Ahad

Kaedah menanam daun kesum

Assalamualaikum

Daun kesum atau daun kesom banyak kegunaannya dalam masakan melayu kan. Buat kerabu letak daun kesum memang sedap. Nak lagi sedap lagi. Masuk dalam asam pedas. Pergh.. tak cukup kick asam pedas ikan mayong kalau tak ada daun kesum.

Kalau duduk kat kampung senang.. Boleh mintak dengan jiran jiran. Takde maknanya nak beli kat pasar bagai. Tapi jadi orang bandar, semua kena beli. Tanah pun tak besar.

Tapi kan.. Daun kesom ni sebenarnya takde la cerewet nak tanam. Kalau duduk kat apartment pun boleh hidup. Gunakan bekas minyak seri murni yang 5liter. Seri murni je tau. Brand lain tak hidup. Hahaha..

Ok.. Caranya mudah saja.
daun kesom yang subur dalam tong minyak masak
Kaedah menanam pokok daun kesum
(1) Potong bahagian atas tong minyak atau guna apa-apa bekas yang tak berlubang. Yang berlubang pun boleh. Tapi daun kesum ni suka lembab. So kalau tak berlubang lagi bagus.
(2) Cuci bersih kesan minyak, kemudian masukkan tanah ke dalam tong tu sampai agak-agak separuh.
(3) Beli daun kesum kat pasar. Lepas tu cucuk saja ke dalam tanah tersebut. Bahagian yang berbatang sikit.
(4) Siram air dalam bekas tu sampai banjir. Daun kesum tak kisah kalau banjir pun. Dia suka. Tapi takut nyamuk pulak bertelur. Jadi siram tu bagi sampai paras tanah sahaja.
(5) Selesai. Letak kat tempat yang agak redup. Dapat cahaya sikit pun jadilah.
(6) Lepas dua tiga hari akan keluar akarnya. Siram lagi bila air dah berkurang atau nampak tanahnya kering.

So far aku takde letak baja apa pun. Ok je.

Selamat mencuba

Daa

10 comments:

izawani berkata... [Reply]

Akak buat juga... hehehe... tapi utk yang boleh letak atas tanah, boleh la kasi lubang skit kat tepi tu habuan air mengalir keluar. Tapi kalau letak kat simen, siram la tengok jangan sampai ada nyamuk kat dalam tu...

Eh... akak tanam kangkung kaedah ini, sekejap jer tanah penuh dengan akar dia... huhuhu... air pun sekejap jer kering... kangkung ni memang banyak pakai air kot...

SalbiahM berkata... [Reply]

part yang asam pedas ikan mayong wajib taruk kesum tu sy memang setuju!hehe

LYAfrina berkata... [Reply]

daun kesom mmg wajib tanam kat rmh...sbb suka msk asam pedas..tp dia sng tumbuh,

Unknown berkata... [Reply]

haha.. thanks kak rai! baru je beli daun kesum kt pasar.. boleh tanamlah lepas ni

Zai Zamree berkata... [Reply]

rs mcm nk menanam gak la.sng ckit kot2 teringin nk wt asam pedas leh petik ja

Unknown berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata... [Reply]

Aku tanam asyik tak hidup ye rai...tension aku

淫娃免費視訊聊天室 berkata... [Reply]

做愛成人貼圖
做愛性愛姿勢
肛交做愛直播
真人百家
嘟嘟成人網站
星城online
星城娛樂
星城活動
老子有錢

a片影片 berkata... [Reply]

線上博弈
線上免費看a片
裸體寫真自拍
視訊聊天交友
視訊聊天室
視頻聊天室
言情小說
賓館偷拍影片直播
賭神小古學費

成人文學 berkata... [Reply]

特殊性愛成人影片
現金版
現金版代理
現金版怎麼做
現金版是什麼
現金版詐騙
現金板被抓
現金網
百家樂

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com