Isnin

Cara mudah dan jimat tanam pokok limau

Assalamualaikum

Limau nipis, limau purut, tak kira lah limau apa pun. Asalkan ada biji. Lemon pun boleh tanam kat Malaysia tau. Hehehe..

Aku ternampak orang post kat Group FB. So aku pun cuba.
limau kasturi dari mi kari kenduri

Cara tanam limau dari bijinya

(1) Potong limau dengan berhati-hati. Jangan sampai terpotong bijinya. Asingkan bijinya. Buang kulit selaput pada biji limau tu

(2) Tanamkan dalam medium semaian dalam bekas yang sesuai. Aku gunakan tanah hitam dalam bekas recycle je.

(3) Siramkan setiap hari. Biji benih akan bercambah dalam masa seminggu. Kalau nak rendam dulu pun boleh. Tapi aku terus tanam, takde rendam.

(4) Dah boleh pindahkan ke tanah atau dalam pasu.
limau nipis yang dah keras dalam peti sejuk, dikorek ambil bijinya
Mudah je kan. Kalau beli anak pokok kat nursery tanaman, mungkin berbelas atau puluh ringgit. Tapi guna biji ni, cuma perlu beli sebiji limau je. Hehehe..

Cuma.. biasanya pokok yang beli kat nursery lebih cepat berbuah sebab diorang guna kaedah tut. Untuk kes macam pokok lemon yang kita takde pokok induk nak tut, boleh guna kaedah tanam biji ni. Tapi ambik masa yang lama la nak berbuah. Mungkin kalau jaga betul, elok lagi cepat berbuah.

Selamat mencuba

Daa

22 comments:

cahayahidupku.blogspot.my berkata... [Reply]

Good Idea lah Rai..
Boleh juga akak cuba ni..
Itu hari akak ada beli durian belanda.. tak sangka Nabil pergi tanam bijinya.. pastu minggu lepas dia bagi tau.. biji yg ditanam tu dah bertunas ehe.. Sejuk juga tangan nabil ni :)

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Eh...mudah rupanya... x penah tau bole tanan guna biji dia... nnti bole try ni...

SalbiahM berkata... [Reply]

ok gak ni..thanks share!

saniahibrahim berkata... [Reply]

kakak bnyak tanam pokok guna biji benih macam ni lah...tapi memang lambat lah berbuah Pokok limau kasturi kakak pun belum pernah berbuah lagi wlpun pernah brbunga sikit2.Tanam durian belanda dah banyak kali dpt hasilnya.

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Seronoknya tengok bila usaha membuahkan hasil... :)

LYAfrina berkata... [Reply]

waa..gud idea ni..
lg mjimatkan

eima berkata... [Reply]

ai dpt free je dr nursery hehehe
TQ la tokey ari tu bg pokok dah berbuah ....

nk menjaga dari kecik la malas sikit ni

Ann Ishak berkata... [Reply]

limau sekarang dkt kedai pun mahal, baik la tanam kan

imm berkata... [Reply]

imm pernah tanya ayah kenapa pokok limau die guna kaedah tut, x kutip je anak2 yg bertaburan bawah induk tu..
"kalau guna benih, lambat berbuah, malas nak tunggu"
oooo tu sebabnya ye.. hahaha
n lagi satu katenya, pokok berkayu yg tumbuh dari benih, buahnya tak elok sangat, walaupun benih tu datang dr pokok induk yang buahnya elok..
-ayah saya yang kate ☺-

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Tanam guna biji menagih kesabaran dan berperang dgn semut Rai. Kalau tut dari rumah kampung cepat besar.
Kakak selalu tut pokok di kampung - tanam-tanam dah besar dan ada buah:)

nuraida berkata... [Reply]

wahh bestnya tanam menanam.kalau saya skill pun xde..tp suka je bila tgk pokok dh besar.

aizamia3 berkata... [Reply]

Bila rajin dan usaha.. kenalah sabar menunggu hasilnya.. ;)

Unknown berkata... [Reply]

@imm hassan, betul tu.. memang leceh dan lama nak menjaganya.. tapi akak tanam bukan semata-mata untuk hasil jugak.. sebenarnya terapi stress.. hehe

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, dah jauh dari kampung ni kak.. nak balik kampung tunggu raya pulak.. so guna je sumber yang ada.. lagi pun saya suka menanam.. tak kisah sangat lah kalau lambat keluar hasil pun.. kalau agak2 stress tak berbuah nanti saya beli je limau kat kedai.. hehehe

imm berkata... [Reply]

haha tu la.. ayah kite mmg tanam untuk jual, mestila nak buah cepat2 hasil elok2 huhu.. :)

Dr K berkata... [Reply]

Saya mengelat.
Beli terus pokok limau kat nursery..hahaha

Lemon saya belum try tanam...dan takde nursery yg jual pokok lemon...haha

ayunidati berkata... [Reply]

ooo... bole ke.. tp lambat sikit kot.. tp puas hati dapat tengok dari biji benih sampai besar.. hihhi... nak cari limau kasturi denga limau perut... kat rumah da mati sebab kene mesen dek atok sarah...

ayunidati berkata... [Reply]

ooo... bole ke.. tp lambat sikit kot.. tp puas hati dapat tengok dari biji benih sampai besar.. hihhi... nak cari limau kasturi denga limau perut... kat rumah da mati sebab kene mesen dek atok sarah...

Unknown berkata... [Reply]

saya pun ada tanam pokok limau..tanam dalam pasu je..dia naik tinggi paras pinggang dah..lepas tu tak naik2 dah pun..ke sebab saya tanam dalam pasu..saya risau nak ubah ke tanah sebab tanah kat rumah ni tak subur..ada banyak batu.

Nora Karim berkata... [Reply]

La boleh tnm dgn bijinya je ke?! Nak try jugak la tnm... thanks sharing...

Unknown berkata... [Reply]

Bagus la saya nak cuba tanam limau nipis dan limau kasturi.banyak bekas kosong ni....
Thanks for sharing..tak tauboleh tanam guna biji sebelum ni..

Natasha Zainal berkata... [Reply]

sorry. sy baru nak menjinak2 kn diri dlm tanam menanam ni.. tut tu ape? 😊

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com