Khamis

LEGO Chima Legend Beast 70123, 70124, 70125, 70126, 70127

Assalamualaikum..

Sebenarnya entry ni aku nak tulis enam bulan lepas, tapi masa tu zaman peralihan, jadi tak sempat. Dah lepas pindah, macam- macam nak diuruskan. Tambahan Aqil pun dah mula bersekolah, banyak yang dia nak kena catch-up. Cuti sekolah pun dia tak sempat nak sentuh lego. Yang jadi "hero lego" sekarang ialah Aisy. Pantang lepa, mesti dia berkubang.


Ada lima set bagi siri LEGO Chima Legend Beast. 70123 ialah singa lagenda untuk Laval, 70124 ialah helang lagenda untuk Iris, 70125 ialah gorila lagenda untuk Gorzan, 70126 ialah buaya lagenda untuk Cragger dan yang terakhir 70127 ialah serigala lagenda untuk Worriz. Set-set ni semua mempunyai bilangan kepingan diantara 94-115 keping elemen dan harganya pula ialah RM44.50 setiap satu. Pada bulan November, kedai LEGO buat jualan murah, semua barangan (termasuk set ni) dijual pada 30% diskaun. Dalam awal tahun haritu, LEGO ada buat jualan murah jugak, semua barang terpilih diberi potongan harga sebanyak 70%. Aku tak sempat pergi masa tu, tapi informan bagitau, set Legend Beast ni turut dijual sekali. Pada bulan April hingga Mei pulak, Tesco jual set ni dengan potongan 50%. Jadi, siapa cakap lego ciplak punya lagi murah?? It's all about buying the right item at the right time! Set ni sebenarnya versi ketiga dari siri Chima musim pertama dan dah diberhentikan pengeluaran dia pada hujung tahun lepas. Yang masih dijual adalah penghabisan stok. Apa yang best pasal set ni adalah... baca sampai bawah? Hahahaha..


Antara lima set ni, yang menjadi pilihan aku ialah 70127 Wolf Legend Beast. Sebab? Sebab pertama, dia ada sembilan set ball joint jenis baru. Selain serigala, singa jugak ada sembilan set ball joint. Tiga set lain mempunyai kurang dari sembilan. Sebab kedua, dia berwarna putih, jadi senang kalau aku nak pecahkan dan pasangkan elemen dia kat binaan lain. Kalau beli singa, kepingan elemen dia lebih banyak, tapi singa tu berwarna tan (orang perempuan kalau pilih-pilih tudung gitu panggil warna tan sebagai warna krim, hahaha) yang mana warna tu susah sikit nak padankan dengan warna-warna lain yang aku ada. Sebab ketiga ialah pedang Worriz. Pedang Worriz cuma datang dengan beberapa set dari siri Chima sahaja, dan set 70127 ni merupakan set paling murah untuk dapatkan pedang tu. Well, less that aku care pasal pedang, but its a factor. Dalam set ni ada dua beg elemen, satu set sticker (8 keping kesemuanya), dan sebuah buku panduan tiga puluh lapan muka surat.


Orait, dah siap belek tu, jom bahagikan elemen mengikut warna dan pasangkan.


Oohhh.. sebelum lupa, ada beberapa elemen baru yang aku nak ceritakan tu. Ini yang pertama, Part 11090. Kalau sebelum siri Chima, part ni takde lagi. Kalau dulu aaa.. dia ada clip dan bar je. sekarang aaa.. clip dan lubang. Memang sangat berguna untuk buat binaan kecik-kecik tu.


Elemen nombor dua ialah Part 15208. Kalau dulu, satu stud/1L cuma ada satu bahagian tajam tu. Sekarang, dua stud/2L ada tiga bahagian tajam tu. Hahahahaha.. beli dua aaa... dapat tiga woo


Dan yang terakhir, favourite aku, Part 14417, 14418 dan 14704. Ini ialah elemen baru untuk articulation dan sendi. Sebelum ni LEGO memang ada brick untuk ball joint dan socket, tapi ini elemen ni lebih kecil dan instead of brick, ia sejenis plate. Jadi lepas ni senang laa nak buat sendi pada skal kecil, takde laa nampak gabak sangat. Clamping factor dia pun sangat kukuh. Tak mudah untuk dipusing atau ditolak.


Okay, dah siap serigala kita. Bila dah siap dipasang, saiz dia lebih kurang (since aku malas ambik pengukur, hahaha) 15cm panjang dari hidung ke ekor, 9cm tinggi dari kaki ke telinga (tanpa Worriz kat atas belakang) dan 6cm lebar dari bahu ke bahu. Senang cerita, agak-agak sebesar tapak tangan suami. hehehe.. Ada ball joint pada sambungan kaki ke ke badan, kaki ke tapak kaki dan pada kepala ke badan. Ekor dan mulut serigala ada sendi clip.

Pada pendapat peribadi aku, kalau pun set ni bagus, tapi dengan saiz dia yang agak kecil dan harganya RM44.50, aku tetap takkan beli kecuali bila sale. Ahahahaha.. Tapi untuk collector/pengumpul, harga tu memang sangat berpatutan.

Selamat membina...

8 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Calang-calang org tak mampu nak joinkan lego yg comel-comel tu:)

Unknown berkata... [Reply]

@Diana Rashid Kalau saiz-saiz Aqil ni, biasanya ambik 20-30 minit jugak nak siap. Kalau orang dewasa tu, 5 minit tak sampai.

ANIM berkata... [Reply]

ni kalau 2 abdul kak baca, depa faham..
kak ni dah takleh faham dah, rai..hihi

Sani berkata... [Reply]

Buat dengan anak-anak barulah seronok..

Sani berkata... [Reply]

Buat dengan anak-anak barulah seronok..

Sani berkata... [Reply]

Buat dengan anak-anak barulah seronok..

lieyalatif berkata... [Reply]

canggih2 lego skrang kan.... dari sekecik2 bende hah....bagus budak2 minat lego2 nieh...menguji kekreatifan dieorg....lagi bagus dari mengadap gajet kan rai....

QasehnyaRania berkata... [Reply]

canggih canggih la..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com