Selasa

Sudahkah anda merancang persaraan?

Assalamualaikum

Ramai orang muda yang aku jumpa, even yang dah masuk tiga series pun masih leka dalam hal berkaitan dengan perancangan untuk bersara. Aku bukan nak cakap pasal bersara awal jom masuk MLM. Hehehe. Cuma, kebanyakan dari kita. Dapat duit, adalah simpan sikit, jangan sampai bila orang tanya ada simpan ke tidak tak boleh nak jawab YA. Padahal simpannya cuma RM50 sebulan. Betul lah baik ada daripada tak ada. Tapi kalau simpan RM50-RM100 sebulan bila umur pencen campur dividen dapat berapa? Cukup ke tak cukup ke. Langsung tak terfikir.

Hakikatnya ramai yang belum terfikir nak merancang persaraan walau pun usia dah masuk tiga puluh. Masih awal katanya. Anak pun masih kecil lagi.

Sedangkan sebenarnya ramai pakcik dan makcik yang lagi 3-4 tahun nak pencen pun dok blur lagi pasal perancangan persaraan. Dengan harapan, duit EPF yang dapat nanti cukup untuk menanggung hidup mereka sebelum mati. Padahal bila dah keluarkan duit EPF tu dok kalut nak belanja pergi haji lah, nak besarkan rumah la dan buat dapur lah. Duit tu lah jugak nak belanja bulan bulan. Ikut kajian duit EPF habis dalam masa 3 tahun lepas bersara.

So kalau tak ada perancangan persaraan yang baik, harap harap la mati cepat sikit supaya tak menyusahkan orang.

Kalau tak bila EPF da habis, terpaksa cari kerja untuk support hidup. Kalau anak-anak ramai boleh la hulur sikit sorang untuk support mak ayah. Kalau anak pun sangap?

Mungkin ada jugak yang kata. Alah. Aku kerja kerajaan. Bila pencen dapat duit pencen. Kalau masa kerja gaji 3-4 ribu pun tak cukup. Apa lagi bila da pencen cuma dapat sebahagian dari tu. Lepas pencen bukan tak payah makan nasik. Kalau yang berpenyakit. Nak kena beli ubat la. Nak masuk hospital la apa la. Bubuh duit tu jugak la.

Kalau orang sekarang ni, kahwin umur 25 ke atas. Dapat anak pertama umur 27. Anak pertama masuk universiti dah nak pencen. Kalau tak ada perancangan macam mana nak support. Kalau anak sorang takpe lagi la. Kalau anak 4-5 orang. Balun duit PTPTN la. Lepas tu aniaya anak sendiri. Lepas budak tu abis belajar nak kena bayar hutang PTPTN pulak.

Tu yang bila dah tua. Sakit. Ramai la orang melayu masuk berita masuk suratkhabar mintak derma sebab tak mampu. Padahal masa muda takde ingat nak berusaha lebih sikit ke apa. Tak kira yang lepas pencen dan belum pencen pun dok ulang alik pejabat zakat sebab nak dapat habuan.

Aku bukan hina mereka yang miskin ni. Cuma aku tengok ramai yang dok keja nak menadah je. Takde fikir nak buat macam mana supaya boleh memberi. Yang beri tu berilah. Beri pun beri pisang. Beri kuih kat masjid. Bukan tak bagus. Bagus jugak lah. Tapi tak terfikir ke nak bagi lebih sikit. Orang yang makan babi tu pun bagi ribu ribu kat gereja, kat tokong diorang. Tengok tempat kita beribadat. Kalau yang baru tu cantiklah. Pegi kat kampung kampung sikit tu. Dengan bilik air hanyir, tempat semayang pun bau kepam. Nak buat macam mana. Orang Islam ni ramai yang nak makan sendiri pun tak cukup.

Masa muda ada duit lebih sikit joli. Enjoy. Bila dah tua dok mintak sedekah. Memang bunyinya hina sebab orang kita selalu guna "derma". Padahal sama je maksudnya.

Ustaz kata, kalau kita mati. Kita tinggalkan anak-anak dengan hutang, tinggalkan mereka dalam keadaan yang miskin, malaikat akan tanya. Kenapa kita tinggalkan mereka dengan hutang? Kenapa tinggalkan anak anak dalam keadaan miskin? Apa nak jawab? Takkan nak jawab. Banyak tu je rezeki Allah bagi pada aku.

Bila kita dilahirkan dalam keadaan miskin, tu adalah takdir Allah. Tapi bila kita mati dalam keadaan berhutang, tu salah kita.

Fikir fikirkan la. Jangan sampai hutang PTPTN pun dibawa mati.


Daa

16 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Sy serik dgn PTPTN. Cukup2lah kami suami-isteri. Utk Aydin, kami menabung utk dia. Tak apalah. Bergolok-gadai sikit. Janji tak hutang.

