu. Lepas pencen bukan tak payah makan nasik. Kalau yang berpenyakit. Nak kena beli ubat la. Nak masuk hospital la apa la. Bubuh duit tu jugak la.

Kalau orang sekarang ni, kahwin umur 25 ke atas. Dapat anak pertama umur 27. Anak pertama masuk universiti dah nak pencen. Kalau tak ada perancangan macam mana nak support. Kalau anak sorang takpe lagi la. Kalau anak 4-5 orang. Balun duit PTPTN la. Lepas tu aniaya anak sendiri. Lepas budak tu abis belajar nak kena bayar hutang PTPTN pulak.

Tu yang bila dah tua. Sakit. Ramai la orang melayu masuk berita masuk suratkhabar mintak derma sebab tak mampu. Padahal masa muda takde ingat nak berusaha lebih sikit ke apa. Tak kira yang lepas pencen dan belum pencen pun dok ulang alik pejabat zakat sebab nak dapat habuan.

Aku bukan hina mereka yang miskin ni. Cuma aku tengok ramai yang dok keja nak menadah je. Takde fikir nak buat macam mana supaya boleh memberi. Yang beri tu berilah. Beri pun beri pisang. Beri kuih kat masjid. Bukan tak bagus. Bagus jugak lah. Tapi tak terfikir ke nak bagi lebih sikit. Orang yang makan babi tu pun bagi ribu ribu kat gereja, kat tokong diorang. Tengok tempat kita beribadat. Kalau yang baru tu cantiklah. Pegi kat kampung kampung sikit tu. Dengan bilik air hanyir, tempat semayang pun bau kepam. Nak buat macam mana. Orang Islam ni ramai yang nak makan sendiri pun tak cukup.

Masa muda ada duit lebih sikit joli. Enjoy. Bila dah tua dok mintak sedekah. Memang bunyinya hina sebab orang kita selalu guna "derma". Padahal sama je maksudnya.

Ustaz kata, kalau kita mati. Kita tinggalkan anak-anak dengan hutang, tinggalkan mereka dalam keadaan yang miskin, malaikat akan tanya. Kenapa kita tinggalkan mereka dengan hutang? Kenapa tinggalkan anak anak dalam keadaan miskin? Apa nak jawab? Takkan nak jawab. Banyak tu je rezeki Allah bagi pada aku.

Bila kita dilahirkan dalam keadaan miskin, tu adalah takdir Allah. Tapi bila kita mati dalam keadaan berhutang, tu salah kita.

Fikir fikirkan la. Jangan sampai hutang PTPTN pun dibawa mati.


Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com