Khamis

Huru Hara dibuatnya

Assalamualaikum

Aku susah nak terima tetamu. Bukan taknak mengalu-alukan. Tapi keadaan rumah tak mengizinkan. Tahu je lah anak kecik-kecik lagi ni kan. Masing-masing bertenaga nak buat sepah. Yang makan sambil berlari, main lego.. Main masak-masak. Anak patungnya.

Bukan tak tegur. Biasa lah kan. Budak belum berapa nak mumayz pun. Kita tegur dia duduk diam, dia tolong kemas sekejap. Lepas tu sepah balik. Macam zaman kita kecik-kecik dulu la.

Semalam.. Balik rumah je macam nak pengsan mengemas. Si Afiqah tumpahkan setengah tong minyak masak. Habis lantai licin melekit minyak dari dapur sampai ke depan. 2 kali aku lap lantai. Pun ada lagi rasa tak selesa kat kaki yang memijak tu.

Lepas habis berenang dalam minyak. Dia berenang dalam nasik pulak. Abang dengan kakak makan tak pandai kemas. Tinggal je. Dia pun capai. Gomol-gomol nasik dengan muka geram. Aku lagi geram.

Entah pukul berapa aku tido semalam. Itu pun shujin yang masakkan dinner. Aku dah sakit badan sampai ke pagi tadi. 

So bersabar lah wahai tetamu. Aku memang tak sanggup nak jemput orang masuk rumah. Takut sakit mata orang tengok rumah kita.

Aku stress memang stress.. Tapi sementara diorang kecik ni lah. Dah besar nanti sepah gaya lain pulak. Kalau dah besar tak pandai mengemas memang nak kena kutil sorang sorang. Hahaha..

Daa

22 comments:

Siti Sharini berkata... [Reply]

i feel u..

imm berkata... [Reply]

hihihi same lah kite.. imm yang rajin mengemop ni(ehemm) pun x terlayan dgn budak2 ni kak.. kite baru sudah mop depan tv, tgh pegang lg mop nak smbung mop dapur plak, tengok2 dorang dah tabur biskut dah..
dah bentang satu tikar suruh diorang makan kat situ je, xdenye dorang nak ikut, nakk jugak makan smbil menari hi5 depan tv.. huhuh

Unknown berkata... [Reply]

sama dgn sy jugak..kalau tetamu nak dtg kena inform sehari awal supaya ada masa nak kemas rumah..

Zai Zamree berkata... [Reply]

sm la wlau ank br sorang.dia pnya aktif tolong sepahkn tu xtau la nk kata apa...huhuhu...klau x...xdela satu rumah abes tumpah bedak & susu.dh la bilik mozek jenis kayu.nmpk la bedak tu & bekas air susu yg tumpah

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Dapat kurasakan kepenatan mu itu. Perghhhh...setengah botol minyak tumpah. Memang jenuh nak mengemop lantai. Kalau makan nasi bersepah tu memang geram jer rasa ☺

Bertabah lah #makbanyakanak dengan karenah anak ² ☺

mila berkata... [Reply]

sy pn...xsuka jugak kalo ad tetamu sbb umah bersepah..hahaha..baru anak sorg..ekeke

Nizam.Ariff berkata... [Reply]

Aku dah lepas zaman tu baru je....tggl tunggu cucu2 dlm 12 thn lagi...hehe

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

SAMA LE KITA RAIII... UMAH TOK SAH CAKAP LE ... CONTENG SANA SINI,SEPAH SANA SINI.. MMG MALU NAK JEMPUT ORG DTG UMAH ... INSYALLAH MOGA NANTI BESAR DAPAT MEMBANTU KITA PLAK..

Mar Mansor berkata... [Reply]

inilah kan anak-anak masih kecil..memang huru hara..tak menang tangan
sabar banyak-banyjkaye

aizamia3 berkata... [Reply]

Samalah dengan akak Rai.. belum masa nak ajak kengkawan datang rumah..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Tak apa Rai semua ini akan jadi moment indah kelak. Kakak dah rasa dulu. Sebab itulah kenapa sofa tetamu rumah kakak berada di porch hampir dgn kereta. Tempat ini aje yg selesa dulu dan akhirnya sampai sekarang kakak tak ubah. Tetamu dtg duduk di sini. Dalam rumah macam tongkang-pecah dek anak-anak berkarya:) - Sekarang taklah dah anak dara semuanya..

ANIM berkata... [Reply]

belasah aja rai. kak anim ni samalah juga. adik beradik punya ramai. kami lak selalu pindah randah, depa suka mai rumah. tak pe...kalau nak tunggu anak2 kecil tu besar lepas tu kita ingat ok dah nak rai tetamu mai...jangan le pikir begitu. ada lagi masalah lain yg timbul. percayalah..ini pengalaman, haha.
belasah aja...depa lagi menghargai kita kerana terima depa seadanya...

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

assalammualaikum kak...hehe dah lama liya tak singgah sni n komen... hope sehat2 jer..

gituler ragam anak-anak kak..sama je dengan budak2 kat rumah tu... gini le jugak bila ibu diaorg balik keje bersepah-sepah rumah... hehe

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply]

Memang macam-macam kerenah anak-anak. Macam tu juga ibu bapa kita nak membesarkan kita dan adik beradik satu masa dulu.

Irfa berkata... [Reply]

Hihi, tk reti nk komen sbb ank aku x buat perangai sepah dr kecik, mgkin jarak diorg mmbuat karenah agak terkawal, tp klu tgk ank buah aku mmg gini lh perangainya

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

PALING TAK TAHAN, ANAK AKAK PENAH GUNTING LANGSIR UMAH... BELA BERUDU SAMPAI JADI ANAK KATAK, DAH BESO LOMPAT2 DLAM UMAH... BKN SIKIT TPI BYK EKOR .. NI SAMPAI SEGENGAM.... MELOMPAT2 AKAK DI BUATNYA

Unknown berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
KeMBaLI™ berkata... [Reply]

sALAM singgah..yer kanak kanak memang skang ney agak buas..lar...adakah sebab banyak minum susu formula membuatkan perkembangan otak mereka menjadi aktif..sesangat huuu

Unknown berkata... [Reply]

Kann... Hahaha

Unknown berkata... [Reply]

Ehemm.. Budak2 ni memang imm.. Bukan reti makn setempat..

Unknown berkata... [Reply]

Salam singgah.. Hehe.. Anak anak saya minum susu ibu je..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

redha je la selagi ada anak kecik.. sama je...

tp bab tumpah minyak tu, memahami.. bukan sennag nak lap minyak tau...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com