Kami suami-isteri gaji tak besar. Setiap bulan, balance duit mst paras2 hidung. Tapi kami pastikan, kami menabung. Bukan menabung duit masuk dlm tabung ayam. Tapi adalah lubang2 tabungan yg diharapkan boleh menjamin hari tua kami (dan pendidikan Aydin)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Pendidikan dah diberi oleh org tua, akal sempurna tak kanlah kalau masa kecik dulu miskin sampai mati pun tahap tu juga kan Rai...

Kalau boleh kakak tak mahu anak-anak pinjam PTPTN. Dari sekarang kakak dah bersedia. Walau kami tak berharta tapi kalau boleh mati kakak tak mahu anak tanggung masalah tak boleh belajar kerana tak ada duit dan tanggung hutang...

missina berkata... [Reply]

alhamdulillah,,dgn hutg PTPTN la sy boleh belajar,,dan alhamdulilah jugk dah habis byr..tak salah ank sendri berhutang dgn pinjmn tu,,malah bleh pupuk rasa tanggungjwb nk byr balik,,barulah hargai duit yg kita pinjm tu,,,klu tak sikit2 mintk kat mak ayah je,,susah gk kan,,kdg2 kala tak tahu nk hargai sbb fikir hutang tak pyh bayr kt mak ayah,,,walaupun wajib la bg nafkah kt mak ayh bile kerja nanti,,kannn,,,

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, sama lah kita fara..yang penting sebagai ibu bapa kita kena ada kesedaran pada hal mcm ni..jgn sbb ada PTPTN tu kita rasa lega nak dok pinjam je..

onlajer berkata... [Reply]

Memang pelik betul orang kita nih.Boleh buat pinjaman ASB pastu bayar tetap mengikut masa tapi tak boleh nak buat begitu kalau bukan terpaksa bayar.

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, betul tu kak.. kesian bila tengok tv mak bapak meninggal dunia tinggalkan anak hidup susah..

Unknown berkata... [Reply]

@missina, alhamdulillah.. memang tak salah berhutang untuk belajar.. pada pendapat saya tanggungjawab ibu bapa adalah menyekolahkan anak2.. termasuklah bila diorang masuk U..

dalam Islam sendiri tak menggalakkan kita berhutang..pada saya tak perlu suruh berhutang dengan PTPTN kalau nak suruh anak menghargai duit..hutang dengan mak bapak je pun kalau kita didik dengan betul, anak2 akan bayar jugak.. kalau hutang dengan PTPTN pun..kalau tak betul didikannya.. tak bayar jugak..

tengok macam sekarang ni..sungguh pun berhutang dengan PTPTN pun ramai yg tak bayar..sebagai mak bapak terpalit jugak dosa sbb pendidikan adalah tanggungjawab ibu bapa..so faham2 lah sendiri..

kalau mampu bayar bagus la..masalahnya ramai yg tak mampu nak bayar..

Dr K berkata... [Reply]

realiti pahit "penyakit Melayu Islam"

- biar papa asalkan bergaya

- haram hanya pada babi & anjing. Kebersihan, toleransi sesama manusia (sekadar menyebut sebahagian kecil sahaja)tak pernah fikir.

- minda subsidi. selagi boleh, semua benda salah Kerajaan m dan mahu Kerajaan tanggung sampai mati.

Irfa berkata... [Reply]

terbaek.................
hehe

ieja amieja berkata... [Reply]

syukur Alhamdulillah..w/pun x mewah dpt jg kami menabung ckit2 utk pendidikan ank2 dan hari tua nnt..
org melayu selalu leka..disebabkan ada bantuan (mara, ptptn etc..)dorang amik mudah/lps tgn perbelanjaan pendidikan utk ank2..klu org bukan melayu mereka awal2 lg dah bersedia dah..seb baik ada saluran bantuan..tu pun dah dibagi betis nak peha la plk..hurmm..

Denaihati berkata... [Reply]

memang sangat penting dan boleh kata wajib, merancang/bersedia sesuatu utk persaraan, hasil pengiraannya mungkin sesuai utk sekarang tapi tidak utk tempoh 20~30tahun akan datang, yg pasti meningkat dr segi taraf hidup dan sebagainya. elok juga rujuk orang2 yg berpengalaman dan jarang/tiada belajar disekolah.

mummY daniSha berkata... [Reply]

hehehe...satu benda yg selalu aku pk =)

Bardboo berkata... [Reply]

memang penting sangat2 nak merancang persaraan ni..kalau tak, dah tua nanti pun masih lagi hidup susah nak mencari duit..

p/s: terima kasih untuk backlink tu ye.. =)

Prettywrite berkata... [Reply]

itupun nasib baik ada epf kan..caruman wajib..kalo tak memang zero la lepas pencen sebab orang kita memang tak boleh duit depan mata..

Anamarza berkata... [Reply]

Agaknya kena tukar perkataan melayu tu baru org kita aggresif sikit nak menabung

Unknown berkata... [Reply]

Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
Hanya RM1/pcs
lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com